Pembaca yang dirahmati Allah SWT,
Menurut Pengerusi Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Aminuddin Mohd Yusof, tekanan akibat kesesakan jalan raya di bandar besar menjadi faktor penting yang melahirkan pembuli. Katanya, Kesesakan jalan raya menyebabkan pemandu menjadi tidak sabar, cepat marah, agresif dan tidak dapat mengawal perasaan apabila berlaku perkara tidak diingini walupun berpunca dari kemalangan kecil.
Walau bagaimanpun, pendapat mengenai tekanan jiwa itu sebagi punca utama berlakunya keganasan jalan raya tidak pula dipersetujui oleh pakar Psikologi Kejenayahan, Encik Lok Jian Sin. Menurut beliau, tekanan jiwa seperti tekanan jiwa daripada perkerjaan dan kesesakkan jalan raya tidaklah merupakan punca berlakunya keganasan jalan raya. Sebaliknya beliau mengatakan bahawa kesedaran perlindungan diri yang melulu adalah punca utama berlakunya keganasan jalan raya. Dalam keadaan ini, orang bandar selalunya terlalu menjaga ruangan perlindungan (defensible space) sehingga ia terlalu sensitif akan sesiapa yang menembusinya. Maka pemandu-pemandu itu akan senang bereaksi ganas kerana terlalu ingin untuk melindungi diri. Selain itu keganasan jalan raya itu juga sangat berkaitan dengan sifat kejantanan dan sikap tunjuk kuasa yang ada pada kaum lelaki.
Pemandu yang mengganas ini cuba menonjolkan kuasa yang dia tidak miliki di tempat bekerja. Di tempat kerja, kelompok ini kebanyakan adalah golongan yang diarah melakukan kerja. Mereka tidak memiliki kuasa mengarah ke atas orang lain, akhirnya 'tekanan' tersebut dilampiaskan di atas jalan raya. Mereka juga tidak dapat mengawal perasaan apabila kereta murahan yang telah di 'make-up' tebal oleh mereka dipotong mesra kereta mewah yang harga ratusan ribu. Sepatutnya rasa marah itu digunakan secara positif iaitu terus meningkatkan diri dengan ilmu dan kompetensi diri supaya pendapatan turut berubah dan kereta turut berubah. Tidak perlu habiskan semua pendapatan untuk menyolek kereta yang sudah diketahui umum murah. Kita simpati dengan golongan ini, kalau kena saman RM 300 disebabkan pandu melulu amat tidak berbaloi. Bukan dia mengejar peluang perniagaan pun. Mereka hanya hendak menunjukkan lagak di jalan raya dengan kereta yang masyarakat tidak pandang sebelah mata pun. Itu belum bab menderum-derumkan kereta kebanggaannya. Seperti dia seorang sahaja yang mampu memiliki kereta yang bersolek. Kita bimbang engin keretanya tercabut, mana nak cari duit. Lagak tidak upaya menambah duit di dalam kocek. Gunakan semangat keganasan di jalan raya pada tempat yang betul. Terus berusaha menambah duit di dalam kocek. Mantapkan otak dengan pendidikan agar tidak terus dikelompokkan sebagai pekerja bawahan yang mempunyai nafsu seorang usahawan.
Maka di sini kita boleh buat satu kesimpulan bahawa masalah keganasan jalan raya sebenarnya melibatkan masalah kebatinan yang agak rumit dan ini bukan satu masalah moral semata-mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan