Rabu, 30 November 2011

Nga mohon maaf gelar Zambry 'hitam metalik'



Sumber:
malaysiakini.com


Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming hari ini memohon maaf kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir kerana menggelarkannya "hitam metalik".
    
"Kepada semua pihak yang tersinggung dengan kenyataan saya itu termasuk Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, saya ingin memohon maaf," katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Bernama.
    
Nga, yang juga ahli parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, dilaporkan berkata demikian dalam satu ceramah di Perak pada 9 November lepas.
    
Kenyataannya itu dibidas pelbagai pihak termasuk ahli politik dan badan-badan bukan kerajaan yang menganggap ianya berbaur perkauman dan menghina mereka yang berkulit hitam.
Dalam kenyataannya itu, Nga bagaimanapun berkata, petikan  mengenai "hitam metalik" itu telah disalah tafsir kerana beliau hanya merujuk kepada pengambilanalih kerajaan negeri Perak oleh Zambry dan BN yang dianggapnya tidak sah.
    
"Secara peribadi, saya tidak membenci Zambry. Saya anggap semua rakyat Malaysia sebagai saudara," katanya.

Sementara itu, Bernama turut melaporkan Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan (Wawasan) berkata, Nga tidak seharusnya dicalonkan semula oleh parti itu bertanding dalam pilihan raya umum akan datang setelah didakwa membuat kenyataan menghina menteri besar.

Malah, Wawasan meminta Nga meletak jawatan serta-merta daripada DAP jika beliau tidak mahu melibatkan parti itu dalam isu yang dianggapnya berbaur perkauman.
    
Presiden Wawasan, Fauzi Muda, berkata keceluparan dan sikap perkauman Nga tidak boleh dimaafkan kerana beliau menjatuhkan martabat seseorang yang berkulit hitam.
    
"Ini bermakna kaum India dan Melayu yang berkulit hitam dipandang rendah dan terlalu hina di mata DAP," katanya sebelum menyerahkan memorandum yang membantah kenyataan Nga itu kepada seorang wakil DAP di Ibu Pejabat DAP Perak hari ini.
    
Fauzi meminta Nga memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat yang berkulit hitam berhubung kenyataannya itu yang dilaporkan dibuat pada 9 September lepas.
    

JAWATAN JUSA, TURUS AKAN DIUBAH



Sumber:
CUEPACS



KUALA LUMPUR 27 Nov. - Skim jawatan utama atau premier perkhidmatan awam, peringkat JUSA dan Turus akan diubah suai bagi membolehkan kepakaran luar termasuk dari sektor swasta diambil masuk.
Dengan cadangan itu bermakna, mana-mana pekerja sektor swasta yang berminat mengisi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dari JUSA C dan sehingga ke peringkat tonggak, Turus boleh berbuat demikian.
Utusan Malaysia difahamkan, jawatan yang terbabit boleh menjangkaui sehingga ke kedudukan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Setiausaha (KSU) sesebuah kementerian.
KSU yang berada dalam kategori JUSA tertinggi dan Turus adalah sama seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat korporat.
Bagaimanapun tidak diketahui sama ada pengisian jawatan-jawatan tertinggi itu akan mengambil kira kouta berdasarkan kaum.
Satu taklimat kepada pegawai-pegawai peringkat utama dan ke atas telah dilakukan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) minggu lalu.
Difahamkan ia adalah sebahagian daripada program transformasi dalam perkhidmatan awam. Di bawah program itu Skim Saraan Malaysia (SSM) akan diganti dengan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SSBPA).
Menurut satu sumber, di bawah sistem baru itu, kemasukan kakitangan untuk kategori itu akan dilakukan secara lateral.
Buat sementara, difahamkan lima buah kementerian telah dikenal pasti untuk dilaksanakan kaedah itu.
Dalam pada itu, Utusan juga difahamkan di bawah program itu, kesemua KSU akan dikehendaki meletak jawatan dan memohon semula secara kontrak. Prestasi mereka akan dinilai dalam tempoh kontrak tersebut.
Dalam proses ini, menurut sumber itu, pihak dalam dan luar daripada perkhidmatan awam juga boleh memohon untuk mengisi jawatan tersebut.

Gaji SBPA 2012. Pekeliling Baru Bulan Disember Ini!! Apa Kata Semua Penjawat Awam?



Sumber:
Beritasemasa.com



Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu. Dan….antara perkongsian maklumat yang kami terima setakat ini berkenaan dengan dengan sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :

1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: “Exit Policy”

Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.
Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.

2) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: Pengredan Semula Jawatan

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :
  • Premier
  • Jusa
  • Pengurusan Tinggi
  • Pengurusan dan Profesional
  • Pelaksana
Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.
Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.

3) Skim Gaji Baru SBPA 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Secara kasar akan dinilai seperti berikut :
  • Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
  • Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
  • Markah 75 % – tiada kenaikan
  • Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan

4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru  : Sistem Gaji Baru

Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :
P/S : Jikalau ada maklumat yang ingin dikongsikan berkenaan dengan Sistem Gaji SBPA (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam) 2012 yang baru ini, dipersilakan untuk dibincangkan bersama.
PP/S : Ada maklumat tidak rasmi yang kami perolehi, ada yang maklumat yang sudah hampir pasti akan dilaksanakan. Walaubagaimanapun, setakat ini, apa pandangan anda “cakap-cakap” berkenaan dengan skim gaji SBPA 2012 yang baru ini?

Tak nak istana emas pun



Assalamualaikum WBT,
Tembok Istana Potala dibuat dari batu granit, yang paling tebal mencapai 5 meter. Dasar tembok berisi lapisan batu, di dalam tembok luar diisi cairan besi untuk meningkatkan keutuhan seluruh bangunan dan daya tahan terhadap gempa bumi, sedang di atasnya dilengkapi hiasan daripada emas untuk penangkal petir.

Pemimpin politik jangan asyik membebel dan melalak dengan isu yang kononnya besar. Apatah lagi bahang PRU 13 yang sudah terasa. Episod pemimpin politik yang dekat dengan rakyat ditayang semula. Sedangkan selama mereka ini dipilih, batang hidung di kawasan yang diamanahkan pun tak nampak. Sedih kita dengan nasib rakyat yang masih menagih janji dengan janji manis pemimpin politik. Nak buat itu, nak buat ini. Serba serbi nak buat.

Rakyat baik di bandar mahupun di luar bandar tidak pernah mengimpikan istana emas dibina. Rakyat hanya mahu kehidupan yang senang. Bukan nak kaya wang ringgit. Rakyat hanya inginkan kos hidup yang rendah dan berpatutan. Minyak mahal. Makan mahal. Bahan mentah mahal. Beli barang kat pasar malam pun mahal. Jangan asyik bagi alasan tekanan ekonomi dunia dan jangan asyik bandingkan negara kita dengan Singapura. Berapa pendapatannya? 

Pemerintah mesti lebih dominan daripada pengeluar. Bukan pengeluar yang menentukan harga yang perlu dibayar oleh rakyat. Sekiranya kita menganggap bahawa jawatan pemimpin sebagai satu keistimewaan maka kita amat bimbang ia boleh menjejaskan tumpuan untuk memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada rakyat. 

Selasa, 29 November 2011

Opsyen SBPA dan melanjutkan umur persaraan



Sumber:
NUTP Online


Makluman untuk Semua Ahli NUTP dan Guru-Guru Seluruh Malaysia

1. Tempoh Opsyen SBPA dan melanjutkan umur persaraan adalah pada 16 Disember 2011 hingga 30 Disember  2011. Guru-Guru diminta hubungi sekolah untuk memperolehi maklumat mengenai Borang Opsyen.

2. Saudara/ Saudari boleh tandatangan Borang Opsyen SBPA dan melanjutkan umur persaraan secara berasingan kerana Opsyen SBPA dan melanjutkan umur persaraan ke 60 tahun merupakan dua perkara yang berbeza.

Haram abaikan pendidikan anak





Pembaca yang dirahmati Allah SWT. 

