Ahad, 5 Jun 2011

Drama JUVANA, ada kesannya...

Oleh:
MD RASUL BIN HARON
 
 
Drama Juvana mula ditayangkan pada 25 April 2011 dan disiarkan setiap hari Isnin pada jam 9 malam di TV3.

JUVANA, sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut. Bagaimana pula dengan remaja yang berdarah panas menonton aksi kasar yang dipaparkan?  Ia akan mendorong mereka melakukan aksi yang sama apabila berada di sekolah. Bagi remaja bermasalah, drama tersebut adalah gurunya.

Drama Juvana mempunyai 13 episod semuanya, mengisahkan seorang remaja bernama Daim Yahya yang telah dituduh membunuh ibu dan teman lelaki ibunya. Daim telah dihantar ke sekolah pemulihan akhlak Wira Bakti iaitu sekolah badan bukan kerajaan semasa umurnya 17 tahun.

Dalam drama ini Raja lakonan Bront Palare akan menjadi watak warden yang jahat, Raja tidak memperdulikan Daim (Zahiril Adzim) yang dibuli oleh penghuni asrama yang jahat. Macam menarik bukan drama Juvana ini, tambahan pula ada Bront dan Beto Khusairay. Remaja akan belajar teknik membuli secara langsung. Hati mula berputik menyalah anggap warden di asrama. Mereka melabelkan diri sebagai adiwira di sekolah.

Daim kemudiannya mendapat sinar gembira apabila Cikgu Zakiah lakonan Izreen Azminda ( yang watak jahat dalam Samson Delaila). Cikgu Zakiah ini menjadi baik dalam drama Juvana ini. Dia akan membantu Daim yang lemah dan selalu menjadi mangsa buli rakan-rakan samseng yang ada di sekolah itu. Apapun, aksi kasar pembuli sedikit sebanyak menyuntik semangat remaja di asrama dan mereka yang belajar di sekolah harian untuk menonjolkan diri sebagai pembuli yang dihormati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...