Khamis, 7 Mei 2009

Kejohanan Kriket Peringkat Negeri Selangor




Greenwood- Pada 4 Mei hingga 7 Mei 2009, padang SEMERBAK menjadi pilihan sebagai salah satu venue kejohanan kriket peringkat negeri Selangor 2009. Encik Osman dan Encik Fahmi diberi tanggungjawab sebagai AJK Peralatan dan Teknik tetap setia menunggu dan membantu apa sahaja keperluan yang diminta oleh para pegawai kejohanan.


Pegawai-pegawai kejohanan sentiasa memastikan kejohanan kriket pada tahun ini berjalan dengan lancar. TAHNIAH...





Latihan Pusat Bola Tampar Daerah Gombak




Greenwood-6-8 Mei 2009- Latihan pusat pasukan bola tampar telah diadakan di Gelanggang Bola Tampar SEMERBAK. Urusetia Kak Nora, Yuzi dan Aina sedang sibuk menyiapkan borang pendaftaran pemain-pemain bola tampar bagi setiap kategori iaitu L 15, L 18, P15 dan P 18. Walaupun kelihatan penat dan tenat, mereka tetap bersemangat tanpa mengira keringat. Yang penting kemenangan di peringkat negeri Selangor menjadi matlamat pasukan Gombak.


Azam, Kamrul dan Farah merupakan di antara jurulatih yang berwibawa sedang merenung memerhatikan pemain-pemain bola tampar sedang berlatih dengan penuh gigih. Walaupun di bawah panas matahari 36 darjah celsius, pemain-pemain daerah Gombak tetap melakukan aksi-aksi yang tidak dijangkau akal fikiran.

Begitu juga dengan pemain-pemain bola tampar yang sedang menikmati minuman istimewa hasil bancuhan Pn.Mas Ayu. Mereka seperti ketagih untuk minum dan terus minum tanpa menghiraukan jeritan jurulatih yang juga tidak sabar-sabar untuk minum dan terus minum.


Lihat jurulatih di bawah, Azam dan Wan Kamarul yang geram tengok pemain-pemain yang rehat agak lama. Bukan apa, sebagai jurulatih mereka pun nak rehat juga. Disebabkan hasrat mereka yang begitu suci iaitu untuk merangkul gelaran Juara Bola Tampar Negeri Selangor, mereka tetap mencurah dan menuangkan segala ilmu bola tampar kepada pemain-pemain Gombak.


Kejohanan Bola Tampar Peringkat Negeri Selangor 2009 akan diadakan di Kuala Selangor pada 11-14 Mei 2009. SELAMAT BERJAYA GOMBAK...












Minggu Akademik SEMERBAK








Greenwood-4 hingga 8 Mei SMK Seri Gombak telah melancarkan Minggu Akademik 2009. Pelancaran telah dilakukan oleh Pn.Hasnah bt Shamsudin, Guru Penolong Kanan SEMERBAK. Pelajar-pelajar memberi kerjasama yang hebat di samping guru-guru SEMERBAK yang terbilang. Tahniah buat semua warga SEMERBAK yang sentiasa menyokong program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.





Berbagai-bagai aktiviti telah dirancang begitu teliti untuk memenuhi aspirasi SEMERBAK untuk melahirkan generasi yang berkualiti dan bermentaliti tinggi. Pelajar-pelajar telah menyertai pertandingan-pertandingan yang direka khusus oleh guru-guru yang pakar merangka aktiviti membina minda. Antaranya pertandingan pelancaran roket, membina lego, battle of the eggs, kuiz, explorace, menampal gambar, pertandingan futsal dan bermacam-macam lagi yang mampu menarik penyertaan yang begitu ramai dalam kalangan pelajar SEMERBAK. Menurut Encik Yuzi yang merupakan perancang 'Battle of the Eggs', seramai 3o pelajar mendaftar diri untuk menunjukkan kebijaksanaan mereka untuk menyelamatkan telur ayam dari pecah berderai yang dicampak dari ketinggian 30 meter. Hanya 6 pelajar berjaya membuktikan otak mereka boleh dibuat batu cincin. Yang selebihnya tu boleh digilap batunya agar bersinar menyinari SEMERBAK dan seantero dunia.











Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti lain yang mencabar minda pelajar-pelajar SEMERBAK yang memerlukan ketahanan fizikal dan roh yang mencapai makam yang tinggi. Memang tidak dapat dinafikan Minggu Akademik SEMERBAK boleh diangkat menjadi ikonik dalam penganjuran program yang memerlukan minda dan ketingggian citarasa.


Sabtu, 2 Mei 2009

Jamuan Kesyukuran Al-Masri SEMERBAK








Greenwood, 2 Mei 2009- Satu majlis jamuan kesyukuran telah dianjurkan untuk meraikan pasukan nasyid dan kompang SMK Seri Gombak. Kumpulan ini sebenarnya sudah banyak kali membuat persembahan di luar waktu persekolahan. Apa yang membanggakan kumpulan yang dikenali sebagai Al-Masri ini telah memenangi tempat ketigaPertandingan Nasyid Anti Dadah peringkat Daerah Gombak 2009. Dua orang ahli kumpulan nasyid KESEJADAH telah dipilih mewakili daerah ke peringkat negeri Selangor dan merangkul gelaran yang diidamkan oleh semua kumpulan nasyid iaitu Naib Johan.



Menurut penasihat Al-Masri, Pn.Norazura bt Mohd Yusoff mereka berlatih secara serius dan sistematik demi membentuk satu kumpulan nasyid yang hebat dan mampu menyaingi kumpulan Rabbani, In-Team, Raihan dan kumpulan nasyid popular yang lain. Memang tidak dapat dinafikan, kumpulan ini telah berjaya mempamerkan keunggulan sebagai kumpulan nasyid yang mampu merakamkan lagu nasyid komtemporari dan bila-bila masa sanggup merakamkan lagu di studio. Diharap komposer-komposer lagu tidak teragak-agak untuk mendapatkan Kumpulan Al-Masri bagi menyaingi kumpulan nasyid lain di tanah air yang popular. Al-Masri punya keupayaan untuk diangkat ke peringkat yang lebih tinggi. Semasa ditemui dalam majlis kesyukuran di Kompleks Perumahan Guru SMK Seri Gombak, ahli-ahli Al-Masri sentiasa bersama dan bersatu. Sambil bakar ayam pun, mereka bernasyid. Sambil basuh pinggan pun cipta lagu nasyid. Sambil makan pun menggoyangkan diri ala nasyid. Boleh disimpulkan kumpulan Al-Masri ni, makan nasyid. Tidur Nasyid. Mandi nasyid. Nasyid mania.




Kumpulan ini juga mendapat perhatian dan nasihat pakar vokal Sahinal, Sir Yazid dan Asyraf. Saudara Normi pula bertindak sebagai penasihat 'sound system' yang amat dikenali di kompleks perumahan guru SEMERBAK. Beliau dibantu oleh saudara Am. Gabungan semua ini telah mengangkat nama SMK Seri Gombak terkenal di seluruh tanah air dan di Gombak amnya.




SELAMAT MAJU JAYA AL-MASRI.....




















Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...