Rabu, 26 Oktober 2011

Pegawai Kemas Dituduh Terima Rasuah


Laman WEB SPRM



KUALA TERENGGANU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat pertuduhan di Mahkamah Sesyen (2) Kuala Terengganu terhadap seorang Pegawai Kemajuan Masyarakat di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Terengganu kerana telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15 Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Tertuduh, Zulkipeli bin Taib, 45 tahun, telah menggunakan jawatannya di antara 1 Jun 2008 dan 25 Jun 2008 di Pejabat Kemajuan Masyarakat Negeri Terengganu untuk mendapatkan suapan iaitu menyokong Borang Pra Perbelanjaan berjumlah RM 22,500.00 supaya Syarikat Mohd Zaki bin Abdul Hamid dipilih sebagai pengendali Kursus Pembangunan Komuniti AJK Aktiviti KEMAS Negeri Terengganu Siri I dan II di Kolej Multimedia Timur, Rusila Marang, di mana tertuduh sendiri yang mengendalikan kursus tersebut dan beliau telah mengambil   RM 12,900.00 dari jumlah tersebut.
Tertuduh tidak mengaku salah terhadap pertuduhan tersebut dan minta untuk dibicarakan. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya Syafinas binti Shabudin daripada SPRM Terengganu di hadapan Hakim Y.A Mohd Abdul Hayyi bin Salim. Tertuduh yang diwakili oleh peguambela Mohd Farid Nazmi Safinei dari Tetuan Alias Abdullah telah dikenakan wang jaminan sebanyak RM4,000.00 dengan seorang penjamin. Hakim menetapkan tarikh 6 Disember 2011 untuk sebutan semula.
Sekiranya disabitkan dengan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih daripada 20 tahun, dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan. [Tamat]
 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...