Perkara penting yang perlu difahami oleh guru ialah cuba memahami bahawa setiap pelajar mempunyai tahap kebolehan yang berbeza dan bakat yang penuh dengan kepelbagaian. Guru perlulah berusaha untuk mengenal pasti keupayaan, bakat dan kebolehan pelajar dan berusaha pula mengembangkannya pada tahap tertinggi.
Tahap kecerdasan pelajar adalah berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Sebenarnya istilah kecerdasan telah dibincangkan dengan meluas sejak Era Plato lagi. Ketika itu istilah kecerdasan melibatkan 3 aspek iaitu:
Bakat dan Kebolehan Pelajar Berbeza |
A. Keupayaan seseorang untuk belajar
B. Jumlah ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh seseorang
C. Kebolehan seseorang untuk menyesuaikan diri terhadap situasi dan persekitaran baru.
Justeru sebagai guru, marilah kita sentiasa meningkatkan pengetahuan kita mengenai pendekatan dan teknik pengajaran terkini sesuai dengan perkembangan pesat dalam dunia pendidikan sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan