Kebanyakan orang tidak cakna dengan kata-kata yang dizahirkan oleh orang lain. Ini bermakna dia tidak mengambil berat tentang mesej yang disampaikan. Mengambil berat bermaksud berani memikul tanggungjawab terhadap butir-butir percakapan yang telah diterima dan dipersetujui. Akibat daripada sikap tidak acuh itu, kesannya kita tidak dapat menyiapkan tugasan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Begitu juga kita sering mendengar rungutan orang mengatakan bahawa mesyuarat adalah satu kerja yang membazir masa. Di sinilah masalahnya, kita tidak memahami fungsi mesyuarat dan tidak tahu menilai maklumat yang disampaikan di dalam mesyuarat. Ia adalah amalan komunikasi yang tidak wajar yang dibawa di dalam mesyuarat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan