Ahad, 5 Jun 2011

Peranan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Anak-Anak

Peranan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Anak-Anak
Oleh:
MD RASUL BIN HARON



Peranan ibu bapa sangat penting dalam membentuk sahsiah anak-anak. Ibu bapa merupakan role model atau ikutan yang pertama bagi diri anak-anak. Oleh itu, peranan ibu bapa sangat penting dalam membentuk sahsiah anak-anak. Justeru, ibu bapa yang mempunyai tingkah laku yang baik akan menjadi contoh atau teladan untuk diikuti oleh anak-anak apabila mereka dewasa kelak. Seperti kata pepatah,”bagaimana acuan, begitulah kuihnya”.

Ibu bapa juga berhak untuk bertanya dengan siapa anak-anak mereka berkawan? Hal ini demikian kerana, pengaruh kawan amat berhubung rapat dengan sahsiah anak-anak. Sekiranya ibu bapa tidak memantau dengan segera, maka anak-anak mereka akan terabai dan boleh melakukan perkara-perkara yang negatif yang tidak sepatutnya dilakukan oleh anak-anak mereka.
Ibu bapa juga perlu memberikan kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak mereka. Sikap kurang prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh anak-anak akan memburukkan lagi keadaan anak-anak. Ibu bapa boleh berkongsi pendapat atau masalah dengan anak-anak. Yang paling penting ialah sentuhan ibu bapa dapat menjadikan anak-anak berasa dihargai dan disayangi.
Ibu bapa juga perlu meluangkan lebih masa dengan anak-anak mereka. Anak-anak yang menghadapi tekanan atau masalah biasanya diabaikan oleh ibu bapa mereka. Justeru, ibu bapa boleh meluangkan masa dengan pergi bersiar-siar atau berkelah untuk mendekatkan diri dengan anak-anak mereka.
Saya ingin tegaskan bahawa peranan ibu bapa amat penting dalam membentuk sahsiah anak-anak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...