Ahad, 15 Januari 2012

Wakil guru minta dilibatkan dalam perbincangan SBPA




SHAH ALAM: Majlis Permuafakatan Kesatuan Persatuan Guru (MPKPG) yang mewakili kira-kira 430,000 guru di seluruh negara meminta agar dilibatkan secara menyeluruh dalam perbincangan semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Pengerusinya Jemale Paiman berkata, skim itu banyak memberi kesan kepada guru terutama dalam kenaikan gaji dan laluan kerjaya.
Skim itu juga dilihat turut meminggirkan guru senior dalam perjawatan dan  tidak mementingkan faktor pengalaman dan kemahiran dalam bidang tugas serta tanggungjawab mereka, katanya.
Beliau berkata demikian kepada penmberita selepas menghadiri taklimat  mesyuarat mengenai SBPA bagi perkhidmatan pendidikan bersama presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman di sini semalam.
Majlis itu turut dihadiri pemimpin dari 26 kesatuan dan persatuan guru Kementerian Pelajaran. Pada majlis itu MPKPG turut menyerahkan memorandum kepada Omar berhubung cadangan penambahbaikan pelaksanaan SBPA bagi perkhidmatan pendidikan.
“Kami melihat pelaksanaan SBPA tidak ambil kira kenaikan gaji antara 7-13 peratus untuk menanggung kos sara hidup yang tinggi, dan tidak merapatkan jurang pendapatan antara kumpulan tinggi dan rendah dalam perkhidmatan awam seperti yang terdapat dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum ini,”  katanya,
Jemale turut meminta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengadakan satu perjumpaan khas dengan semua persatuan guru bagi berbincang mengenai penambahbaikan pelaksanaan SBPA.
Beliau berkata, pihaknya telah menulis surat kepada KSN pada 21 Dis tahun lepas untuk memaklumkan hasrat mereka, tetapi sehingga kini belum menerima maklum balas daripada pihak KSN.
Sementara itu, Omar berkata, pihaknya menerima baik inisiatif MPKPG merangkumkan permasalahan di peringkat perguruan untuk dibawa dalam perbincangan semakan semula SBPA.
Beliau berkata, segala cadangan berhubung penambahbaikan skim itu perlu dibuat secara persetujuan bersama dan bukan melalui individu agar keputusan muktamad tidak dipertikaikan. — Bernama



Isteri dakwa penjara sebabkan kematian suaminya



Isteri kepada pesakit buah pinggang yang meninggal dunia selepas pihak berkuasa Penjara Kajang didakwa menafikannya untuk mendapat rawatan, menuntut supaya tindakan diambil terhadap pegawai terbabit.Ahli jawatankuasa pusat penaja Parti Hak Asasi Manusia Party (HRP), S Thiagarajan membuat laporan bagi pihak Norlailee Hamzah di Balai Polis Travers pagi ini.

Laporan itu juga menamakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail kerana didakwa "enggan mengambil tindakan" terhadap perkara itu. "Kami meminta Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani mendakwa mereka yang bertanggungjawab di atas jenayah ini," kata Thiagarajan. Menurutnya, bukti bahawa Mohd Adnan Razali yang berusia 43 tahun, meninggal dunia akibat tidak menerima rawatan dialisis, terdapat dalam sijil kematiannya yang menyebut punca kematian sebagai "Septicaemic Shock Secondary to Nosoconial Infection with underlying End Stage Renal Failure".

Atau kegagalan buah pinggang akibat jangkitan penyakit. "Apabila ditahan di penjara Sungai Buloh, dia menerima rawatan dialisis tiga kali seminggu tetapi apabila dipindahkan ke Penjara Kajang selepas disabitkan pada 26 Mac 2010, dia hanya menerima rawatan sekali sahaja," kata Norlailee. Ditanya mengapa lewat membuat laporan polis, Norlailee berkata,beliau pada mulanya dinasihati oleh "pihak-pihak tertentu" supaya jangan berbuat demikian kerana bedah siasat tidak disukai oleh orang Islam.



"Tetapi selepas memikirkan tentang anak-anak saya, saya mengambil keputusan untuk membuat laporan ini hari ini," katanya. Mohd Adnan meninggalkan dua orang anak lelaki yang berusia 15 dan 17 tahun.

