Oleh:
MD RASUL BIN HARON
Kerjasama erat antara rakan sekerja hanya akan terbentuk berdasarkan hubungan baik yang hanya boleh terjamin menerusi asas-asas tertentu. Antaranya adalah keikhlasan hati, kejujuran bekerja, ketulusan berkomunikasi, bertimbang rasa, semangat persaudaraan dan menjauhi konflik.
Hanya setelah memiliki asas-asas ini, barulah individu dapat menjalinkan kerjasama dengan individu lain ke arah matlamat yang jitu. Nilai-nilai utama yang perlu lahir berdasarkan asas-asas ini adalah sikap tanggungjawab bersama, saling percaya, berkongsi idea, bantu-membantu, tolak-ansur dan musyawarah. Nilai-nilai utama ini akan menjadi pengikat kepada hubungan rakan sekerja supaya sentiasa bersatu hati serta memastikan hubungan tersebut tidak mengalami perpecahan dan kehancuran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan