Jumaat, 4 November 2011

Siti Nor Hajar diklasifikasikan mati mengejut



Sumber:
Utusan Borneo
Siti Nor Hajar
BINTULU: Pihak polis  di sini mengklasifikasikan  kematian Siti Nor Hajar  sebagai mati mengejut  berikutan tidak terdapat  sebarang unsur salah laku  jenayah ditemui pada mayat  mangsa yang terbaring  di pesisiran pantai Kuala  Jepak dekat sini pada jam  1.30 petang Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah  Bintulu Superintenden  Madang Usat berkata,  penemuan mayat kanakkanak  tersebut telah dimaklumkan  oleh penduduk  kampung kepada  pihaknya selepas ternampak  tubuh manusia terbaring  di kawasan terbabit.
“Semasa ditemui mayat  mangsa berada dalam  keadaan separuh bogel  dan identiti mangsa telah  dikenal pasti oleh ibunya,  Suriana Yunus sebagai  anaknya.
“Ibu mangsa turut  bergegas ke tempat kejadian  sejurus dimaklumkan  mengenai penemuan  tersebut,” katanya dalam  sidang media semalam.
Beliau berkata, kini  mayat mangsa masih berada  di rumah mayat Hospital  Bintulu sementara  menunggu proses bedah  siasat.
“Me skipun maya t  mangsa telah ditemui,  namun pihak polis masih  meneruskan siasatan bagi  mengenal pasti punca sebenar  kematian mangsa,”  tambahnya.
Dalam perkembangan  lain beliau turut menasihati  ibu bapa supaya tidak  meninggalkan anak-anak  mereka bersendirian di  rumah.
“Ibu bapa perlu memastikan  anak-anak mereka  ditemani atau diawasi  oleh kaum keluarga lain  terutama yang tinggal  berdekatan sungai,” tambahnya.
Siti Nor Hajar yang  merupakan kanak-kanak  prasekolah di Sekolah  Kebangsaan (SK) Bintulu  dilaporkan hilang semasa  bermain bersama adik  lelakinya, Mohd Fadzley,  saudara dan rakannya  berdekatan kediaman  keluarganya di Kampung  Baru Laut dekat sini  petang Ahad lalu.
Kehilangannya hanya  disedari oleh ibunya sekitar  jam 7 malam pada hari  yang sama.  Berikutan itu gerakan  mencari kanak-kanak itu  telah dilancarkan melibatkan  Polis Diraja Malaysia  (PDRM), Pasukan  Gerakan Marin (PGM)  dan Jabatan Bomba dan  Penyelamat Bintulu.
Mereka memfokuskan  pencarian di sekitar kawasan  kali terakhir kanakkanak  tersebut dilihat  termasuk di sekitar sungai  berdekatan kediamannya.
Selain itu gambar Siti  Nor Hajar turut diedarkan  di beberapa  lokasi strategik di pusat  bandar, premis perniagaan  termasuk memaklumkan  mengenai kehilangannya  di balai-balai  terdekat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...