Gambar Hiasan |
MIRI: Marah kerana kaki terkena air kencing, seorang lelaki Inggeris menerima padah dipukul dan dicederakan sekumpulan penyerang dalam kejadian awal pagi semalam. Mangsa yang berusia 30-an dari London mengalami patah pergelangan tangan kiri dan cedera di kepala akibat pergaduhan sekitar jam 1 pagi.
Sebelum kejadian, mangsa yang ditemani dua rakannya tiba dari London kelmarin sebelum mengunjungi sebuah pusat hiburan popular di sini.
Ketika hendak membuang air kecil di tandas pusat hiburan itu, mangsa tiba-tiba berang kepada salah seorang pengguna tandas kerana terkencing pada kakinya. Insiden tersebut mencetuskan perang mulut antara mereka sebelum bertukar tegang setelah mangsa diugut oleh suspek dan rakan-rakannya.Kerana takut, mangsa cuba melarikan diri namun dikejar suspek dan rakan-rakannya ketika balik ke hotel yang terletak di kawasan berhampiran.
Mangsa dipercayai dipukul menggunakan rantai besi dan batang besi menyebabkan dia patah pergelangan tangan kiri selain cedera di kepala.Mangsa yang cedera kemudian dipapah masuk ke dalam hotel sebelum membawanya ke hospital.
Sehingga berita ini ditulis, mangsa masih dirawat di Hospital Miri dengan polis bakal mengambil keterangan berhubung serangan tersebut. Difahamkan, mangsa terpaksa membatalkan hasrat untuk balik ke London semalam kerana kecederaan yang dialaminya.
Utusan Borneo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan