Ahad, 1 Januari 2012

Demo UPSI: Siswa cedera, 20 ditahan


Sumber:
malaysiakini.com





Kira-kira 20 aktivis mahasiswa ditahan polis dan seorang cedera dalam perhimpunan prokebebasan  akademik di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim malam tadi. Menurut saksi, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang dibawa ke hospital berdekatan setelah gagal mendapat rawatan di klinik berdekatan.

Dakwanya, mulut pemimpin mahasiswa itu kelihatan berdarah setelah cuba diredakan polis dalam perhimpunan yang disertai kira-kira 60 itu. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam Twitter mereka mengesahkan Muhammad Safwan dibawa ke Hospital Tanjung Malim sebelum dipindahkan ke Hospital Slim River. Pemimpin Pemuda PKR Rozan Asen Mat Rasip -- yang kemudiannya berkumpul bersama NGO yang rapat dengan Pakatan Rakyat -- di balai polis tempat mahasiswa ditahan berkata, beliau difahamkan Muhammad Safwan dalam keadaan serius. Antara yang ditahan Presiden Kumpulan Aktivis Independen Mahasiswa (KAMI) Haziq Abdullah Abdul Aziz dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh. Tangkapan bermula selepas tengah malam sehingga jam 4 pagi tadi.







ULASAN DI DALAM MALAYSIA KINI
Mazlan Abd Malek ·  Pengulas Tertinggi · IBKL ( 92 - 94 )
UPSI......bakal mencipta sejarah....U yg bakal menggegar sejarah politik baru....mrk bakal guru..ingat...guru pencetus kecerdikan masyarakat dalam berpolitik..mahasiswa bakal menjadi barisan hadapan dlm PRU 13.....yakinlah...inilah permulaan...PRU 13 bakal menyaksikan UMN/BN bakal kecundang.......teruskan gerakan kebebasan berpolitik.....wahai Mahasiswa....
Abdulhadi Muhamad ·  Pengulas Tertinggi · Kolej Islam Kelang
:) assalaamu'alaikum warahmatullah. selamat pagi tahun 2012M, moga dirahmati Allah.
Perlakuan, percakapan, kerja2 yang mengarut akan ada balasan dari Allah. Yang baik2 akan beroleh pahala. Yang  bermanfaat ada kebaikannya. Manakala yang sia2 apatah lagi yang jahat, akan berdosa; sampai masanya terbongkar dan menerima padahnya... .... takkira UMelayu, BHairan, TV3, anggota PDRM dsb atau sesiapa jua.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...