Sabtu, 14 Januari 2012

Usaha kementerian disambut baik

Sumber
Utusan Borneo
http://www.theborneopost.com/2012/01/14/usaha-kementerian-disambut-baik/










30 peratus kuota pengambilan guru pelatih dari Sarawak dan Sabah.
KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menyambut baik usaha Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk mempertahankan 30 peratus kuota pengambilan guru pelatih dari Sarawak dan Sabah.
Presidennya, Ahmad Malie berkata, sekurang-kurangnya usaha ini membuktikan bahawa KPM ada usaha untuk menangani masalah ini yang sekian lama menjadi isu bagi kedua-dua negeri.
Bagaimanapun, peratusan itu, kata beliau, sewajarnya juga ditingkatkan memandangkan permohonan anak-anak tempatan kini kian bertambah.
“Secara dasarnya KGBS menerima baik usaha KPM mempertahankan 30 peratus kuota pengambilan guru pelatih dari Sarawak dan Sabah bagi mengurangkan jumlah permohonan pertukaran guru bertugas di kedua-dua negeri ini pada masa ini.
“Namun demikian, memandangkan jumlah permohonan guru pelatih dari 
kalangan anak-anak tempatan kian meningkat setiap tahun maka KGBS menyarankan agar kuota 30 peratus ini sewajarnya dinaikkan lagi sehingga 50 peratus,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Borneo baru-baru ini.
Menurut Ahmad, dengan dengan pertambahan kuota pengambilan guru pelatih daripada anak-anak tempatan ini ia pasti membantu mengatasi masalah perpindahan lebih efektif.
“KGBS yakin dan percaya masalah perpindahan guru antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung pada masa yang akan datang dapat diatasi dengan lebih berkesan,” tegasnya.
Beliau memberitahu cadangan itu sekurang-kurangnya dapat membantu mengatasi masalah pengangguran di kalangan anak-anak tempatan.

Pada 10 Januari lalu, KPM dilapor mempertahankan kuota 30 peratus pengambilan guru pelatih masing-masing dari Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan jumlah permohonan pertukaran guru bertugas di kedua-dua negeri ke semenanjung.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pertukaran guru ke semenanjung dikhuatiri mampu merencatkan kelangsungan proses akademik pelajar di kedua-dua negeri jika masalah tidak ditangani.
“Kementerian sedang berusaha sebaik mungkin memenuhi kuota pemilihan guru pelatih yang diperkenalkan sejak Jun 2010 untuk ditempatkan di 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh negara.
“Setakat ini, kami menerima permohonan memberangsangkan daripada calon Sabah dan Sarawak,” katanya.



Ari Software 








Isnin, 9 Januari 2012

31 keluarga Rumah Malang tinggal sehelai sepinggang


Sumber:
Utusan Borneo


MUSNAH: Keadaan Rumah Malang yang musnah dalam kebakaran awal pagi semalam.





BETONG: Tiga puluh satu daripada 35 buah keluarga dari Rumah Malang Ugak, Lubau, Layar di sini tinggal sehelai sepinggang selepas rumah panjang mereka musnah dalam kebakaran awal pagi semalam.Kebakaran yang tidak melibatkan kemalangan jiwa itu melibatkan kira-kira 200 orang penghuni rumah panjang berkenaan.Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Betong berkata, kebakaran dipercayai bermula pada kira-kira jam 2.30 pagi semalam.Beliau menjelaskan, hanya empat buah bilik yang terselamat dalam kebakaran itu.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.15 pagi dan apabila bomba dengan kekuatan 15 anggota tiba di tempat kejadian, 50 peratus rumah panjang itu sudah ranap dijilat api.“Kami berjaya memadamkan api sepenuhnya pada kira-kira jam 6.10 pagi dan jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya semalam.Rumah Malang terletak kira-kira enam kilometer dari simpang Layar, Betong.
Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Permodenan Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia Dato Sri Douglas Uggah Embas dan Menteri Muda Kebajikan, Robert Lawson Chuat turut bergegas melawat tempat kejadian.




Himpunan 901 dicemari letupan bom, pergelutan


Sumber
malaysiakini.com
http://www.malaysiakini.com/news/186078













Tiga insiden bom tersebut berlaku selepas mahkamah melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan mengikut Seksyen 377(B) Kanun Keseksaan.
Perhimpunan di sekitar kompleks mahkamah hari ini dicemari insiden letupan bom dan juga pergelutan di antara kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kumpulan penyokong kepada pengadu dalam kes Liwat berkenaan, Saiful Bukhari Azlan.
Tiga insiden bom tersebut berlaku selepas mahkamah melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan mengikut Seksyen 377(B) Kanun Keseksaan.
Ketua polis Kuala Lumpur DCP Datuk Mohamad Saleh mengesahkan lima orang cedera akibat letupan bom buatan sendiri itu.
Selain itu, letupan bom berkenaan turut merosakkan sekurang-kurangnya tujuh kenderaan di lokasi tersebut.