Diam tak diam, kita telah menghampiri Tahun 2012. Sudah tentu ibu bapa yang cakna dengan pendidikan anak-anak sudah mula shopping keperluan sekolah. Apatah lagi Tahun 2011, anak pertama mula menjejakkan kaki ke sekolah. Indah betul pengalaman tersebut. Menghantar pada hari pertama dan kadang-kadang berjangkit kepada 2 atau 3 hari terpaksa menunggu anak di sekolah. 

Dunia kanak-kanak ini pada dasarnya adalah tempoh yang menggembirakan untuk hidup bersuka ria, berkawan dan menikmati keseronokan. Pada masa yang sama menjadi kewajipan kita sebagai ibu bapa untuk memberi pendidikan dan bimbingan yang sewajarnya.

Menurut Sheikh Yusuf al-Qardawi adalah haram mengabaikan pendidikan anak tanpa sebab yang dibenarkan. Namun begitu, anak boleh menolong ibu bapa mereka bekerja. Begitu juga yang miskin dan tidak mampu memenuhi keperluan asas, maka Islam mengharuskan anak-anak bekerja tapi dengan syarat, pekerjaan itu sesuai dengan keupayaan mereka.

Isnin, 28 November 2011

Semuanya duit





Pembaca yang dirahmati Allah SWT,

Disebabkan RM 50, seorang adik berlabel penganggur sanggup membunuh abang sendiri. Disebabkan RM 100, seorang suami memukul isteri sendiri. Tak tahu pula apa yang bakal berlaku apabila RM 500 diagihkan kepada mereka yang layak menerimanya nanti. Harap tidak timbul perkara jengkel lagi.

Ini membuktikan bahawa duit sudah mendarah daging di dalam masyarakat. Ada banyak kes yang melibatkan duit di negara kita. Pecah rumah, ragut, serangan beramai-ramai di kedai mamak, ugut, along, rasuah, black money, pukau-memukau, pukul-memukul dan berbunuhan demi duit. Golongan yang suka merompak duit orang ini ada yang terdiri daripada 'penanam anggur' dan ada yang terdiri daripada mereka yang berkerja tetapi pendapatan yang diterima tidak mencukupi untuk keperluan diri dan tanggungan.

PDRM tak serik menasihati rakyat untuk tidak membawa apa-apa gajet yang menarik perhatian mereka yang lapar duit orang lain. Kalau nak surf internet, belilah sendiri usb broadband. Tak mahal pun. Kerana duit, ada yang sanggup berjam-jam di premis yang ada WIFI percuma. Gajet yang dibawa bersama kelihatan mahal berbanding dengan kos memiliki broadband sendiri. 

Begitu juga dengan kes ragut, mereka yang minat bergaya tetapi tidak bercukupan duit sanggup menghiasi leher dengan emas palsu. Beg tangan palsu yang penuh persona. Kadang-kadang tidak berisi apa-apa hanya dibawa sebagai teman 'Window Shopping'. Ini menarik perhatian peragut yang sememangnya gila duit. Kalau kena ragut, nyawa mungkin melayang. Siperagut pula menerima risiko, kalau jatuh dan tertangkap orang ramai mahu bercerai badan. 

Kerana duit juga, orang ramai sanggup memakir kereta di mana-mana tempat. Biar jalan sesak asalkan dapat jimat RM 1.00. Kalau pembaca datang ke Kompleks Selayang Mall, Selayang, pengguna sanggup meletak kereta di bahu jalan. Terdapat banyak lot parkir di dalam kompleks. Sedangkan kereta yang dibawa punyai citarasa. Ini baru satu contoh tempat. Ia berlaku di semua tempat.

Disebabkan duit ramai yang sanggup hutang keliling badan, bukan pinggang lagi. Biar papa asalkan bergaya. Sama-sama kita muhasabah diri sempena Tahun Baru Islam. Mencari rezeki amat dituntut dalam Islam.  Kita mencari rezeki mengumpul harta untuk memudahkan urusan kehidupan kita dan bagi memastikan keturunan kita tidak ditinggalkan dalam keadaan melarat. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sesungguhnya meninggalkan anak-anak kamu dalam keadaan berharta lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan miskin, meminta-minta belas kasihan orang lain."

6 minit sahaja-Putih Mata Malaysia




Assalamualaikum WBT kepada semua pembaca,

Pertemuan menentang Bahrain semalam amat mengecewakan peminat bolasepak negara. Manakan tidak, Malaysia telah mendahului 2-0 ke atas Bahrain. Akibat terlalu leka dalam keghairahan mencari gol mereka lupa Bahrain juga mahu 3 mata. 

Pasukan dari Arab itu juga terdesak untuk menang bagi mencapai impian beraksi di London tahun depan. 3 mata penuh mampu mencerahkan peluang Malaysia untuk sekurang-kurangnya muncul naib juara kumpulan. Pada separuh masa kedua, Bahrain menyerang habis-habisan yang sifat serangan mereka seperti corak permainan Syria. Bahrain berjaya menghukum setiap peluang yang diberikan pemain negara kerana tidak mengawasi mereka dengan baik.

Selain daripada aspek latihan fizikal, pemain bolasepak negara perlu ditingkatkan aspek kejiwaan agar lebih kental dan dapat mengawal perasaan gembira sekiranya mendahului pasukan lawan. Akibat leka dan over confident, Bahrain berjaya menewaskan pasukan negara 3-2. Hanya 6 minit Bahrain diperlukan untuk Bahrain membolosi  gol Malaysia. Kecewaaaaaaaaaa.


Ahad, 27 November 2011

Salam Maal Hijrah


SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH
DARIPADA
MD RASUL BIN HARON

'Perarakan peguam' pada Selasa diteruskan



Sumber:
malaysiakini.com

Majlis Peguam akan tetap meneruskan perarakan mereka Selasa depan walaupun kerajaan kini mempertimbangkan menilai semula beberapa peruntukan dalam Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang dicadangkan.

"Walaupun ia sedikit positif bahawa kerajaan - sebagai reaksi kepada bantahan awam - mempertimbang meminda tujuh peruntukan, kecuali untuk mengurangkan tempoh notis, kita tahu, tidak pindaan lain ...," kata pengerusi majlis itu Lim Chee Wee.

"Bagaimanapun, ia sebenarnya mencerminkan apa yang salah dengan proses yang melibatkan rang undang-undang itu - ia amat tergesa-gesa untuk dijadikan undang-undang tanpa perundingan awam yang mencukupi."
Kata Lim, penyelesaian terbaik dengan merujuk rang undang-undang itu kepada jawatankuasa khas parlimen.
Majlis Peguam semalam mengerahkan 14, 000 anggota berarak dalam program dinamakan Walk for Freedom (berjalan untuk kebebasan) pada Selasa depan apabila rang undang-undang itu akan dibahas.
Lim berkata, rang undang-undang itu amat berbeza dengan amalan negara luar seperti United Kingdom dan Findland yang memerlukan notis lebih pendek untuk berhimpun dan langsung tidak perlu sekiranya tidak munasabah secara praktikalnya.
"Di Finland, hanya enam jam diperlukan. Di Malaysia, perhimpunan dalam gerakan atau perarakan kecuali perarakan pengebumian, adalah dilarang. Ini adalah keterlaluan," katanya.

24 Protokol Yahudi Yang Patut Kita Ketahui



Assalamualaikum WBT.

Sewaktu kuliah Sejarah Pemikiran yang disampaikan oleh seorang profesor 12 tahun dahulu di UKM dahulu, saya mencatat dengan teliti kuliah beliau yang begitu menarik tentang Yahudi. Polemik keselamatan bagi memastikan survival negara Yahudi Israel telah menjadikan Palestin sebagai mangsa kekejaman hak asasi manusia terbesar dalam sejarah peradaban dunia moden masa kini. Justeru, adalah wajar sekiranya kerajaan di setiap negara Arab dan Islam memastikan bahawa kandungan buku teks sejarah peradaban dunia memaparkan sejarah Palestin ini untk diambil iktibar oleh masyarakat Islam di seluruh dunia. Terdapat 24 Protokol Yahudi yang perlu kita ketahui sebagai orang Islam.

