Isnin, 4 Julai 2011

Penambahbaikan ganjaran guru harus menyeluruh: KGBS

BORNEO POST ONLINE
by Nick Fletcher. Posted on July 1, 2011, Friday
Kenaikan gred mesti bersandarkan kepada senioriti, prestasi
KUCHING: Cadangan penambahbaikan perkhidmatan perguruan yang kebanyakannya melibatkan insentif kenaikan gred seseorang pegawai mestilah bersandarkan kepada senioriti terlebih dahulu diikuti prestasi dan bukannya berdasarkan prestasi pegawai berkenaan semata-mata tanpa mengambil kira senioriti.
Justeru, Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) dalam satu kenyataan baru-baru ini menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) supaya melakukan transformasi dengan mewujudkan penambahbaikan dalam skim perkhidmatan perguruan agar ia selaras dan sesuai dengan keperluan dan tuntutan situasi masa kini.
Yang Dipertua KGBS Ahmad Malie berkata demikian ekoran ketidakpuasan hati guru tentang insentif yang lebih menjurus kepada guru-guru siswazah di sekolah-sekolah menengah, seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-50 di Kuching baru-baru ini.
“Maka, KGBS mencadang-kan agar KPM mempertimbangkan penambahbaikan bagi guru-guru secara lebih menyeluruh untuk memenangi semula hati guru,” katanya.
Antara penambahbaikan yang dicadangkan KGBS yang berdasarkan empat perkara ialah berkaitan guru-guru di sekolah, penstrukturan Jabatan Pelajaran Sarawak (JPNS), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), Institut Pendidikan Guru dan ganjaran khas bagi guru-guru EX-PPPLD yang dilantik ke DG41 tanpa menikmati kenaikan pangkat DGA32/ DGA34.
Bagi penambahbaikan berkaitan guru-guru di sekolah, jawatan guru besar di sekolah rendah perlu dinaik taraf daripada gred DGA32 dan DGA34 kepada DG48 manakala guru penolong kanannya pula daripada gred DGA32 dinaik taraf kepada gred DG44 lantaran ramai kalangan guru di sekolah rendah adalah guru-guru siswazah.
Malah, guru besar sedia ada DGA32 dan DGA34 perlu dinaik taraf kepada gred DGA38 manakala guru penolong kanan DGA32 dinaik taraf kepada gred DGA34 dan mesti dikekalkan sehingga mereka tamat dalam perkhidmatan.
Selain itu, guru-guru DGA32 KUP juga perlu di-beri peluang untuk kenaikan pangkat secara ‘time based’ sehingga ke gred DGA34 KUP sama ada mereka berkhidmat di sekolah rendah atau di se-kolah menengah.
Guru-guru siswazah DG41 pula perlu diberi peluang untuk naik pangkat secara ‘time based’ sehingga ke gred DG52 sama ada mereka berkhidmat di sekolah rendah atau di sekolah menengah.
Sementara, cadangan penstrukturan JPNS, PPD, JNJK dan BTPN adalah seseorang pengarah JUSA C dinaik taraf ke JUSA B, dua timbalan pengarah JUSA C.
Kini hanya seorang sahaja pada gred DG54, semua ketua sektor, ketua nazir negeri DG52 dan ketua penolong pengarah BTPN DG48 dinaikkan ke gred DG54, semua pegawai pelajaran daerah di 31 Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dilantik ke gred DG52, semua jawatan pegawai siswazah di JPNS, PPD, JNJK dan BTPN di-letak pada gred DG44 dan DG48 dengan jawatan DG41 dimansuhkan kerana jawatan di agensi-agensi berkenaan dikira sebagai jawatan naik pangkat manakala jawatan pegawai PPPLD gred DGA32 di JPNS, PPD, JNJK dan BTPN perlu dimansuhkan dan digantikan dengan  gred DGA34 atau DGA38.
Bagi Institut Perguruan Malaysia,  KGBS menggesa agar jawatan pensyarah DG44 dan DG48 serta gred-gred yang lebih tinggi sewajarnya diisi dengan segera sesuai dengan peranan dan tuntutannya pada masa kini kerana kelewatan pengisian jawatan-jawatan tersebut akan menjejaskan fungsinya sebagai agensi yang melahirkan guru-guru siswazah yang berwibawa.
Seterusnya, KGBS menggesa agar KPM mempertimbangkan ganjaran khas untuk guru-guru ex-PPPLD yang dilantik ke DG41 tanpa menikmati kenaikan pangkat DGA32 atau DGA34 dalam bentuk tiga kenaikan gaji untuk menyeimbangkan gaji mereka dengan rakan-rakan mereka yang berada pada gred DGA32.
“Gesaan ini telah lama KGBS suarakan namun hingga kini ia belum nampak tindakan kerajaan khususnya KPM untuk mempertimbangkan ganjaran ini.
“Justeru KGBS amat mengharapkan agar KPM dapat menyelesaikan isu ini dengan segera,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...