Norlailee berkata, beliau melawat Mohd Adnan di Penjara Kajang di mana suaminya itu menjalani hukuman sepuluh tahun penjara bagi kesalahan berkaitan dengan dadah, seminggu sebelum kematiannya, dan suaminya yang kelihatan lemah, mengadu tidak menerima rawatan dialisis.

"Dia tidak boleh bercakap dan sangat lemah ketika kami melawatnya," kata Norlailee sambil menunjukkan keratan akhbar tahun 2010 yang menunjukkan suaminya kelihatan tidak bermaya dan terpaksa dibawa oleh dua orang lelaki.

Suaminya, tambah Norlailee, telah dimasukkan ke hospital pada 12 Jun 2010 sebelum meninggal dunia pada malam yang sama.

Sementara Thiagaran pula berkata pihaknya juga kecewa dengan keadaan penjara kerana mendakwa Mohd Adnan mendapat jangkitan di sana dan tambahnya, ia menunjukkan penjara itu tidak bersih dan pesakit lain seperti itu di penjara berdepan dengan risiko.

Thiagarajan berkata jika pihak berkuasa gagal mengambil tindakan selepas laporan polis itu dibuat, maka HRP akan membawa perkara itu ke mahkamah
Sumber: Malaysiakini.com


SEMAKAN PENEMPATAN GURU RENDAH DAN MENENGAH 2012






Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS)




Sukacita dimaklumkan bahawa :

A.      Maklumat Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS)  – Sekolah Rendah bagi program:
1.       Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah – Ambilan Januari 2011
2.       Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP)
3.       BAC. ED. TESL
boleh disemak

http://apps.moe.gov.my/gsst/gurubaru2012/Jan_SemakanSekRendah/index.cfm






B.    
Maklumat Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS)  – Sekolah Menengah boleh disemak


http://apps.moe.gov.my/gsst/gurubaru2012/Jan_SemakanSekMenengah/



Tuan/puan yang membuat semakan diminta untuk menghubungi Jabatan/Bahagian sebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan tuan/puan.


Diterbitkan Oleh: Bahagian Pengurusan Maklumat

ASKAR KENCING ATAS MAYAT TALIBAN



12/1/12 - Washington – Dua daripada empat anggota tentera Marin Amerika Syarikat (AS) yang membuang air kecil ke atas mayat beberapa pejuang Taliban telah dikenal pasti. Menurut Kor Marin, pihak itu telah memulakan siasatan jenayah dan dalaman berhubung kejadian yang disifatkan sebagai satu penghinaan.
Walaupun pihak berkuasa tidak mendedahkan unit di mana anggota Marin berkenaan bertugas, namun terdapat laporan yang menyatakan mereka adalah dari kem tentera Lejeune, Utara Carolina. Media AS sebelum ini melaporkan anggota tentera terbabit berasal dari Unit Batalion ke-3 dan Rejimen Marin ke-2.Unit tersebut pernah dihantar ke negara bergolak sebagai petugas keamanan di Iraq, Afghanistan dan Teluk Guantanamo.
Ia juga pernah ditugaskan ke Afghanistan pada awal 2011 dan kembali semula ke AS pada bulan September dan Oktober tahun lalu.Video berkenaan boleh disaksikan melalui Youtube dan dalam rakaman berkenaan, empat lelaki berpakaian seragam tempur celoreng dilihat membuang air kecil ke atas mayat tiga pejuang Taliban, dengan salah seorang mangsa berlumuran darah.Seorang daripada mereka secara bergurau berkata, ‘selamat jalan, kawan’, manakala seorang lagi membuat jenaka lucah mengenai mandi di bawah pancuran.
Sementara itu, Presiden Afghanistan, Hamid Karzai mengecam perbuatan berkenaan dan menyifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan.Dalam kenyataannya, beliau menggesa mereka yang terlibat dalam perbuatan jijik itu dihukum sebagai pengajaran kepada pihak lain agar tidak melakukan perbuatan sama.Senada dengan Hamid adalah Menteri Pertahanan Afghanistan yang menyifatkan pendedahan rakaman berkenaan sebagai mengejutkan.
Manakala Tentera Perjanjian Pertubuhan Atlantik Utara (NATO) pula berkata, perbuatan itu tidak menepati standard yang diharapkan daripada tentera pengaman yang bertugas di Afghanistan.
Sumber: Persatuan Pengguna Muslim Malaysia

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...