Protokol Yahudi telah dibawa ke pengetahuan umum pada tahun 1901M, apabila  seorang wanita perancis telah mencuri naskhah protokol ini daripada seorang pemimpin tertinggi Freemasonary. Wanita tersebut telah mencurinya diakhir muktamar rahsia (Jewish Masonic Conspiracy) yang diadakan di Perancis. Di dalam naskhah asalnya tidak digunakan kalimah “Yahudi” kecuali di dalam dua tempat sahaja. Ianya hanya menggunakan perkataan “Kita” dan “Orang bukan Yahudi”. Protokol-protokol ini telah diterjemahkan ke bahasa Arab oleh Ust Mohd Khalifah Attunisi. Di bawah tajuk “Protokol Hukama Sohyuni”. 

Protokol Pertama 

Cara memerintah sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan  keganasan bukan dengan perbincangan ilmiah. Hak itu terletak kepada kekuatan. Siapa kuat, dialah berhak, kerana dalam hukum alam, kebenaran terletak dengan kekuatan. Sesungguhnya politik tidak sesuai dengan akhlak. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Mereka yang ingin memerintah, mestilah pandai menggunakan tipu helah dan matlamat menghalalkan cara. Minuman keras haruslah digunakan untuk mencapai tujuan itu. 

Protokol Kedua

Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kaum yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu memerintah negaranya sendiri, tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negara, mestilah terdiri daripada orang-orang yang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Melalui akhbar, Yahudi menggerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan untuk mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan airmata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap nyawa dikalangan yahudi berharga seribu orang bukan Yahudi.

Protokol KetigaYahudi 

akan menjadikan negara bukan Yahudi, sebagai gelanggang pertelagahan manusia yang boleh membawa huru hara, seterusnya menybabkan kemerosotan ekonomi. Yahudi akan berlagak sebagai penyelamat dengan mempelawa masuk ke ‘pasukan kita' iaitu Sosialis, komunis dan lain-lain yang dapat memberi ruang kepada Yahudi untuk menguasai bangsa bukan Yahudi. Dalam alam fikiran Yahudi, wajib ditanam perasaan bahawa semua haiwan itu (bukan bangsa Yahudi) akan tidur nyenyak apabila kenyang dengan darah. Ketika itulah senang bagi Yahudi memperhambakan mereka.

Protokol Keempat Bangsa 

Yahudi mestilah menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis daripada hati orang bukan Yahudi prinsip ketuhanan dan menggantikannya dengan perkiraan ilmu hisab serta lain-lain keperluan kebendaan. Fikiran orang bukan Yahudi mestilah dialihkan ke arah memikirkan soal perdagangan dan perusahaan supaya mereka tidak ada masa untuk memikirkan soal-soal musuh mereka. Akhirnya segala kepentingan akan jatuh ke tangan Yahudi.

Protokol Kelima Sekiranya ada di kalangan orang bukan Yahudi cuba mengatasi bangsa Yahudi dari segi sains, politik dan ekonomi, maka bangsa Yahudi mestilah menyekat mereka dengan cara menimbulkan pelbagai bentuk perselisihan sehingga wujud konflik sesama mereka. Kesannya, mereka mengambil keputusa untuk tidak mencampuri permasalahan tersebut kerana ianya hanya difahami oleh orang-orang yang memimpin rakyat sahaja. 

Protokol Keenam 

Untuk memusnahkan perusahaan bangsa bukan Yahudi, ialah dengan cara merosakkan sumber pengeluaran dengan memupuk tabiat membuat kejahatan dan meminum minuman keras di kalangan pekerja, serta mengambil langkah menghapuskan orang orang terpelajar dari kalangan bangsa bukan Yahudi. Semua bangsa bukan Yahudi mestilah dipastikan menduduki mertabat kaum buruh yang melarat. 

