Ahad, 20 November 2011

GURU TIDAK MAHU IMBUHAN TETAP PERUMAHAN DIPOTONG



KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran semalam menjelaskan antara faktor menyebabkan kekosongan kuarters perguruan adalah kerana guru tidak mahu kehilangan imbuhan tetap perumahan (ITP).

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong memberitahu bahawa kerajaan memberi ITP kepada guru bagi memastikan kebajikan terjaga dan prestasi kerja mantap.

“Kita bagi ITP dan elaun sara hidup kepada guru, tetapi bagi yang tinggal di kuarters perguruan, mereka tidak akan menerima ITP ini. “Kalau yang tinggal di Padang Terap, mungkin mereka boleh sewa sebuah rumah yang harganya lebih kurang RM300 sebulan, jadi mereka memilih tinggal di luar bagi mengelakkan ITP dipotong,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Mohd Nasir Zakaria (Pas-Padang Terap).

Ka Siong berkata, jumlah ITP yang diterima guru di negara ini berdasarkan gred iaitu guru gred DG41 menerima RM300; guru bergred DG44 (RM400) dan guru bergred DG48 (RM550).

“Jika mereka tinggal di kuarters guru, kementerian akan memotong separuh daripada jumlah ITP yang mereka terima, jadi inilah faktor menyebabkan guru memilih menyewa daripada tinggal di kuarters perguruan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...