Isnin, 4 Julai 2011

10 pengusaha TADIKA swasta terima geran



2011/07/04KUANTAN: Sepuluh pengusaha prasekolah swasta di negeri ini terpilih menerima geran permulaan RM10,000 setiap seorang bagi tempoh tiga tahun di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) 2011.

Penerima sebahagian daripada pengusaha baru yang terpilih daripada seluruh negara bagi membantu menyediakan prasarana dan peralatan pembelajaran serba lengkap sekali gus meningkatkan operasi pusat terbabit.
Pengusaha Tadika Akrab Jaya, M Puspawathy, 27, berkata beliau gembira kerana terpilih di antara ribuan pengusaha baru untuk menerima geran yang dapat membantu mengembangkan lagi operasi tadika.
Katanya, tadika yang beroperasi di Taman Seri Layang, Mentakab sejak Januari lalu mempunyai 15 murid berusia empat hingga enam tahun.

“Saya merancang untuk memiliki premis sendiri bagi memudahkan membuat pengubahsuaian kelas dan membeli perabot serta alat bantuan mengajar yang lebih lengkap.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan dan akan menggunakan geran ini sebaik mungkin untuk memberi pendidikan awal kepada murid di sini, " katanya ketika ditemui selepas menerima geran berkenaan yang disampaikan Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Pahang, Aznan Mohamed di sini, semalam.

Sumber: Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...