Sumber
Utusan Borneo
9.11.2011
LESAP: Keadaan salah satu unit pendingin hawa di Tadika Sing Ang Tong yang dicuri. |
SIBU: Sebuah tadika menjadi sasaran pencuri yang melarikan lima unit pendingin hawa selepas memecah masuk premis tersebut malam kelmarin.
Ia merupakan kes pecah masuk yang kedua berlaku di Tadika Sing Ang Tong selepas dua buah tong gas dilaporkan hilang dua bulan lepas.
Menurut sumber, sebuah unit pendingin hawa yang turut hilang tersebut baharu sahaja dipasang awal tahun ini.
Kejadian kes pecah masuk tersebut disedari oleh seorang pekerja di situ ketika hendak membuka pintu bilik kelas sekitar jam 6 pagi.
Pencuri dipercayai memasuki premis tadika melalui pintu pagar belakang. Memandangkan semua kelas tersebut mempunyai pembahagian dinding yang boleh dibuka, pencuri mudah untuk memasuk setiap kelas tersebut. Kerugian dianggarkan sebanyak RM6,000.
Dalam kejadian berasingan, seorang wanita berumur dalam lingkungan 50-an menjadi mangsa ragut selepas menikmati sarapan pagi di Ulu Sungai Merah.
Selepas bersarapan, wanita tersebut bersama seorang anak perempuannya pergi ke keretanya yang diparkir tidak jauh dari situ. Bagaimanapun, ketika mahu memasang enjin kereta, ia mengalami masalah.
Wanita tersebut kemudiannya bercadang untuk mendapatkan bantuan di kawasan tersebut, keluar dari keretanya tanpa membawa bersama anak perempuannya.
Sebaik sahaja wanita itu keluar, seorang lelaki yang tidak dikenali muncul berdekatan kereta wanita tersebut dan dengan pantas membuka pintu bahagian pemandu lalu terus menyambar beg tangannya.
Peragut tersebut kemudian melarikan diri ke arah seorang rakannya yang sedang menunggu dengan menunggang sebuah motosikal.
Wanita tersebut tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan beg tangannya yang mengandungi wang tunai sebanyak RM7,000 dan dokumen penting.
Wanita tersebut kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Merah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan