Ahad, 13 November 2011

Terap pengajaran kreatif



Sumber:
Utusan Borneo
by Florence Nervyn. Posted on November 13, 2011, Sunday


Guru Tabika KEMAS diseru berbuat demikian bagi lahirkan modal insan berkaliber dan berpendidikan, kata Entulu
TANIAH: Entulu (kanan) menyampaikan skrol dan trofi kepada salah seorang penerima pada Majlis Konvokesyen Mini Gabungan Tabika KEMAS Selangau, semalam.



SIBU: Guru Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) diseru menerapkan konsep pengajaran secara kreatif dalam sesi pembelajaran di peringkat awal kanak-kanak dalam usaha melahirkan modal insan berkaliber dan berpendidikan.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Joseph Entulu Belaun berkata, pendekatan pengajaran kreatif juga mampu menarik minat pelajar serta mencungkil bakat kanak-kanak di peringkat usia mereka.
“Tugas seorang guru Tabika KEMAS bukan setakat mengajar kanak-kanak agar pandai membaca, mengeja dan mengira.
“Tujuan utamanya ialah mendidik kanak-kanak secara menyeluruh dalam membentuk modal insan holistik pada masa akan datang,” jelasnya.
Katanya, tugas guru KEMAS kian mencabar terutama mereka yang ditempatkan mengajar di kawasan luar bandar dalam menangani masalah sikap pemalu di kalangan kanak-kanak ini.
“Dalam kata lain, cara mengajar perlu kreatif tanpa bergantung sepenuhnya kepada sukatan pembelajaran yang telah ditetapkan.
“Selain itu, guru KEMAS juga harus menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan kanak-kanak mengikut keadaan,” ujar Ahli Parlimen Selangau itu.
Entulu berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Konvokesyen Mini Gabungan Tabika KEMAS Selangau yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.
Katanya, kerajaan menerusi KEMAS sentiasa komited terhadap pembangunan pendidikan awal kanak-kanak menerusi peruntukan bajet tahunan negara bagi merealisasi hasrat negara melahirkan golongan muda berpendidikan.
“Kerajaan sentiasa mempertingkatkan pembangunan prasarana pendidikan prasekolah dengan pembukaan tabika di rumah-rumah panjang bagi memberi peluang kepada anak-anak mendapat pendidikan formal awal,” jelasnya.
Seramai 145 kanak-kanak Tabika KEMAS daripada 18 Tabika KEMAS di kawasan Selangau menerima sijil dan trofi konvokesyen masing-masing dalam majlis yang serba meriah itu.
Hadir sama pada majlis itu ialah Pegarah KEMAS Negeri Sarawak Abang Rabaee Abang Muhi, Pegawai KEMAS Daerah Selangau Nur Amalia Abdul Manan, Pegawai Daerah Selangau Wan Akil Wan Ahmad Bujang dan pengerusi pengelola Enya Jana.
Pada majlis yang sama, Entulu turut mengumumkan peruntukan RM200 kepada setiap kanak-kanak tabika KEMAS dan RM3,000 kepada 27 kelas Tabika KEMAS di Parlimen Selangau.
“Peruntukan ini akan diagihkan mulai sekarang hingga hujung tahun ini,” katanya.
Selain itu, Tabika KEMAS Sungai Dijih memenangi Anugerah Ahli Jawatan kuasa Tabika Cemerlang dan Demai Chalat daripada Tabika KEMAS Sekolah Kebangsaan Sungai Tamin dinobatkan Anugerah Ibu Mithali.
Tabika KEMAS Pasira diumumkan pemenang Anugerah Tabika Contoh dan Rosenna Anggat daripada Tabika KEMAS Skim Sekuau A dinobatkan Anugerah Pemaju Masyarakat Contoh.


Jangan Pukul Ibu





Para pembaca yang dirahmati Allah SWT.

Sedih pun ada. Geram puan ada apabila tersiar di dada akhbar, seorang anak memukul ibu sendiri. Apa nak jadi dengan manusia pada masa kini? Sejak ibu melahirkan anak-anaknya dia menjadi seorang vegetarian, kerana ibu tidak mahu membeli daging, itu terlalu mahal baginya, wang untuk daging yang sepatutnya dibeli, ibu asingkan untuk ank-anaknya. Untuk dirinya sendiri ibu tidak pernah mahu membeli pakaian baru, ibu selalu menerima dan memakai pakaian bekas pemberian orang, tetapi untuk anak-anak yang tercinta, hanya yang terbaik ibu berikan, mulai dari pakaian,makanan dan keperluan lain.

Pada suatu saat ibu jatuh sakit, demam panas. Cuaca di luaran sangat dingin sekali, kerana pada waktu itu lagi musim tengkujuh menjelang.Ibu telah menjanjikan untuk memberikan hadiah untuk anak-anaknya, tetapi ternyata wang yang telah dikumpulkannya belum mencukupinya. Ibu tidak ingin mengecewakan anak-anakya, maka dari itu walaupun cuaca di luar dingin kehujanan sekali, bahkan dalam keadaan sakit dan lemah, ibu tetap memaksakan diri untuk keluar rumah dan bekerja. 

Apabila anak-anak membesar dan kuat fizikal, ibu tidak pernah mendapatkan layanan khusus, bahkan binatang peliharaan mereka jauh lebih dikasihi oleh anak-anak daripada dirinya sendiri. Di samping itu sering sekali di bentak dan dimaki oleh  anak darah dagingnya sendiri, kalau hal ini terjadi ibu hanya mampu berdoa sambil menangis di dalam bilik kecil di belakang dapur. Ibu berdoa agar Allah SWT  mengampuni kesalahan anak-anaknya, ibu berdoa agar hukuman tidak dilimpahkan kepada anak-anaknya, ibu berdoa agar hukuman itu dilimpahkan saja kepadanya, kerana ibu sangat menyayangi anak-anaknya. Seorang ibu melahirkan dan membesarkan anaknya dengan penuh kasih sayang tanpa mengharapkan apapun juga. Seorang ibu  mampu memberikan waktunya 24 jam sehari bagi anak-anaknya, tidak ada perkataan siang mahupun malam, tidak ada perkataan lelah ataupun tidak mungkin dan ini 365 hari dalam setahun. Seorang ibu mendoakan dan mengingat anak-anaknya setiap hari bahkan setiap minit dan ini sepanjang masa. Bukan hanya setahun sekali sahaja atau pada hari-hari tertentu. 


Maruah tercalar?



Para pembaca yang dirahmati Allah SWT.



Setiap daripada kita pernah merasai atau melalui pengalaman memandu yang tidak menyenangkan di lebuhraya dan jalan-jalan di Malaysia. Manakan tidak, sedang kita 'feel' memandu, datang dari celah-celah aliran trafik, pemandu kereta yang mengemudikan kereta terpakai kebanggaannya menyelinap cuba memotong kereta-kereta berlabel mewah. 

Kita faham perasaan pemandu sebegini, mungkin dia rasa 'maruahnya' tercalar dek kelancaran perjalanan kereta mewah tadi. Manakan tidak, sebelum ini sudah siap berhabis duit gaji ke kedai aksesori untuk membesarkan lubang ekzos. Dah make-up macam-macam. Sebaik sahaja masuk ke lebuhraya, terkejut apabila melihat di depan mata, kereta mewah yang memasuki lorong smart-tag berdesup meninggalkannya yang sedang mengambil 'kupon'. Apa lagi, marahnya bukan kepalang. Mula ditekan minyak semahunya. Bunyi bising ekzos menarik perhatian pengguna lain. Kita bimbang semangat berlumba ini disalah ertikan. Kenapa tidak digunakan semangat itu untuk perkara yang lain? Sepatutnya kita berusaha untuk menjadi seperti pemilik kereta mewah tadi. Secara fizikalnya, golongan ini dianggap berjaya dan memiliki pendapatan yang kukuh. 

Jangan kita mengundang rasa marah orang lain kepada kita dengan sikap kita yang mencelah kiri dan kanan di lebuhraya. Sekiranya berlaku kemalangan, banyak kesan yang akan menimpa diri kita. Kereta perlu dibaiki. Kecederaan perlu dirawat. Kematian perlu disempurnakan. Apabila kita menyedari yang masa itu tidak dapat diganti dan setiap tahun umur kita meningkat, kita akan menghargai dan bersyukur dengan apa yang kita ada.

Mulakan pagimu



Para pembaca yang dirahmati Allah SWT.



"Mulakan pagimu sebagai seorang guru atau pelajar atau pendengar atau orang yang cintakan ilmu, jangan menjadi orang yang kelima, nescaya kamu akan binasa." Hadis ini menunjukkan pentingnya seseorang yang berlabel orang Islam itu mencari ilmu dan menjadi orang yang berilmu dan mencintai ilmu.

Confucius ada mengatakan, "Jangan kamu risau jika kamu tidak ada kedudukan, risaukanlah jika kamu tidak ada pendidikan. Sekiranya kita tidak memiliki dan mencari ilmu pengetahuan kita akan mudah terpengaruh dengan gejala-gejala yang tidak baik, tidak dapat menilai perkara yang baik dan buruk, akan dipandang rendah dalam masyarakat, mudah ditipu oleh orang lain dan kita sentiasa hidup dalam kejahilan dan kemunduran.


Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...