Protokol Ketujuh 

Orang-orang Yahudi wajib menabur fitnah supaya timbul kekacauan, pertelagahan dan permusuhan di kalangan manusia. Bila timbul penentangan terhadap bangsa Yahudi, maka wajiblah orang Yahudi menyambutnya dengan peperangan secara total di seluruh dunia. 

Protokol Kelapan 

Pemerintah Yahudi akan dikelilingi oleh segolongan besar ahli-ahli ekonomi dan orang Yahudi sendiri akan dikelilingi oleh ribuan ahli-ahli korporat, jutawan dan usahawan. 

Protokol Kesembilan 

Yahudi akan mendirikan kerajaan diktator dengan membuat dan melaksanakan undang-undang yang tegas, iaitu undang-undang yang akan membunuh tanpa pengampunan. Yahudi akan merosakkan moral pemuda-pemuda bukan Yahudi dengan menanamkan teori-teori palsu dan ilmu-ilmu yang batil.

Protokol Kesepuluh 

Yahudi akan membawa masuk racun ‘Liberalisma' ke dalam negara-negara yang bukan Yahudi supaya menggugat kestabilan politik. Pilihanraya diatur supaya boleh memberi kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat bertugas sebagai agen yahudi dalam melaksanakan rancangan rancangan Yahudi. 

Protokol Kesebelas 

Bangsa Yahudi menyifatkan diri mereka sebagai serigala dan bangsa lain sebagai kambing. Bagi mereka, Yahudi merupakan bangsa yang terpilih dan mereka bertebaran ke atas muka bumi ini sebagai satu rahmat. Berada di perantauan atau negara asing yang nampak sebagai kelemahan, sebenarnya mencerminkan kekuatan yang dapat membawa bangsa itu ke pintu kekuatan di seluruh dunia. 

Protokol Kedua belas 

Yahudi akan mengubah pengertian tentang kebebasan atau kemerdekaan dengan mentafsirkan istilah itu sebagai mengamalkan apa-apa yang diperkenalkan atau dibenarkan oleh undang-undang sahaja. Kalau bangsa bukan Yahudi diberi permit menerbitkan sepuluh akhbar atau majalah, maka bangsa Yahudi mesti menerbitkan 30 akhbar atau majalah. Perkara ini amat penting kerana ia adalah alat untuk mengubah fikiran rakyat.

Protokol Ketiga belas 

Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan, maka bangsa Yahudi hendaklah menghapuskan golongan korporat dari bukan bangsa Yahudi di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan lain di kalangan bangsa bukan Yahudi kerana semua ini akan menelan kekayaan mereka. Untuk mengalih perhatian orang bukan Yahudi daripada memikirkan persoalan politik, maka agen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga, pesta-pesta, pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi.

Protokol Keempat belas 

Para falsafah Yunani mestilah membincangkan kekurangan-kekurangan serta mendedahkan keburukan agama-agama lain. Para penulis Yahudi harus menonjolkan tulisan-tulisan pornografi iaitu mengadakan sastera yang tidak bermakna, kotor dan keji. 

Protokol Kelima belas 

Apabila mendapat kekuasaan, bangsa Yahudi akan membunuh tanpa belas kasihan terhadap setiap orang yang menentangnya. Setiap pertubuhan yang merancang untuk menentangnya mestilah dihukum dan ahli-ahlinya dibuang negeri. Oleh itu, mesti didirikan sebanyak-banyaknya ‘FREMASONIC LODGE' iaitu tempat-tempat pertemuan rahsia orang orang Yahudi. 

Protokol Keenam belas 

Yahudi akan mendirikan universiti mengikut rancangan yang begitu tersusun. Pensyarah-pensyarah akan mendidik dan membentuk para pemuda supaya menjadi manusia yang patuh kepada pihak berkuasa (Yahudi). Bagaimanapun, ajaran-ajaran mengenai undang-undang negeri dan politik tidak akan diajar kecuali beberapa orang sahaja yang dipilih kerana kebolehan mereka. 

