Isnin, 14 November 2011

Cuti sekolah akan pengaruhi bekalan darah, kurang pendermaan


Sumber:
Utusan Borneo
KENNETH NUMAN
SIBU: Musim cuti sekolah yang bakal menjelang minggu depan turut mempengaruhi bekalan darah di Bank Darah Hospital Sibu.

Ini diakui oleh Pegawai Publisiti Bank Darah Hospital Sibu Kenneth Numan ketika dihubungi pemberita di sini, semalam.
Menurutnya, musim cuti sekolah yang akan datang membolehkan orang ramai khususnya para ibu bapa mengurangkan aktiviti mereka dan sentiasa berada di rumah bagi meluangkan masa bersama anak-anak mereka.
“Selalunya masa cuti, ibu bapa yang bekerja akan cepat-cepat pulang ke rumah kerana ingin bersama anak-anak. Tidak kurang juga yang mengambil cuti panjang. Ini menyebabkan orang ramai tidak peka dengan perkembangan luar.
“Ia termasuk dengan aktiviti kempen menderma darah. Selalunya apabila menjelang musim cuti sekolah, orang ramai yang tampil menderma darah akan berkurangan,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau turut memberitahu bahawa semua kategori darah di Bank Darah Hospital Sibu kini berkurangan tetapi belum mencapai tahap yang kritikal.
“Bekalan untuk semua jenis darah di bank kami sekarang adalah berkurangan. Ini yang membimbangkan kami. Bagi mencari bekalan itu, kami kerap mengadakan kempen menderma darah dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini.
“Bagaimanapun, orang ramai yang tampil menderma darah buat masa ini agak berkurangan. Keadaan bertambah sulit lagi apabila sekarang musim cuti sekolah kembali tiba,” ujarnya.
Beliau menyeru kepada orang ramai di sini agar tampil menderma darah dalam mana-mana kempen yang dianjurkan bagi membantu pihak bank darah hospital Sibu mendapatkan bekalan darah secukupnya sekali gus membantu menyelamatkan banyak nyawa.
Selain menderma darah dalam kempen-kempen, orang ramai juga boleh datang menderma darah di pejabat mereka di Hospital Sibu yang dibuka mengikut waktu pejabat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...