Jumaat, 4 November 2011

SK Ulu Lubai sekolah rendah luar bandar cemerlang kokurikulum


Utusan Borneo

Posted on November 4, 2011, Friday



BANGGA: Jaul menunjukkan anugerah yang dimenangi sekolah tersebut
.




KUCHING: Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Limbang muncul sebagai sekolah rendah luar bandar kedua cemerlang dalam bidang kokurikulum peringkat kebangsaan.
Meskipun tewas kepada SK Wawasan Negeri Sembilan namun kejayaan yang dicapai oleh calon tunggal dari Sarawak ini cukup membanggakan.
Apatah lagi ini adalah anugerah pertama seumpamanya berjaya dirangkul oleh sekolah luar bandar ini dalam bidang kokurikulum di peringkat kebangsaan.
Guru Besarnya Jaul Bunyau ketika ditemui semalam berkata, kejayaan di tempat kedua bagi kategori Sekolah Cemerlang Kokurikulum Sekolah Rendah Luar Bandar merupakan anugerah ke-81 yang dicapai oleh sekolah berkenaan.
Kejayaan ini menurutnya adalah hasil kerjasama antara ibu bapa, murid, guru dan kakitangan sekolah yang begitu erat serta tidak pernah luntur walaupun sedikit.
“Anugerah ini merupakan satu lagi kejayaan yang berjaya dicapai oleh SK Ulu Lubai meskipun hanya mampu berada di tangga kedua.
“Cabaran memang banyak, namun saya percaya dengan adanya kerja-sama dan sokongan yang kukuh an-tara ibu bapa, guru, murid dan kakitangan sekolah SK Ulu Lubai, kami mampu menerpa meraih kecemerla-ngan,” katanya.
SK Ulu Lubai mempunyai 33 murid bermula dari murid Tahun Satu hingga Tahun Enam dengan bilangan tenaga pengajar seramai 12 orang.
Pernah memenangi anugerah sekolah paling berpotensi, SK Ulu Lubai juga pernah menyertai Pertandingan Penilaian Sekolah Antarabangsa (ICAS) anjuran salah sebuah universiti di Australia.
Sementara itu, calon Guru Cemerlang Sekolah Rendah dari Sarawak Hwong Ching Lieng yang mengajar di SJKC Chung Hua Miri berjaya memenangi anguerah bagi kategori tersebut.
Mempunyai pengalaman mengajar selama 16 tahun, Hwong merupakan jurulatih bagi Pertandingan Reka Cipta di Hanoi pada Disember 2010 dan berjaya merangkul emas.
Dalam pada itu Wiwien Tasin daripada SK Pendidikan Khas (P) Samarahan memenangi tempat ketiga bagi kategori Murid Cemerlang Pendidikan Khas Sekolah Rendah Perempuan manakala SJKC Tung Hua Sibu, tempat kedua kategori Sekolah Cemerlang Sekolah Rendah Bandar.
Bekas Pengarah Pelajaran Sarawak Datu Dr Julaihi Bujang dalam pada itu dipilih sebagai penerima Anugerah Juri manakala dua pelajar SMK Bintulu, Samuel Yang Kai Ern Jacob dan Ling Xian Zhi menerima Anugerah Kementerian Pelajaran Malaysia setelah merangkul emas dalam Pertandingan Robotik Dunia.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...