Isnin, 4 Julai 2011

Pentadbir sekolah diminta menerima kelas prasekolah di sekolah mereka: Zaidah


BORNEO POST ONLINE
Posted on July 2, 2011, Saturday
KUCHING: Pentadbir sekolah terutama guru besar diminta menerima kelas prasekolah di sekolah mereka kerana ia menguntungkan sekolah dan murid, kata Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Zaidah Alek.
Menurutnya, kelas prasekolah di sekolah rendah dapat membantu membentuk kanak-kanak dari kecil lagi sebelum menuju ke alam persekolahan sebenar.
“Ia memberi kelebihan kepada guru kerana mereka dapat mengajar kanak-kanak ketika mereka masih berusia lima tahun lagi.
“Kelas prasekolah boleh digunakan untuk memfokuskan pelajar kepada kemahiran menulis, membaca dan mengira,” katanya dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Pelajaran Daerah Serian di sini semalam.
Beliau menasihati guru besar supaya menerima pembiayaan yang telah diperuntukkan oleh kerajaan dan Kementerian Pelajaran.
Tambahnya, lebih banyak lagi kelas prasekolah diperlukan di negeri ini.
Selain itu, beliau menjelaskan bahawa Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah menggariskan penambahbaikan dari segi kecemerlangan pendidikan dan menegaskan peri pentingnya guru tahu peranan mereka dalam GTP.
“Peranan guru dalam menjayakan GTP penting kerana mereka merupakan ejen transformasi untuk menaik taraf pendidikan seperti yang digariskan dalam program GTP.
“Mereka adalah golongan yang akan membantu mewujudkan dan membentuk generasi pintar dan bijak pandai pada masa depan,” katanya.
Katanya lagi, menerusi empat sekolah berprestasi tinggi iaitu di Limbang, Miri, Sibu dan Kuching ia membuktikan kemampuan guru di negeri ini untuk menghasilkan pelajar cemerlang.
Dalam majlis itu, seramai 168 orang merangkumi 84 guru dan 24 kakitangan sokongan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
Turut hadir Pegawai Pelajaran Serian Abang Mat Ali Abang Masagu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...