Sabtu, 23 Oktober 2010

Pak Adu Mak Adu

Ini adalah gelaran eksklusif yang diberikan kepada sesiapa sahaja dalam sesuatu organisasi yang kuat mengadu. Apa sahaja hal hendak diadu. Terutama kepada Bos. Pak Adu dan Mak Adu perlu dibezakan dengan individu yang sering menimbulkan persoalan tentang masalah-masalah kerja melalui saluran formal. Tetapi Pak Adu dan Mak Adu mengambil kesempatan menggunakan saluran informal kerana akses yang ada padanya kepada orang-orang tertentu untuk mengadu hal-hal peribadi orang lain. Orang seperti ini kadang-kadang digelar sebagai orang yang suka membawa mulut. Cara membuat pengaduan yang betul adalah dengan bertulis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...