Oleh
MD RASUL BIN HARON
Bengkel Jurulatih Kebangsaan
Program Intervensi Buli Di Sekaloh
Hotel Plaza
Kuala Lumpur
(18 Oktober 2009-20 Oktober 2009)
Kawalan kelas yang lemah akan menyebabkan guru gagal. Apabila guru gagal, secara umumnya ia menunjukkan bahawa guru kurang daya kawalan atau kawalannya ke atas kelas adalah lemah. Ini bermaksud guru tidak boleh mengawal kelas sepenuhnya. Apabila guru gagal mengawal kelas, ia akan menyebabkan pelajar lebih menunjukkan tingkah laku tidak baik, tidak akan memberi fokus ketika belajar serta tidak akan bekerjasama dengan guru di dalam kelas. Dengan itu guru tidak boleh mengajar dan pelajar akan mengambil peluang untuk tidak belajar. Oleh itu objektif pengajaran tidak akan tercapai.
Ada guru menganggap dan percaya bahawa kawalan yang tegas adalah tidak bertimbang rasa. Anggapan dan kepercayaan ini adalah salah kerana kawalan secara tegas akan dapat mengekalkan sifat berperikemanusiaan secara terbuka. Pelajar juga tidak menggemari jika guru terlalu tegas, sebaliknya mereka suka jika guru bersifat tegas dan juga menyeronokkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan