Sabtu, 17 Mac 2012

Gadis dirogol bekas abang ipar

Sumber:
Utusan Borneo
16/3/2012

Gambar Hiasan



MIRI: Seorang kakak terkejut terlihat adiknya diperkosa dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh bekas ipar dalam kejadian awal pagi semalam. Kejadian disedari sekitar jam 5.30 pagi ketika kakak mangsa balik semula ke bilik sewanya untuk mengambil barang yang tertinggal.

Setelah sampai di bilik berkenaan, dia terkejut melihat adiknya yang seperti tidak sedarkan diri sedang diperkosa oleh suspek yang merupakan bekas suami kakak mangsa.Mangsa yang berusia 14 tahun, dipercayai dipukul sehingga pengsan atau terminum minuman yang mengandungi bahan memabukkan sebelum diperkosa oleh suspek. Mangsa menetap bersama kakaknya di sebuah bilik sewa di pusat bandar raya.

Suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an, dikatakan sering melawat bekas keluarga isterinya termasuk mangsa dan sering cuba mencuri peluang untuk bersendirian dengan mangsa.Suspek didakwa pernah melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa pada pertengahan tahun lalu. Kes telah dilaporkan di Balai Polis Miri pada pagi semalam dan polis masih menjejaki suspek berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun dan sebatan.


Wanchak dapat semula anak

Sumber:
Kosmo(17 Mac 2012)



PASIR GUDANG - "Saya serik serahkan anak untuk dijaga orang, saya akan jaga dan besarkannya sendiri. Demikian luahan wanita warga Singapura, Wanchak Ibrahim, 43, apabila impian untuk bertemu semula anaknya, Muhammad Ashraf Abdul, 2, yang terpisah sejak setahun lalu tercapai Rabu lalu.
Ujar Wanchak, saat-saat memeluk anaknya merupakan satu nikmat yang tidak mampu diungkapkan selepas setahun merinduinya. "Pelbagai usaha saya lakukan untuk mendapatkan Ashraf, syukurlah akhirnya berjaya juga.
WANCHAK gembira di samping Muhammad Ashraf pada sidang akhbar 
di pejabat Pusat Aduan Rakyat Zon Permas, Taman Mawar, Pasir Gudang semalam. 
"Pertemuan dengan keluarga yang menjaga anak saya diaturkan polis di Ibu Pejabat Polis daerah Seri Alam sebelum mereka bersetuju memulangkan anak saya," katanya pada sidang akhbar di pejabat Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas di Taman Mawar di sini semalam.

Jumaat, 16 Mac 2012

Dilema Guru




Berita guru memukul pelajar dan sebaliknya sering berlaku dan menjadi topik media juga bualan hangat masyarakat. Kejadian guru-guru memukul pelajar sering dipilih untuk dijadikan tajuk utama bagi media masa.

Pihak ibu bapa hari ini sering mencari jalan penyelesaian mudah bagi menangani masalah anak-anak mereka yang dipukul guru. Mereka lebih gemar berpaling kepada media sebagai perunding cara dan jalan penyelesaian segera. Sikap sebegini boleh dianggap tidak rasional dan tidak adil bagi para guru. Media masa pula sering berpihak kepada murid yang terlibat tanpa pertimbangan yang wajar.

Dalam beberapa kes guru memukul pelajar, ibu bapa sering menjadikan pihak media sebagai tempat mengadu hal. Sebaik-baiknya ibu bapa perlulah mendapat keterangan dari pihak sekolah terlebih dahulu sebelum mengambil apa jua tindakan. Seandainya ibu bapa cuma mendengar aduan anak mereka, sudah pastilah mereka akan menyalahkan guru yang memukul anak mereka. Dalam pandangan mereka, pasti guru tidak adil dan jahat. Malah ada yang menuduh guru sengaja mencari peluang untuk memukul kerana membenci muridnya. Keadaan ini pasti sering membawa kepada laporan negatif kerana mengikut perasaan marah dan dendam ibu bapa itu sendiri.

Pihak media masa pula sering memperbesar-besarkan isu ini dengan tujuan dapat melariskan jualan mereka. Kerana ada sesetengah media masa cuma mengutamakan keuntungan sahaja tanpa memikirkan kenyataan yang betul. Ada waktunya murid yang dipukul hanya mengalami segaris luka tetapi perkataan sensasi yang sering digunakan ialah ‘cedera’. Guru digambarkan sebagai jahat kerana memukul murid tetapi apabila diketahui bahawa sikap murid terbabit sebagai punca dia dipukul, media tidak pernah memperbetulkan cerita apa lagi meminta maaf. Keadaan ini jelas sekali, pasti kita tidak pernah mendengar berita dari media masa yang melaporkan tentang murid yang melakukan kesalahan disiplin perlu dipukul. Kenapakah keadaan ini berlaku? Pasti kerana berita ini tidak menarik minat para media masa begitu juga dengan masyarakat umumnya.

Kasihan para guru. Berita segelintir mereka memukul murid sering menjadi bahan berita sensasi pihak media tetapi apabila pihak media dan masyarakat bersimpati dengan mereka, kereta mereka pula yang dirosakkan oleh pelajar-pelajar. Jelas sekali gurulah yang lebih rela memikul tanggungjawab mendisiplin lantas menghadapi pelbagai risiko keganasan pelajar. Layaknya mereka disanjung atas kesudian mereka bukan dikutuk sebagai pendera. Justeru itu, semua pihak termasuk ibu bapa dan media perlulah bersikap lebih adil dan rasional apabila berdepan dengan kes guru memukul anak mereka. Tidak ada seorang guru pun yang mahu memukul muridnya sesuka hati tanpa sebarang sebab. Guru adalah pendidik dan berpendidikan. Mereka tahu kesan jika mereka memukul murid.

Dalam prinsip dan garis panduan pertama ditegaskan status guru hendaklah sejajar dengan keperluan pendidikan seperti yang dinilai dalam konteks objektif dan tujuan pendidikan semasa. Dalam hal ini perlu diterima hakikat bahawa status profesyen perguruan dan pengiktirafan masyarakat terhadap profesyen itu adalah unsur terpenting menentukan keupayaan untuk merealisasikan tujuan dan objektif pendidikan.

Sebaliknya ibu bapa harus sedar bahawa tugas guru bukan sekadar memberi ilmu pengetahuan dan mendidik. Lebih dari itu, mereka bertanggungjawab mendisiplinkan para pelajar, satu proses pembudayaan yang jarang diterima pelajar sewaktu di rumah.

"Cikgu, kami cuma minta..."


    1. Tunjukkan kasih sayang cikgu kepada kami.
    2. Selalu bersama kami dalam pelbagai situasi.
    3. Amalkan disiplin secara konsisten.
    4. Didik kami tentang peraturan betul dan salah dalam hidup. 
    5. Bertenang dan elakkan kata-kata yang boleh menyakitkan hati kami.
    6. Luangkan masa untuk berkomunikasi dengan kami.
    7. Mendengar dan memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang dikatakan oleh kami. Ini akan membantu cikgu menunjukkan kasih sayang cikgu terhadap kami.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...