"Semua kejadian disiasat di bawah Akta Bahan Letupan 1957," kata Mohamad Saleh yang turut menasihat orang ramai supaya tidak panik dengan kejadian tersebut.
"Polis masih menjalankan siasatan. (Letupan bom) dipercayai dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya lagi dalam satu kenyataan.
Polis turut menemui perkakas bom termasuk bebola besi, bateri dan wayar di lokasi kejadian berkenaan, kata Mohamad lagi.
Menurut beliau lagi, letupan pertama pada kira-kira jam 10.20 pagi itu berlaku di Jalan Khidmat Usaha, kira-kira 300 meter daripada salah satu pintu utama ke mahkamah.
Dua lelaki mengalami kecederaan akibat letupan tersebut, termasuk seorang peguam.
Letupan kedua pula berlaku sekitar jam 10.45 pagi di luar bangunan substesyen TNB berhampiran medan selera di jalan yang sama.
Tiga orang mengalami kecederaan akibat letupan tersebut, selain menyebabkan kerosakan kecil ke atas satu kenderaan van penjaja dan juga dua buah motorsikal.
Letupan terakhir kira-kira 10 minit kemudian berlaku berhampiran satu lagi pintu masuk ke mahkamah di sekitar Jalan Khidmat Setia.

Letupan di kawasan yang menempatkan kompleks bangunan kerajaan itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan namun mengakibatkan kerosakan ke atas empat buah kereta.




Ahad, 8 Januari 2012

Tiga termasuk wartawan ditahan kes 'conteng'

Sumber:
Malaysiakini.com
http://www.malaysiakini.com/news/185989









"Kami menemui contengan itu di Pasar Seni, Penjara Pudu, Bangsar Utama, Stesen Komuter Pantai Dalam dan Stesen Bas Jalan Raja Laut di sini,
Seorang wartawan adalah antara tiga lelaki yang ditahan polis kerana dipercayai menconteng dinding menggunakan penyembur cat di pelbagai lokasi berhampiran Brickfields awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata mereka ditahan kira-kira 6.30 pagi itu kerana menulis perkataan biadap pada dinding berkenaan.
"Kami menemui contengan itu di Pasar Seni, Penjara Pudu, Bangsar Utama, Stesen Komuter Pantai Dalam dan Stesen Bas Jalan Raja Laut di sini," katanya kepada pemberita semalam.Beliau berkata seorang daripada suspek adalah pemberita akhbar milik parti pembangkang manakala dua lagi penulis bebas.
Mereka ditahan anggota polis yang melakukan rondaan di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) ketika dalam perjalanan ke Stesen Komuter Pantai Dalam.
Wan Abdul Bari berkata suspek yang berusia lingkungan 27 dan 30 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi ugutan jenayah serta Seksyen 509 kanun sama kerana menulis 'perkataan atau isyarat yang bertujuan menghina
kesopanan seseorang'.
Beliau berkata mereka ditahan berdasarkan aduan polis sendiri dan direman sehingga 10 Januari ini.Polis ditendang depan masjid
Dalam kes berasingan, polis menahan seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam di depan Masjid Ar-Rahman di Lembah Pantai di Kuala Lumpur pada 11.15 malam semalam kerana didakwa menendang seorang pegawai polis.
Wan Abdul Bari berkata sebelum kejadian, penuntut lelaki berusia 22 tahun itu dilihat duduk di atas sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan.
Wan Abdul Bari berkata sebelum kejadian, penuntut lelaki berusia 22 tahun itu dilihat duduk di atas sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan.
"Apabila anggota polis yang bertugas memintanya mengikut mereka untuk membantu siasatan, dia enggan dan menendang pegawai tersebut," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar semalam.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan mahasiswa tersebut ditahan reman selama empat hari.
- Bernama


Ari Software 
ULASAN/KOMEN DI DALAM MALAYSIA KINI

Kong Bu Fenzi ·  Pengulas Tertinggi
Tahniah polis malaysia kerja cukup effisyen , cekap. 
- Hairan , banyak kes pecah rumah, jenayah , dadah... masih dalam kes siaatan. in kes vandalisma cepat di tangkap. kerja polis cukup membanggakan. 
- Polis inginkan malaysia nampak cantik dan indah, bukan conteg sini conteng sana, kalau pelabur asing nampak vandalima menconteng sini sana , kemungkinan tak nak melabur di malaysia, oleh itu polis cukup ambil prihatin dalam hal ini. 
- Nampaknya polis lebih cekap mengawal kebersihan dan menghapuskan vandalisma dari menyiasat kes jenayah. kua kua kua. 
Tahniah polis. kerja paling baik untuk mengindahkan nama baik malaysia. kua kua kua.


Kong Bu Fenzi ·  Pengulas Tertinggi
"Apabila anggota polis yang bertugas memintanya mengikut mereka untuk membantu siasatan, dia enggan dan menendang pegawai tersebut,"
ini kes serius .. kali pertama polis ditendang .. 
Biasa kita dengar polis menendang orang menyepak orang di sini sana, tapi ini kes menendang polis pula, nampak sikit luar biasa , kena suruh suhakam siasat budak biadap ini .

Umar Buang ·  Pengulas Tertinggi
Kong Bu Fenzi - Jangan duduk atas motosikal.Org duduk atas m/sikal semuanya boleh banti apa2 saja siasatan. Undang2 yg terbesar didalam undang2.

Abdul Hadi Abuyan ·  Pengulas Tertinggi
T.T.R 901 = APA YANG BIADAP PADA TULISAN INI

tertungging, tertiarap,rampas 9 ,hilang semua,atau 1 di kemuka sebagai bahan bukti...itu kot maksudnya..he he he agak agak saja

Rahman Ramli ·  Pengulas Tertinggi · Tak sempat habis cikgu mati
aku rasa utusan lagi biadap tulisan nya.... dan sarizat lagi biadap terhadap amanah rakyat termasuklah yang sekutu dengan nya


Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...