Protokol Ketujuh belas 

Yahudi meletakkan kehakiman dalam bidang yang sempit dan terhad. Guaman akan melahirkan orang-orang kejam, tidak berperikemanusiaan dan mempunyai tabiat buruk untuk mencapai kemenangan bagi orang yang dibelanya, walaupun terpaksa menghancurkan semangat keadilan dan mengorbankan kebajikan masyarakat. 

Protokol Kelapan belas 

The Kings of Jews akan dikawal oleh pengawal pengawal rahsia, kerana orang-orang yahudi tidak akan membuka pintu kepada kemungkinan adanya perancangan untuk menentang kegiatan Yahudi.

Protokol Kesembilan belas 

Bangsa Yahudi akan membicarakan orang orang yang melakukan kesalahan politik sama seperti orang yang mencuri, membunuh dan kesalahan-kesalahan yang lain. Orang ramai akan memandang kesalahan politik itu sebagai satu kesalahan yang hina dan timbul rasa benci kepada mereka yang melakukannya.

Protokol Kedua puluh 

Bank Antarabangsa Yahudi akan memberi pinjaman kepada bangsa bukan Yahudi dengan kadar bunga yang tinggi. Pinjaman yang sedemikian, akan menyebabkan pertambahan kadar hutang berlipat kali ganda. Ekonomi orang bukan Yahudi akan lumpuh secara outomatik kesan pertambahan hutang tersebut.

Protokol Kedua puluh Satu Yahudi menggantikan pasaran wang dengan institusi hutang kerajaan yang bertujuan untuk menetapkan nilai perusahaan mengikut pendapatan kerajaan. Institusi ini akan menawarkan pasaran 500 sijil pinjaman perusahaan dalam sehari atau membeli sebanyak itu juga. Dengan cara inilah segala perusahaan akan bergantung kepada Yahudi.

Protokol Kedua puluh dua 

Untuk sampai ketujuan yang baik iaitu kekuasaan Yahudi yang berkuasa penuh dalam rangka meletakkan dunia dalam pemerintahannya, kadang-kadang kekerasan akan digunakan. Di tangan Yahudilah terletaknya pusat kekuasaan yang paling besar.

Protokol Kedua puluh tiga 

Orang Yahudi wajib melatih seluruh umat manusia dalam meningkatkan rasa segan dan malu agar mereka terbiasa dengan sifat patuh dan setia kepada arahan Yahudi. 

Protokol Kedua puluh empat 

Kerajaan tidak boleh diserahkan kepada mereka yang tidak tahu selok belok pemerintahan. Hanya mereka yang boleh menunjukkan sikap keras, kejam dan boleh memerintah dengan tegas akan menerima teraju kerajaan daripada pemimpin-pemimpin kita (Yahudi).

Semoga artikel ini dapat disebarluaskan.



Tentera Pembunuh Tikus di Mumbai







Mumbai menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada rakyatnya.  Sama ada pekerjaan kolar putih di syarikat multinasional yang terletak di salah satu daripada bangunan-bangunan mewah di bandar ini, bangunan tinggi atau membunuh tikus pada waktu malam di bahagian  tercemar di kota kewangan India ini. 

Apa yang menarik, di Mumbai terdapat kumpulan pekerja yang digelar tentera pembunuh tikus.  Sangat sedikit yang diketahui tentang kuasa ini yang tidak kenal penat lelah yang bekerja membunuh tikus sepanjang malam. Perbadanan Perbandaran Mumbai menggajikan 44 tentera pembunuh tikus dan juga mempunyai sebuah bahagian yang bebas, yang bertanggungjawab  ke atas pembayaran gaji tentera pembunuh tikus. Kakitangan jabatan kawalan perosak menerima gaji15 000-17 000 Rupiah India ($ 294-333) manakala buruh-buruh kontrak yang dibayar 5 rupee India ($ 0.10) setiap tikus yang mereka bunuh. Pembunuh tikus dikehendaki untuk membunuh sekurang-kurangnya 30 tikus satu malam dan menunjukkan bangkai tikus yang dibunuh kepada pegawai-pegawai awam di pagi hari. 

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...