Sabtu, 13 Ogos 2011

4 guru ditahan jual nama anak yatim raih simpati








                                               








MELAKA - Empat guru asrama anak-anak yatim sebuah pusat tahfiz ditahan Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM) semalam apabila didapati menjual barangan menggunakan nama pusat berkenaan bagi meraih simpati orang ramai.

Penolong Pengarah Bahagian Kanak-kanak JKM negeri, Saidatul Aini Jafri berkata, tiga lelaki dan seorang perempuan berusia antara 25 hingga 29 tahun yang mendakwa guru dari pusat berkenaan yang terletak di Kedah ditahan ketika menjual pelekat ayat-ayat al-Quran, cakera padat, tisu dan madu kepada orang ramai.
"Mereka ditahan dalam operasi bersepadu JKM bersama-sama Jabatan Agama Islam Melaka, polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
"Operasi dijalankan setelah menerima banyak rungutan daripada orang ramai mengenai banyak kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti sebegini," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Saidatul Aini berkata, operasi di 15 lokasi sekitar bandar Melaka dan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh itu berjaya menahan keempat-empat individu terbabit ketika sedang melakukan jualan.

Apakah itu PBS dan cara pentaksirannya?



Blog Cikgu Blogging In Malaysia


Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran yang dirancang, ditadbir, diskor dan dilapor oleh pihak sekolah. —LPM menyediakan instrumen merangkumi piawai, kriteria, panduan dan peraturan untuk membolehkan calon mengukur tahap penguasaan pengetahuan, kemahiran  dan nilai berbanding kriteria yang ditetapkan oleh KPM. PBS ini juga  dapat membolehkan calon memperbaiki pencapaian diri (assessment for learning) di sekolah.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah boleh dirancang di peringkat sekolah dengan merujuk kepada perancangan tentang murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran yang berkenaan.
Konsep PBS boleh diringkaskan seperti berikut:
—1. Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.
—2.  Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.
—3.  Dilaporkan di peringkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.
—4.  Dimoderasikan merujuk kepada usaha memastikan tiap-tiap murid ditaksir berdasarkan perkara yang sama. Mekanisme penyelarasan dan pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti.
—5.  Kesahan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu dapat menggambarkan cukup cakup tentang perkara yang ditaksir dan perkara yang ditaksir itu relevan. Ini dapat ditentukan dengan menetapkan perkara yang ditaksir adalah terangkum dalam Huraian Sukatan Pelajaran
—6.  Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu tepat dan tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran ini dipastikan melalui pelaksanaan mekanisme penyelarasan dan pemantauan.
—7.  Pelaporan positif – skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Dasar Pelaksanaan PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah)
—a) Pelaksanaan ditadbir mengikut kuasa yang diberikan kepada Pengarah Peperiksaan di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Seksyen 67, 68 dan 69.
—b) Sekolah memastikan infrastruktur dan kelengkapi fizikal ada sebelum menawarkan mata pelajaran yang ada komponen PBS.
—c) Sekolah memohon kelulusan daripada Pengarah Pelajaran Negeri 2 tahun sebelum.
d) —Sekolah bertanggungjawab memastikan skor yang diberikan kepada calon adalah sahih berdasarkan evidens yang autentik.
—e) Sekolah bertanggungjawab ke atas keselamatan evidens calon termasuk evidens produk calon yang berpindah.
—f) Sekolah bertanggungjawab ke atas keselamatan skor calon termasuk penghantaran skor ke LPM.
—g) Semua calon yang mendaftar mata pelajaran yang ada komponen PBS wajib melaksanakan PBS termasuk calon yang mengulang.
—h) Murid yang tidak melaksanakan PBS akan dianggap tidak hadir.  Sekolah boleh memohon pengecualian kepada Pengarah Pelajaran Negeri dengan mengemukakan dokumen sokongan.
i) —Calon yang berpindah pusat perlu memilih sekolah yang menawarkan mata pelajaran yang diambil.  Sekolah asal calon bertanggungjawab menghantar semua bahan dan dokumen pentaksiran ke sekolah baru.
Kesimpulannya, dalam Sistem PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah)ini, sekolah akan diberi kuasa yang maksimum dalam menentukan gred pentaksiran calon. Oleh itu, pentadbir sekolah dan guru perlulah memainkan peranan yang sangat penting untuk menjayakan program ini demi kecemerlang pendidikan negara. Kerana apa yang boleh kita lihat, Sistem PBS ini akan memberi kesan kepada kehidupan generasi yang akan datang. Akhir kata, berjaya atau gagal sistem ini bergantung kepada integriti, sikap dan komitmen pelaksana. KUASA + TANGGUNGJAWAB ! Sekian.

