Sumber:
Utusan Borneo
Berita Sabah
by RUZAINI ZULKIFLI ruzainiUB@gmail.com. Posted on November 14, 2011, Monday
KOTA KINABALU: Gara-gara salah faham, seorang isteri bertindak untuk menamatkan hayatnya dengan mengantung diri dalam sebuah bilik di kediamannya di Luyang Fasa Dua kelmarin.
Mangsa, Liong Hi Lung, 42, difahamkan berasal dari Miri, Sarawak itu telah ditemui oleh suaminya dalam keadaan tergantung pada kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Deputi Superitendan Peter Umbuas ketika dihubungi kelmarin mengesahkan kejadian terbabit dan mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut.
“Tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini dan diklafikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Mengulas lanjut, Liong berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga proses pengebumian.
“Hasil siasatan awal, polis mendapati pada waktu itu (kejadian) mangsa difahamkan keseorangan di rumah manakala suami dan anaknya keluar, tetapi mendapati dia telah meninggal dunia dengan menggantung diri dalam sebuah bilik di lokasi terbabit,” katanya.
Terdahulu, pada pagi sebelum kejadian berkenaan, difahamkan telah berlaku pertengkaran antara mangsa dan suami sebelum bertindak keluar rumah dengan membawa seorang anak lelakinya berusia 10 tahun.
Dipercayai juga ketika suaminya pulang semula, tiada respon berlaku setelah beberapa kali pintu rumah diketuk sementara telefon bimbit turut tidak diangkat oleh mangsa.
Selepas itu, suaminya melihat ke arah tingkap di biliknya dan terkejut mendapati isterinya dalam keadaan tergantung, sebelum menghubungi pihak polis.
Menurut seorang jiran mangsa yang enggan dikenali, kali terakhir dia menemui mangsa ialah pada pagi sebelum kejadian itu.
“Sebelum kejadian itu, saya ada menemuinya di rumah dan mengajaknya minum kerana kebiasaannya kami minum bersama di kedai kopi berdekatan dengan rumah kami.
“Tetapi kali ini dia menolak, dan beberapa jam kemudian saya cuba menghubung telefon bimbitnya, namun tidak diangkat.
“Saya amat terkejut apabila sepasukan anggota polis tiba di rumahnya dan memaklumkan dia sudah meninggal dunia dalam keadaan yang menyedihkan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan