Ahad, 20 November 2011

RM 100-Amanah anak



Pembaca yang dirahmati Allah SWT,


Ibu bapa dinasihatkan agar ‘amanah’ menggunakan wang bantuan persekolahan RM100 yang diberikan oleh kerajaan.
Wang tersebut tidak seharusnya disalah guna untuk tujuan lain selain digunakan membeli peralatan sekolah anak-anak sebelum mereka memasuki sesi persekolahan tahun depan. Duit (RM100) itu untuk membeli baju, seluar, beg, buku dan peralatan lain anak kita sebelum mereka memulakan persekolahan tahun depan.

Jadi, jangan pula kita (ibu bapa) pecah amanah menggunakannya untuk membeli barang lain untuk diri kita sendiri sehingga lupa tujuan asal kerajaan memberi wang tersebut kepada anak kita. Matlamat kerajaan mengagihkan wang tersebut adalah mengurangkan beban ibu bapa dalam membuat persiapan awal persekolahan anak mereka.

Selain itu, ibu bapa digesa untuk membuat ‘pelaburan’ bijak dengan memberi pendidikan kepada anak-anak mereka. “Jika kita meninggalkan harta kepada anak-anak, harta itu akan sedikit demi sedikit akan habis, namun jika kita labur anak kita dengan ilmu pengetahuan yang tinggi, ia tidak akan habis sampai bila-bila. Itulah pelaburan yang terbaik untuk masa depan anak kita,”.
Didikan awal anak-anak dalam membentuk arah tuju mereka amat penting bagi memastikan kejayaan dapat dicapai. Usaha dan disiplin sebagai ibu bapa menjaga dan memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka amat penting kerana tanpa perkara itu nasib anak kita pada masa hadapan mungkin tidak berubah. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...