malaysiakini.com
Nigel Aw
2:45PM Nov 9, 2011
Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan bajet negeri untuk tahun depan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Menurut Khalid, kakitangan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri yang status kewangan mereka stabil akan menerima faedah daripada dasar itu sebelum ia diperluaskan kepada syarikat lain.
Antara syarikat itu termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide Holdings Bhd.
Sebagai kontras, kerajaan persekutuan belum mampu melaksanakan dasar gaji minimum, yang menurut kesatuan dan Pakatan Rakyat, adalah tuntutan yang perlu dilakukan bagi menangani masalah kemiskinan.
Selangor hari ini mendahului kerajaan persekutuan dalam melaksanakan dasar gaji minimum, dengan janji untuk membayar RM1,500 sebagai gaji permulaan di syarikat-syarikat milik kerajaan negeri mulai tahun depan.
Kan kita katakan MALAYSIA BOLEH,UMNO/BN SAJA BUAT-BUAT TAK BOLEH dan ta'menjadi,manakala PAKATAN RAKYAT SAHAJA YANG, BUAT BOLEH, itu baru ta'sampai pun 5tahun memerintah,cara UMNO/BN pula memerintah kerja mereka mengawal wang rakyat, dah beberapa kali kita MERDEKA tukar 'MALAYSIA MERDEKA ke MALAYSIA BERJAYA mereka BERJAYA TIPU RAKYAT,sekarang UMNO/BN Ubah cogan kata pula...1MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN untuk mangsa yang didahulukan sudah terang lagi bersuluh,MANGSA UMNO/BN RAKYAT DIDAHULUKAN ,LU FIKIRLAH SENDIRI...
BalasPadam