MD RASUL BIN HARON
Pihak kerajaan perlu mempertingkatkan usaha dan mengambil pelbagai pendekatan bagi membendung dan seterusnya membasmi gejala rasuah yang masih berlaku dalam pelbagai versi. Hari ini perlakuan mengambil hak orang lain kian banyak berlaku. Pelbagai cara dilakukan demi untuk memenuhi impian memperoleh sesuatu yang dihajati.
Dalam pentadbiran, rasuah merebak kerana adanya segelintir pentadbir yang kurang bertanggungjawab terhadap amanah yang diberi atau telah menyalahgunakan kuasa yang dimiliki kerana ingin membusung dada bermegah dengan jawatan yang disandang atau inginkan kehidupan yang mewah dan bergaya walaupun di luar kemampuan dirinya yang sebenar.
Dalam perkembangan ekonomi di Malaysia, rasuah menjadi ancaman yang cukup berbahaya. Perbuatan rasuah akan mengancam seluruh sistem pembangunan negara yang bakal melahirkan masyarakat yang kucar-kacir dan akan membawa keruntuhan kepada negara Malaysia yang tercinta.
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang kami tunjukkan(lantik)untuk memegang sesuatu jawatan dan telah kami tetapkan pula pendapatannya, jika dia mengambil lebih daripada itu, maka sebenarnya dia sudah mencuri."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan