Jumaat, 4 November 2011

Program Seksualiti Merdeka suatu kegiatan songsang



Muhyiddin 



KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penganjuran Program Seksualiti Merdeka 2011 merupakan kegiatan songsang dan tidak membawa sebarang faedah kepada masyarakat negara ini secara keseluruhannya.
Beliau berkata, program itu juga bertentangan dengan adat resam, budaya dan agama yang diamalkan oleh masyarakat di negara ini.
Katanya, walaupun Malaysia menandatangani perjanjian mengenai hak asasi manusia, tetapi dalam kehidupan bermasyarakat, negara ini mempunyai nilai, sistemnya, agama dan undang-undang yang menentang perkara songsang seperti itu.
“Sebab itu bagi saya, (program) itu tidak sesuai langsung dan saya tidak tahu apa faedahnya. Saya tidak faham kenapa mereka buat promosi seperti itu, apakah ada muslihat politik dan sebagainya, tetapi bagi rakyat Malaysia tentunya ada penilaian sendiri.
“Tetapi bagi saya sesuatu perbuatan yang tidak memberi keuntungan kepada sebahagian besar rakyat Malaysia sebaiknya tidak di-buat, ia satu pembaziran masa wa-laupun mereka boleh kata itu hak dan kebebasan mereka,” katanya selepas berucap pada majlis Dengan Guru-guru Bahasa Inggeris: SMR HR Group di sini, semalam.
Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas penganjuran program itu yang bermula kelmarin se-hingga 13 November ini yang mengiktiraf hak seksual di kalangan golongan lesbian, biseksual, gay dan transeksual (LBGT) di negara ini.
Ditanya sama ada program itu wajar dihentikan, Muhyiddin berkata, ia terpulang pihak penganjur kerana mereka mempunyai hak untuk mengadakan sebarang program, namun masyarakat harus menilai apakah kebaikan daripada program itu.
Sementara itu, Pertubuhan Pembela-pembela Islam (PEMBELA) di dalam kenyataan akhbarnya semalam turut menyatakan bantahan dan mengutuk sekeras-kerasnya festival itu dan siri program berkaitan LGBT yang telah dan akan dianjurkan oleh beberapa NGO, artis dan aktivitis atas nama hak asasi manusia itu.
Timbalan Pengerusinya Ami-nuddin Yahya berkata, festival dan agenda-agenda sedemikian mempunyai niat tersirat untuk menggerakkan kempen dan advokasi yang berterusan untuk merubah nilai dan landasan akhlak masyarakat negara ini yang berteraskan ajaran Islam sebagai agama negara.
Katanya, PEMBELA menolak percubaan kelompok Liberal, Plural dan Sekular yang dilihat menjadi hamba kepada agenda globalisasi dan ingin mengheret masyarakat negara ini untuk meniru gaya dan budaya hidup songsang dan menjijikkan.
“Kempen ini ternyata bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan, Kanun Keseksaan dan Jenayah Syariah (bagi Muslim) kerana ia menyeru orang ramai untuk menjalani kehidupan seks luar tabii yang merupakan satu jenayah,” katanya. — Bernama



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...