Lapor salah laku guru terus kepada Jabatan Pelajaran, bukan ahli politik




KUCHING: Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah menasihatkan orang ramai agar melaporkan dakwaan salah laku guru terus kepada Jabatan Pelajaran dan bukan berjumpa dengan mana-mana ahli politik.
Perkara ini menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat itu adalah untuk mengelakkan berlaku perkara yang boleh menjejaskan imej sektor pendidikan di negara ini.
Tambahan menurut beliau, pendidikan bukan isu yang boleh dipolitikkan tetapi satu isu yang perlu diselesaikan secara profesional.
“Pendidikan adalah satu bidang profesional dan seharusnya diselesaikan secara profesional dan bukan dengan tindakan melaporkan kepada mana-mana ahli politik terutamanya pembangkang kerana isu pendidikan ini bukanlah isu yang boleh dipolitikkan.
“Selain itu, pembangkang hanya mahu mensensasikan isu tersebut tetapi penghujungnya masih juga ia diselesaikan oleh Jabatan Pelajaran dan disebabkan itu, sebarang dakwaan salah laku guru perlu dilaporkan terus kepada Jabatan Pelajaran.
“Kita juga risau jika pembangkang mempunyai agenda lain di sebalik laporan tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.
Beliau telah diminta untuk mengulas mengenai dakwaan seorang guru berbangsa Dayak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abdul Razak yang dipercayai mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman kepada lima pelajar berbangsa Cina di sekolah tersebut.
Perkara tersebut telah dikemukakan oleh pelajar-pelajar tersebut kepada ADUN Kota Sentosa yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chien Jen.
Justeru, menurut Fatimah satu kumpulan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kecil (PPDK) Padawan telah dihantar untuk menyiasat perkara tersebut.
“Perkara ini masih lagi disiasat dan kini kita masih lagi menunggu laporan penuh mengenai perkara ini.
“Lagipun kita tidak boleh hanya mendengar daripada satu pihak sahaja dan kita perlu berlaku adil. Disebabkan itu laporan penuh mengenai kes ini amat perlu sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya.

Penjawat awam termasuk guru terlibat dadah di S’wak meningkat




22 orang termasuk seorang guru ditangkap dalam tempoh Januari hingga Julai pada tahun ini
KUCHING: Gejala penyalahgunaan dadah di kalangan penjawat awam di Sarawak semakin meningkat dengan 22 orang termasuk seorang guru ditangkap dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak Superintenden Moses Agat berkata dalam tempoh yang sama tahun lepas hanya 18 penjawat awam yang ditangkap.
“Secara keseluruhan pada tahun lepas, seramai 34 orang penjawat awam ditangkap melakukan pelbagai kesalahan,” katanya dalam sidang media di sini semalam.
Moses berkata antara kesalahan yang dilakukan tahun lepas ialah seorang penjawat awam yang ditangkap di bawah Seksyen 39 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.
Beliau berkata pada tahun lepas juga seorang penjawat awam yang disyaki mengedar dadah atau terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah ditahan mengikut Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985, tanpa perlu dihadapkan ke mahkamah.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis telah membongkar satu taktik menjual dadah dengan menyembunyikan paket dadah di dalam paket makanan dan membalingnya ke lokasi tertentu untuk dikutip oleh pembeli.
“Kaedah ini dikesan berikutan kejayaan polis di sini menangkap seorang suspek lelaki berusia 32 tahun malam semalam yang membalingkan paket dadah tersebut ke sebuah stesen perhentian bas berhampiran Pusat Perubatan Pakar Normah di Petra Jaya,” katanya.
Beliau berkata hasil maklumat orang awam dan intipan polis di lokasi tersebut, polis mengekori suspek bersama dua rakan lain yang telah membaling pakej dadah tersebut yang mengandungi 1.85 gram syabu dan 63.3 gram ketamin dianggar bernilai RM3,300.
“Suspek kini ditahan reman selama lima hari untuk membantu siasatan dan sementara itu kita masih memburu dua rakan suspek yang kini sedang menyembunyikan diri,” katanya. — Bernama

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...