Sumber:
Utusan Borneo
10.11.2011
DIPUKUL: Remaja yang berlumuran darah, yang sudah dalam keadaan sedar dibantu oleh rakan-rakannya sementara menunggu ketibaan ambulans. |
Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam pada Selasa lepas apabila mangsa yang berusia 23 tahun dari Batu 12 Jalan Kuching-Serian dan beberapa rakannya melepak di Jalan Song Kheng Hai sambil menikmati minuman beralkohol.
Menurut seorang daripada anggota kumpulan itu, dua orang menggunakan motosikal tiba-tiba muncul sebelum salah seorang daripada mereka bertindak memukul remaja terbabit menggunakan kayu.
Mangsa telah dipukul berkali-kali di kepala sehingga dia tidak sedarkan diri dan mungkin mengalami kecederaan lebih teruk ika rakan-rakannya tidak datang untuk membantu.
Selepas penyerang dan rakan sejenayahnya beredar, rakan-rakan mangsa segera menelefon polis dan ambulans untuk mendapatkan bantuan.
Remaja terbabit yang sedarkan diri dalam beberapa minit kemudian, telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan.
Rakan-rakannya, yang enggan mendedahkan sama ada mereka mengenali penyerang, membuat laporan polis pada malam yang sama.
salam petang.... padah bila dok asyik gaduh saja itu lah yg terjadi..
BalasPadamJom Klik disini..
http://teachersperfume.blogspot.com/