Ahad, 5 Jun 2011

Hubungan Baik Antara Rakan Sekerja

Hubungan Baik Antara Rakan Sekerja
Oleh:
MD RASUL BIN HARON





Kerjasama erat antara rakan sekerja hanya akan terbentuk berdasarkan hubungan baik yang hanya boleh terjamin menerusi asas-asas tertentu. Antaranya adalah keikhlasan hati, kejujuran bekerja, ketulusan berkomunikasi, bertimbang rasa, semangat persaudaraan dan menjauhi konflik.
Hanya setelah memiliki asas-asas ini, barulah individu dapat menjalinkan kerjasama dengan individu lain ke arah matlamat yang jitu. Nilai-nilai utama yang perlu lahir berdasarkan asas-asas ini adalah sikap tanggungjawab bersama, saling percaya, berkongsi idea, bantu-membantu, tolak-ansur dan musyawarah. Nilai-nilai utama ini akan menjadi pengikat kepada hubungan rakan sekerja supaya sentiasa bersatu hati serta memastikan hubungan tersebut tidak mengalami perpecahan dan kehancuran. 

Jumpa semula....jumpa pula




Jumpa semula
setelah sekian lama
walau di hati tidak lupa
namun di mata
bayangan kabur merentas masa

jumpa semula
riang berkongsi kisah lama
gembira bertemu dengan generasi kedua
masih teringat peristiwa
usik mengusik hilai tawa

jumpa semula
namun ada yang telah tiada
yang pergi mendahului kita
hanya nama dapat dibicara
dan kenangan yang tak pudar di minda
sahabat, damailah kamu di sana
abadi dipelukkan Pencipta
Al fatihah dari kami semua...

jumpa pula
sekiranya ada usia
sekiranya ada izin dari Nya
entah bila entah di mana
ketentuan yang Maha berkuasa
dan...
jika tidak mampu bersua
sebutlah nama..jangan dilupa
sebutlah nama..maafkah jua
segala dosa jika ada..

nukilan
Norlilah Ismail

Graduan perlu bijak rebut peluang SL1M

2011/06/04

MASALAH pengangguran dalam kalangan graduan kita terus mendapat perhatian utama pihak kerajaan. Kerajaan sedar bahawa masalah ini bukan saja akan meningkatkan kadar pengangguran negara tetapi ia juga akan mengancam masa depan graduan, keluarga, masyarakat dan negara jika tidak ditangani segera.

Justeru, kita menyambut baik langkah kerajaan melancarkan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini. Skim ini bakal membuka peluang kepada 3,000 graduan menjalani latihan praktikal di syarikat milik kerajaan (GLC) secara berperingkat bagi mengurangkan kadar pengangguran di kalangan graduan di negara ini.
Apa yang diharapkan ialah semua graduan yang masih belum bekerja ataupun graduan yang telah bekerja tetapi pekerjaannya tidak setaraf dengan kelulusan akan merebut peluang keemasan yang disediakan oleh kerajaan ini bagi memperoleh sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan pengalaman tentang selok belok dunia kerjaya yang sebenar.
Hal ini penting kerana kebanyakan daripada graduan kita ternyata hanya hebat di atas kertas ataupun secara teori saja tetapi gagal menyerlah dalam dunia pekerjaan yang realiti. Akibatnya mereka gagal menunjukkan prestasi kerja cemerlang seperti yang diharapkan.

Pada masa sama, kebanyakan majikan lebih berminat untuk mendapatkan calon pekerja yang telahpun mempunyai pengetahuan dan pengalaman atau relevan dengan bidang kerja yang diperlukan. Ini menyebabkan graduan baru terpinggir dan gagal mendapat peluang kerja terbabit kerana tiada pengalaman yang diperlukan.

Dalam pada itu bilangan graduan yang semakin bertambah setiap tahun juga menyebabkan berlakunya persaingan yang hebat sesama mereka. Majikan juga dilihat mempunyai banyak pilihan dalam memilih calon yang benar-benar berpotensi, layak dan sesuai untuk diambil bekerja.

Justeru, dalam hal ini graduan perlu berusaha untuk tampil dengan bakat dan kemahiran istimewa serta lain daripada orang lain yang membolehkan majikan tertarik kepada mereka seterusnya memilih mereka untuk bekerja dengan organisasi terbabit.
Perkara ini sangat signifikan dan cukup kritikal kerana dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan seperti sekarang setiap organisasi sedang berusaha untuk mengurangkan kos operasi masing-masing. Justeru, jika mereka berpeluang untuk melantik seorang pekerja yang sedia memiliki bakat, kemahiran dan pengalaman yang diharapkan maka calon itu akan menjadi pilihan utama majikan kerana ia sama sekali akan mengurangkan kos kursus dan latihan yang perlu diberikan kepada pekerja baru terbabit.

NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED,
UPM SERDANG

Berita Ringkas Pendidikan

Utusan Online
5 Jun 2011


SMK Damansara Jaya johan debat bahasa Inggeris
SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Jaya, Petaling Jaya dinobatkan johan pertadingan debat bahasa Inggeris (BI) Kolej Universiti HELP peringkat kebangsaan setelah menewaskan Sekolah Menengah Sains Alam Shah pada peringkat akhir baru-baru ini.



PENYELIDIK Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Syariffanor Hisham berjaya menghasilkan cakera padat (CD) interaktif MyLexics yang dicipta khusus untuk membantu kanak-kanak disleksia berusia tiga tahun ke atas mempelajari pengetahuan asas bahasa Malaysia.



PENCAPAIAN akademik dan kokurikulum sekolah integriti setanding dengan sekolah harian biasa.



Lima sekolah terbaik ke Perancis
Jawatankuasa Pemilihan Space Tourism Society (STS) telah memilih lima sekolah yang berjaya menghasilkan reka bentuk kapal angkasa terbaik untuk bersaing di peringkat akhir pada Persidangan Agensi Angkasa Eropah di Paris, Perancis pada Oktober depan.



Inovasi muzik wayang kulit dalam P&P
PENGGUNAAN muzik tradisional wayang kulit dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjaya meningkatkan minat pelajar untuk hadir ke sekolah di samping menggalakkan generasi muda untuk mencintai warisan budaya bangsa.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...