Menurut Pakar Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya, Profesor Dr.Suradi Salim dalam akhbar Kosmo(23 Oktober 2010), tekanan berpanjangan yang gagal dikawal dengan baik oleh seseorang boleh membawa kepada resah dan kemurungan.
Jika dikumpul berbukit-bukit tekanan negatif dalam hidup, ia bukan sahaja boleh mengundang masalah kesihatan malahan boleh membawa maut secara mengejut sekiranya seseorang itu tidak lagi dapat menanggung gangguan emosi itu. Menurut pakar tersebut, ada individu yang tidak dapat menanggung tekanan walaupun dalam skala kecil namun ada pula mampu menanggung masalah besar dengan baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan