Kanak-kanak dua beradik dan seorang lagi sepupu mereka, yang ditemui mati lemas hari ini, didengar sering menyanyikan lagu "Pergi Tak Kembali' nyanyian Kumpulan Rabadi sejak dua hari lalu.
Mayat Muhammad Amir Fadlilah Ruzai, 11, dan sepupunya, Mohd Saiful Haikal Dahari, 7, ditemui terapung kira-kira 10 km dari tempat kejadian pukul 3 pagi tadi oleh orang awam.
Manakala mayat Muhammad Adham Hamiz Ruzai, 8, ditemui kira-kira 500 meter jarak dari tempat sama jam 9 pagi oleh pasukan penyelamat, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik DSP Wan Jamil Wan Chik hari ini.
Menaiki sebuah bot
Ketiga-tiga kanak-kanak itu dilaporkan hilang di Sungai Perak berhampiran Kampung Bukit Merikan, Kuala Kenderong, di Gerik dua hari lalu.
Mereka dilaporkan menaiki sebuah bot di tepi Sungai Perak kira kira 50 meter dari rumah mereka pada jam 10 pagi Khamis.
Salah seorang daripada keluarga mangsa membuat laporan polis selepas menyedari ketiga-tiga mereka tidak pulang ke rumah sehingga jam 2.30 petang hari yang sama.
Adibah Mohd Nor, 42, ibu kepada dua adik beradik itu, ketika ditemui berkata, ketiga-tiga mereka memang rapat dan sebelum kejadian mereka didengar sering menyanyikan lagu "Pergi Tak Kembali" nyanyian Kumpulan Rabani
sejak dua hari lalu.
sejak dua hari lalu.
Semasa kejadian, Adibah pergi
ke pekan Gerik membeli buku
tulis dan peralatan sekolah mangsa.
tulis dan peralatan sekolah mangsa.
Sebaik tiba di rumah diberitahu tentang kehilangan bersama bot yang mereka naiki.
"Saya dan suami Ruzai Kasim, 43 pasrah dengan kejadian ini," katanya dalam nada yang penuh hiba ketika ditemui di rumah mereka.
Katanya, kedua-dua anak mereka itu, Muhammad Amir murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaaan (SK) Seri Adika Raja, Gerik dan Muhammad Adham Hamiz, murid Tahun Dua, SK Mahkota Sarik Gerik tidak pandai berenang.
Kedua-dua mereka anak kelima dan keenam daripada lapan adik beradik.
- Bernama
More fully in : http://ari-software.blogspot.com/2011/11/membagi-postingan-menjadi-beberapa.html#ixzz1gBcHo5uS
Ari Software
Ari Software
sangat menyeramkan
BalasPadam