Rabu, 26 Oktober 2011

Sarjan Cawangan Narkotik Dituduh Terima Rasuah


Laman WEB SPRM



KUALA TERENGGANU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat pertuduhan di Mahkamah Sesyen (1) Kuala Terengganu terhadap seorang Sarjan Cawangan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, kerana telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Tertuduh, Esah binti Ismail, 51 tahun, telah secara rasuah menerima suatu suapan iaitu wang tunai RM500.00 daripada Zambri bin Sharifuddin pada 11 September 2011 di Jerteh, Besut, sebagai dorongan untuk mengubah keputusan ujian air kencing Zambri yang ditangkap kerana disyaki terlibat dengan dadah.
Tertuduh tidak mengaku salah terhadap pertuduhan tersebut dan minta untuk dibicarakan. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya Syafinas binti Shabudin daripada SPRM Terengganu di hadapan Hakim Y.A Mohd Abdul Hayyi bin Salim. Tertuduh yang diwakili oleh peguambela Mohd Farid Nazmi Safinei dari Tetuan Alias Abdullah telah dikenakan wang jaminan sebanyak RM3,000.00 dengan seorang penjamin. Hakim menetapkan tarikh 6 Disember 2011 untuk sebutan semula.
Sekiranya disabitkan dengan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih daripada 20 tahun, dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan. [Tamat]
 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...