Isnin, 30 April 2012

BENARKAH JUBAH RASULULLAH



Sumber:
Laman Web Rasmi
Persatuan Pengguna Islam Malaysia

24/4/12 - Tidak dinafikan sama sekali bahawa Muhammad SAW merupakan ikon dan idola paling agung di dalam sejarah peradaban manusia sejagat yang tiada tolok banding taranya.
Juga tidak dinafikan juga bahawa puteri Baginda, Fatimah Az-Zahra AS juga merupakan contoh terbaik kepada seluruh golongan hawa di mana beliau merupakan wanita kedua terawal dimasukkan ke dalam syurga sebagaimana yang dijamin ayahandanya, Rasulullah SAW.
Bagaimanapun, setelah Rasulullah SAW dan puterinya wafat lebih seribu tahun lalu, barang-barang peribadi peninggalan dua insan istimewa ini turut menjadi perhatian dan menjadi sesuatu yang sangat tidak ternilai kepada seluruh umat Islam.
Antara barangan yang dikatakan milik peribadi peninggalan Rasulullah SAW dan Fatimah AS ialah dua helai jubah lusuh yang didakwa milik kekasih Allah dan puterinya itu.
Sekali pandang, mungkin ramai yang teruja melihat dua helai jubah tersebut.
Mungkin kalau boleh, seluruh umat Islam mahu memiliki, memeluk dan mencium jubah tersebut sampai tertidur.
Tapi, tidak pernahkan terlintas di fikiran umat Islam tentang kesahihan dua helai jubah yang dikatakan milik Rasulullah SAW dan puterinya itu?
Menurut riwayat para sahabat AS, Rasulullah SAW dan keluarganya hanya memakai pakaian dari jenis fabrik yang murah, kasar serta kurang kualitinya, manakala sesetengah riwayat pula menyatakan bahawa Baginda hanya memiliki sehelai jubah sutera yang dihadiahkan pada baginda.

Sabtu, 21 April 2012

Disiplin jangan diabai




Guru tidak harus mengabaikan aspek disiplin dan penerapan nilai murni pelajar semata-mata ingin mengejar kecemerlangan akademik dan nama baik sekolah. keharuman nama dan kecemerlangan pencapaian ilmu semata-mata, tidak akan memberi makna yang mendalam sekiranya pelajar kurang berdisiplin, kurang adab sopan dan akal budi.

Pelaksanaan amalan Guru Penyayang bertujuan agar pendidik membudayakan sikap kasih sayang di sekolah iaitu memiliki sikap kepedulian tinggi tehadap pelajar. Hasrat kita bukan sekadar menzahirkan ‘outcome’ intelektualisme masyarakat terpelajar, malah harus terdidik jiwa dan raga selaras dengan apa yang tersurat dan tersirat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Usaha melahirkan pelajar yang  berketerampilan dan keperibadian mulia yang diisi dengan ilmu dan kemahiran adalah cabaran terbesar guru untuk mempersiapkan pelajar dengan transformasi pembangunan negara. Pengenalan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan ialah sebahagian daripada proses transformasi dalam sistem pendidikan negara untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan negara. 

Kita sepatutnya menjadi contoh teladan yang baik kepada murid, ibu bapa dan komuniti. Sebagai guru, perlulah bertindak secara terarah dengan menjadikan etika profesion keguruan sebagai panduan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Kaedah pengajaran harus terus sentiasa ditambah baik agar mampu berdepan perubahan dan kehendak semasa kesan perubahan globalisasi dan hidup moden.Pemimpin sekolah dan guru mestilah berupaya membawa perubahan dan penambahbaikan yang berterusan kepada sekolah mereka melalui multi pendekatan yang mengambil kira aspek inovasi dan kreativiti.



Susun gaya hidup...




Penting bagi kita sebelum melangkah lebih jauh, untuk merujuk kembali kepada apa yang telah dipelajari semasa kursus rumahtangga dahulu iaitu perancangan kewangan. Apa yang dinamakan sebagai priority, needs & wants atau keperluan dan kehendak. Kita perlu menyusun semua perbelanjaan dan menetapkan gaya hidup yang bersesuaian dengan pendapatan kita sekeluarga. 

Sebagai langkah pertama, baik sekiranya kita dapat mencatit semula ke mana wang-wang gaji dihabiskan. Dengan mengambil langkah pro aktif bagi menganggarkan perbelanjaan suami dan isteri untuk mengesan pengaliran wang.  Sebaiknya langkah ini dilakukan bukan bagi mencari kesalahan di antara kedua pihak tetapi lebih kepada mencari jalan keluar agar suami dan isteri lebih jimat merancang perbelanjaan.



10 peratus daripada gaji mesti disimpan setiap bulan. Sebagai manusia yang lemah kita perlu menentang nafsu menunjuk-nunjuk kepada sesama manusia. Orang lain pakai pakaian yang mahal berjenama, kita pun terangsang ingin milikinya. Orang lain berkereta mewah, kita pun sanggup mendapatkannya. Sedangkan hampir 3/4 gaji kita digunakan untuk memenuhi nafsu untuk memiliki jentera yang bergerak dari A ke B. Simpanan pendidikan untuk anak-anak adalah mandatori. Simpanan 'emergency' sekiranya berlaku kemerosotan kesihatan dalam kalangan keluarga juga adalah mandatori. 

Adakah berbaloi seorang suami atau bapa melaram kereta berharga RM 100.000 tetapi masih belum memiliki rumah sendiri? Adakah kita menjadi bapa yang bertanggung jawab apabila anak memerlukan wang untuk pendidikan, kita jawab tidak mempunyai wang sedangkan di tangan kanan menjawab pertanyaan anak dengan memegang gajet berharga ribuan ringgit. Tidak salah untuk kita bergaya dan berjenama, asalkan kita berusaha mencari dan menambah pendapatan. 

Jangan kita bergantung kepada kad kredit kerana ia tetap dipanggil hutang. Jangan kita memaniskan mulut meminjam daripada kawan. Keseronokan mendapat wang sebegitu hanya lah sementara. Tidak ada usaha.  Ia bukan lagi gaya tetapi bala. Ia berpunca daripada sikap kita yang suka menonjolkan kehebatan diri. Sepatutnya semangat suka menunjuk-nunjuk ini digunakan secara positif, lanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Guna pelabagai kaedah pembelajaran, online, PJJ, Executive Mode dan bermacam-macam lagi. Dengan peningkatan akademik, kerjaya dapat ditingkatkan dan pendapatan turut meningkat. Kita jangan asyik menyalahkan takdir tentang ketidakcukupan pendapatan. Kalau tidak berminat cara sebegitu, cari pendapatan kedua. Direct selling, agen insurans dan macam-macam lagi kerja yang dapat menyuntik pendapatan.

Kita mempunyai pilihan di dalam hidup kita. Rumah sendiri atau kereta? Pendidikan anak-anak atau untuk kehebatan diri? Terus dibebani masalah kewangan atau ingin keluar daripadanya?

Sabtu, 14 April 2012

Guru dari Kelantan maut dalam kemalangan ngeri


Sumber:
Utusan Borneo
Jumaat-13 APRIL 2012

MENYAYAT HATI: Orang ramai menanti jenazah mangsa dimandikan di Masjid Besar Limbang semalam sebelum dihantar ke Miri.


LIMBANG: Seorang pemilik kedai makan di sini tidak menyangka kelakuan pelik seorang guru yang juga pelanggan tetapnya mencuci tangan sejurus tiba di kedainya pagi kelmarin, rupa-rupanya petanda terakhir sebelum terbunuh dalam kemalangan ngeri di Kilometer 28 Jalan Batu Danau, malam kelmarin.
Dalam kejadian sekitar jam 7.30 malam itu, Dzulkarnain Paudzi yang berasal dari Kelantan dan bertugas sebagai guru kelas Pemulihan Linus di Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Pusat, maut di tempat kejadian, manakala rakannya, Zaidi Mohamad cedera parah di bahagian tangan dan muka.
Pemilik kedai terbabit berkata, mangsa gemar minum teh halia dan disifatkan sebagai seorang yang baik hati dan mesra dengan orang di sekelilingnya.
“Biasanya dia (mangsa) akan minum di kedai saya setiap pagi bersama seorang rakannya.
“Namun, kami berasa pelik dengan kelakuannya yang tiba-tiba mencuci tangan kerana beliau tidak pernah bersikap demikian selama ini,” katanya kepada Utusan Borneo, semalam.
Beliau berkata, mangsa juga sempat berborak dengan tukang bancuh minuman di kedai terbabit sebelum beredar pada hari kejadian.
Kelakuan pelik itu, jelasnya, menjadi petanda terakhir sebelum Dzulkarnain terbunuh dalam kemalangan berkenaan.
“Kehilangan beliau amat dirasai, dan kami berasa sedih kerana kehadirannya sering memeriahkan kedai makan ini,” katanya pemilik kedai berkenaan.
Sementara itu, Ketua Trafik Daerah Inspektor Khairol Ridzuan Ahmad ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian tersebut.
Katanya, kemalangan tersebut membabitkan tiga buah kenderaan termasuk kereta Kancil yang dipandu mangsa, sebuah kereta Toyota Fortuner dan Toyota Camry.
Khairol Ridzuan berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang dari Brunei menuju ke bandar bersama rakannya yang juga seorang guru di SK Gadong di sini.
“Dalam perjalanan pulang, kereta mangsa bertembung dengan sebuah kereta Toyota
Fortuner dari Kota Kinabalu menuju ke Brunei dan hilang kawalan lalu memasuki lorong bertentangan.
“Manakala, kereta Toyota Camry yang mengekori kereta Kancil itu tidak sempat mengelak dan merempuh kereta mangsa.
“Akibatnya, mangsa tersepit dan mengalami kecederaan parah dan kedua-dua kakinya patah,” katanya.
Beliau memberitahu, mangsa yang turut mengalami kecederaan lain di beberapa bahagian badan, manakala rakannya yang mengalami kecederaan parah di tangan dan muka dikejarkan ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut.
Beliau menjelaskan, polis masih menyiasat punca kemalangan manakala pemandu Toyota Fortuner terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) untuk soal siasat.
“Pemandu kereta Fortuner kini masih ditahan untuk disoal siasat di bawahSeksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Khairol Ridzuan menambah, sebanyak empat kemalangan melibatkan lima kematian direkodkan sepanjang tahun ini sehingga kelmarin.
Beliau turut menasihati orang ramai agar sentiasa meningkatkan keselamatan terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang.
Sementara itu, tinjauan Utusan Borneo semalam mendapati puluhan orang memberi penghormatan terakhir ke atas jenazah mangsa yang dimandikan di Masjid Besar di sini.
Difahamkan, jenazah Dzulkarnain akan dihantar ke Miri menggunakan van jenazah sebelum diterbangkan dari Miri ke Kuala Lumpur pada jam 4.20 petang ini untuk dikebumikan di kampung halamannya.



Rabu, 11 April 2012

JADUAL GAJI BARU SSM 2012 DG 41, 44, 48, 52 dan 54


Di bawah adalah detail draf jadual sifir kiraan gaji (semuanya hanya gambaran, manakala matriks sebenar belum dikeluarkan JPA). Jadi sama-sama tunggu. 
Jadual di bawah adalah millik 
matkedah.com 

Di mana mereka?




Oleh IZRA ABD RAHMAN (izra@thestar.com.my)
Di Malaysia, kita mungkin boleh menarik nafas lega apabila kes kanak-kanak hilang (bawah 13 tahun) yang dilaporkan tidak menunjukkan angka membimbangkan. Tetapi, agak kurang enak didengar apabila hampir semua kes kanak-kanak hilang didapati berpunca dari rumah.
"Kita dapati mereka ini hilang kerana dilarikan ibu atau bapa yang mempunyai masalah rumah tangga. “Ada juga kanak-kanak yang keluar rumah dan enggan pulang kerana kurang perhatian di rumah lalu memilih untuk bermalam di rumah kawan tanpa memberitahu ibu bapa,” kata Pegawai Penyiasat Kanak-Kanak Jabatan Siasatan Jenayah, Asisten Suprintendan Ong Saw In kepada Mingguan mStar. Berdasarkan statistik, terdapat peningkatan terhadap kes kanak-kanak yang dilaporkan hilang tahun dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.
Pada 2009, sebanyak 50 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dan angka ini meningkat kepada 54 kes pada tahun 2010 dengan peningkatan sebanyak lapan peratus. Untuk tempoh Januari hingga April tahun ini pula, seramai 20 kanak-kanak dilaporkan hilang. Menurut Ong, walaupun kes kanak-kanak hilang menunjukkan pertambahan dari tahun ke tahun, namun kes yang berjaya diselesaikan pihak polis turut meningkat.
“Pada 2009 kita berjaya selesaikan 45 kes dan 51 kes pada 2010. Tahun ini pula, semua kanak-kanak yang dilaporkan hilang telah ditemui semula. “Ini menunjukkan pihak polis sentiasa serius dan sering berusaha meningkatkan kecekapan dalam mendapatkan semula mereka yang hilang,” katanya. Dalam pada itu, Ong tidak menafikan masyarakat sering mengaitkan kanak-kanak hilang dengan sindiket penculikan. Kanak-kanak hilang dikatakan dijadikan peminta sedekah, buruh kasar, pelacur atau dibunuh untuk diambil organ dalaman. “Di luar negara kita memang pernah dengar kes-kes sebegini. Tapi setakat ini kita belum pernah terima sebarang laporan tentang sindiket ini.
“Sama ada ia benar atau tidak, yang penting ibu bapa harus sentiasa berwaspada terhadap keselamatan anak mereka bagi mengelakkan kejadian tak diingini,” katanya.
Tak tutup kes
KECEKAPAN pihak polis, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa pihak dalam menyiasat serta menghebahkan maklumat tentang kes-kes ini banyak membantu ibu bapa mendapatkan semula anak yang dilaporkan hilang. Pada Julai 2010, Nur (National Urgent Response) Alert diperkenalkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
“Nur Alert akan menyebarkan maklumat pantas tentang kanak-kanak 12 tahun ke bawah yang hilang tanpa melibatkan tebusan, ugutan atau ancaman bunuh. “Penyebaran dibuat dengan persetujuan ibu bapa atau penjaga sah kanak-kanak sehingga kanak-kanak hilang ditemui,” katanya. Ong berkata, sistem ini telah dilaksanakan terhadap kes kehilangan adik Nisha dan Lee Xin Ru dari Pahang yang kedua-duanya berusia dua tahun. Sehingga kini kedua-dua mereka masih belum ditemui.
Mengulas kes kanak-kanak hilang dalam tempoh yang lama dan gagal dikesan pihak polis, kes tidak akan ditutup dan pihak polis akan terus menjalankan siasatan. “Kita masih siasat dan terima maklumat yang ingin diberi orang ramai terhadap kanak-kanak hilang ini,” katanya.
Selain adik Nisha dan Lee, polis juga masih menyiasat kes adik Sharlinie dan Muhamad Asmawi yang hilang pada 2008.
Sumber : http : //www.mstar.com.my/






Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...