Khamis, 14 April 2022

BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA: YANG SALAH YANG BETUL CATATAN

 

Memartabatkan Bahasa Melayu

Bil.8/2022 BMKPM

Munsyi Md Rasul bin Haron





Y.B. YB Tidak perlu tanda noktah.

Contoh lain: YAM, YAA,DYMM, YBhg.

 

Di antaranya,

Pengurus…

 

Antaranya, Pengurus…

Frasa sendi di antara digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat.

 

Contohnya:

Anak itu duduk diam di antara ibu dengan bapanya.

Lif itu terhenti di antara tingkat tiga dengan tingkat empat.

Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.

 

NOTA: Padanan di antara/ antara ialah dengan bukan dan.

 

Di antara buku yang telah …

Antara buku yang telah…

 

Rujuk penjelasan di atas.

 

Urusetia  Urus setia

 

Urus setia, kata majmuk yang dieja terpisah.

 

di atas pelantikan… atas pelantikan…

Kata sendi di atas digunakan untuk perkara yang boleh dipegang atau nampak fizikalnya.

 

Contohnya:

di atas meja

di atas pokok

di atas bumbung

di atas jalan

di atas bahu

bekerja sama bekerjasama

 

Kerjasama, antara beberapa kata majmuk yang dieja sebagai satu perkataan.

 

Selain daripada penganjuran…

Selain penganjuran… Tidak perlu ada kata sendi, dari atau daripada

selepas selain.

 

ke-Sepuluh kesepuluh, ke-10 Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan.

 

Jika angka, dieja dengan tanda sempang.

 

Contoh lain:

Keempat, ke-4

Kelapan, ke-8

Keseratus, ke-100

mensasarkan menyasarkan

 

S-a-s-a-r bermula dengan konsonan s, dengan demikian menerima awalan ‘meny’ dan konsonan s gugur.

 

Contoh lain:

Suka jadi menyukai

Salah jadi menyalahi/kan

Suci jadi menyuci

Satu jadi menyatukan

 

Pra Sekolah prasekolah Awalan asing anti, bio, dwi, eka, eko, juru, ko,maha, ulti, pasca, pra,pro, sosio,sub, swa, tata, tri dan tuna – apabila bertemu dengan kata

nama umum, dieja sebagai satu perkataan, tanpa tanda sempang.

 

Contohnya:

antidadah

antikomunis

biologi

bioteknologi

dwibahasa

dwicabang

ekafungsi

ekawarna

ekosistem

ekopelancongan

juruaudit

juruukur

kokurikulum

mahaguru

maharani

multimedia

multinasional

pascaijazah

pascapenerbitan

prasejarah

pramoden

proaktif

prokemerdekaan

sosiobudaya

sosioekonomi

subkontraktor

substandard

swakarya

swalayan

tatanama

tatarias

trifungsi

trilogi

tunasusila

tunakarya

 

Namun apabila awalan ini bertemu dengan kata nama khas, kita tulis dengan tanda sempang.

 

Contohnya:

Anti-Rusia

Pro-Barisan Nasional

Terdiri di kalangan Terdiri daripada kalangan

 

Daripada, kata sendi yang lebih tepat.

Intan INTAN Akronim kepada Institut

Tadbiran Awam Negara, dieja dengan huruf besar.

Yang Dipertuan Agong Yang di-Pertuan Agong Ejaan yang digazetkan.

di wakili diwakili Imbuhan awalan di dan ke hendaklah dieja serangkai dengan kata yang menerimanya. Awalan di membentuk kata kerja. Contohnya:

 

dipenjarakan

dipecat

dimarahi

diisi

dilaporkan

 

Awalan ke bergabung dengan kata dasar untuk membentuk kata terbitan.

Contohnya:

kehendak

keluar pintu

kerangka

kesemua

ketua

Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa

nama yang mengikutinya.

 

Contohnya:

di angkasa

di antara

di atas

di Johor

di udara

 

digunapakai diguna pakai

 

Kata majmuk dieja terpisah, kecuali beberapa perkataan yang ditetapkan oleh

Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, seperti

 

tanggungjawab, pesuruhjaya, olahraga, tandatangan, warganegara, antarabangsa, jawatankuasa, matahari, kerjasama dan beritahu.

Kata majmuk dieja sebagai satu perkataan apabila menerima

imbuhan awalan dan akhiran.

 

Contohnya:

Kuat kuasa

Penguat kuasa

Menguatkuasakan

Penguatkuasaan

 

Ambil alih

Mengambil alih

Pengambilan

 

Latar belakang

Berlatar belakang

Berlatarbelakangkan

 

Naik taraf

Menaik taraf

Menaiktarafkan

 

mengenengahkan mengetengahkan

 

Kata akarnya, ketengah-

menerima awalan meng, hanya konsonan k yang gugur. Konsonan t, kekal.

beserta berserta Awalan ber bukan be.

 

ialah untuk adalah untuk

 

Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh

 

kata sendi nama dan kata

adjektif yang bersifat

huraian sahaja.

 

Contohnya:

 

Kursus ini adalah untuk …

Tarikh tutup kursus adalah pada 31 Ogos 2009.

 

Kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama

yang bersifat persamaan sahaja.

 

Contohnya:

Masalah yang kita hadapi ialah kekurangan pendapat yang

bernas.

Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan.

 

 

YANG SALAH YANG BETUL CATATAN

perlantikan pelantikan

 

Pelantikan daripada proses melantik bukan berlantik.

 

Contohnya:

Pelepasan

Daripada perbuatan melepaskan

Perlepasan daripada perbuatan berlepas

 

Perdana Menteri Malaysia ke-VI Perdana Menteri Malaysia VI atau Perdana Menteri Malaysia Keenam atau Perdana Menteri Malaysia Ke-6

 

Tidak perlu tanda sempang. Keenam, dieja sebagai satu perkataan. Dieja dengan tanda sempang

 

Y.B. YB Tidak perlu tanda noktah.

 

tauladan teladan Ejaan yang tepat ialah

teladan.

 

dayafikir daya fikir Daya fikir, kata majmuk yang dieja terpisah.

 

jayadiri jaya diri Jaya diri, kata majmuk yang dieja terpisah.

 

teguhdiri teguh diri Teguh diri, kata majmuk yang dieja terpisah.

 

ulangtahun ulang tahun Ulang tahun, kata majmuk yang dieja terpisah.

 

jesteru justeru Ejaan yang tepat justeru.

 

mengenepikan mengetepikan Kata akar ketepi, jadi menerima awalan meng.

Yang gugur hanya konsonan k. konsonan t kekal.

 

 

mengisahkan tentang kehidupan….

Mengisahkan kehidupan…

Mengisahkan, kata kerja transitif mesti terus menerima objek, kehidupan (kata nama atau frasa nama) dan tidak boleh disisipkan dengan kata sendi tentang.

 

terlibat di dalam pelbagai program

terlibat dalam pelbagai program

 

Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama

atau frasa nama yang menunjukkan tempat.

Contohnya:

di atas

di Perlis

di sana

Kata sendi nama dalam pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti

perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, masyarakat dan sebagainya.

 

Contohnya:

dalam hal ini…

dalam bidang penyiaran …

dalam konteks ini,…

 

Kata sendi nama di dalam digunakan untuk yang ada ruang.

 

Contohnya:

di dalam bilik

di dalam hutan

di dalam kotak

di dalam dewan

 

Ramai aktivitis-aktivitis Ramai aktivis

 

Ramai, kata jamak – tidak perlu digandakan

Contoh kata-kata lain yang membawa pengertian jamak:

Orang, rakyat, mereka, maklumat, banyak, semua, senarai, pertubuhan, persatuan, kumpulan, gabungan

 

Dato’ Rahim Razali adalah seorang insan…

Dato’ Rahim Razali, insan…

atau

Dato’ Rahim Razali ialah insan…

atau

Dato’ Rahim Razali ialah seorang insan…

Tidak perlu ada kata pemeri adalah.

 

Di dalam dunia seni… Dalam dunia seni…

 

Membincangkan mengenai isu

Membincangkan isu

 

Membincangkan, kata kerja transitif terus menerima objek,( isu), dan tidak boleh disisip dengan kata-kata lain (mengenai).

 

 

 

 

 

pilihanraya pilihan raya

 

Pilihan raya, kata majmuk yang dieja terpisah.

 

…di mana tarikh tutup… …yang tarikh tutup… di mana ialah kata tanya, dan tidak boleh berfungsi sebagai kata hubung.

 

Selain daripada memperkasakan…

Selain memperkasakan

 

Tidak perlu kata sendi dari atau daripada selepas selain.

 

di atur diatur

 

Diatur, kata kerja.

Dengan demikian dieja sebagai satu perkataan.

 

Bandar DiRaja Bandar Diraja

Ejaan yang tepat Diraja.

 

Y.Bhg. YBhg. Tidak perlu tanda noktah selepas Y.

 

Y.M. YM Tidak perlu tanda noktah. urusetia urus setia Kesalahan lazim, terutama sekali dalam minit mesyuarat.

 

Urus setia, kata majmuk yang dieja terpisah.

 

minima minimum Ejaan yang tepat minimum.

 

efisen efisien

Ejaan yang tepat efisien.

 

ePerolehan e-Perolehan

Dieja dengan tanda sempang.

 

ianya ia

Tidak ada kata ganti nama ianya dalam bahasa Melayu. Sekiranya ianya

dianggap betul, maka kita juga harus menerima kata ganti nama akuku,

kamumu sebagai betul. adalah seperti berikut… adalah seperti yang

berikut… Lebih tepat jika ada yang.

 

cop rasmi cap rasmi

Ejaan yang tepat cap.

 

sepertimana seperti mana

Lebih tepat sebagaimana atau

seperti.

 

maklumbalas maklum balas

Maklum balas, kata majmuk yang dieja terpisah.

dari jumlah tersebut… daripada jumlah tersebut…

 

Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu dan masa.

 

Contoh yang menyatakan tempat atau arah:

Awak datang dari mana?

Kajian itu dibuat dari sudut ekonomi.

Lori itu datang dari arah kiri.

Mereka baru sampai dari Kuching.

 

Contoh yang menyatakan waktu atau masa:

Keadaannya semakin tenat dari sehari ke sehari.

Kerajaan itu terkenal sejak dari kurun ke-18.

Perkara itu diketahui dari waktu subuh lagi.

Persatuan itu sering mengadakan perjumpaan dari semasa ke semasa.

 

Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang

menyatakan perkara berikut:

Punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda, dan unsur mujarad (abstrak);

Sumber atau asal kejadian sesuatu benda;

Perbezaan atau perbandingan; dan

Menyatakan sebahagian daripada semua, perbezaan, perubahan atau

perbandingan.

 

Menyatakan punca bagi manusia, institusi, haiwan benda dan unsur mujarad

Ali menerima sepucuk surat daripada ibunya.

Cadangan daripada persatuan telah kami terima.

Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah.

Encik Karim baru sahaja menerima arahan daripada ketuanya.

Mereka sudah pun menerima sumbangan daripada pihak kerajaan.

 

Menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda

Ahli persatuan terdiri daripada pelajar sekolah.

Air terdiri daripada gabungan hidrogen dan nitrogen.

 

Benang berasal daripada kapas.

Kasut itu diperbuat daripada kulit buaya.

Saya sedia untuk meminta maaf sekiranya kesilapan itu berpunca daripada saya.

 

Menyatakan sebahagian daripada semua

Enam orang daripada mereka mati disambar petir.

Kebanyakan daripada rumah di kampung itu musnah dipukul ribut.

Sebahagian daripada pelajar sudah pulang ke rumah masingmasing.

Seorang daripadanya bertubuh tinggi dan tegap.

 

Menyatakan perubahan, perbezaan atau perbandingan

Ali lebih tinggi daripada Ahmad.

Kami tiba lewat daripada mereka.

Membaca buku ilmiah lebih baik daripada membaca majalah hiburan.

Perangainya lain daripada yang lain.

 

rendah dari 24.4% rendah daripada 24.4%

 

Kata sendi dari untuk masa dan tempat.

Kata sendi daripada untuk orang, perbandingan, asal kejadian atau sumber.

berpuashati berpuas hati Puas hati, kata majmuk yang dieja terpisah. dibawah

 

Majmuk yang dieja terpisah.

 

professional profesional Profesional, dieja dengan

satu s.

 

Jarang sekali terdapat gugusan konsonan dalam perkataan BM.

 

Contoh lain:

Misi bukan missi

Majalah bukan majallah

Muhibah bukan Muhibbah

Sesi bukan sessi

Hajah bukan hajjah

Gosip bukan gossip

 

Kecuali media massa untuk membezakannya daripada masa.

 

 

dari masa ke semasa dari masa ke masa atau dari semasa ke semasa

Gunakan perkataan yang sama, jangan disilangkan.

 

Laporan Tindakan ke atas kesalahan

Laporan Tindakan tentang /akan kesalahan

 

Kata sendi yang tepat

ialah akan atau tentang.

hukuman ke atas kakitangan

hukuman kepada /terhadap kakitangan

 

Kata sendi yang tepat ialah kepada atau terhadap.

 

dikemaskini dikemas kini

Kemas kini, kata majmuk yang dieja terpisah.

 

mengambil tindakan di atas perkara ini…

mengambil tindakan atas perkara ini…

 

urusetia urus setia

Urus setia, kata majmuk yang dieja terpisah.

 

menaiktaraf menaik taraf

Naik taraf, kata majmuk yang dieja terpisah.

 

kesemua 51 lokasi ke semua 51 lokasi

Kata sendi ke, dieja terpisah.

 

 

telepon telefon

Ejaan yang tepat ialah telefon.

 

e-mail e-mel

Ejaan yang tepat ialah e-mel.

 

fax faks

Ejaan penuh ialah faksimile dan singkatannya ialah faks.

 

Dewan Cendiakawan Dewan Cendekiawan

Ejaan yang tepat ialah cendekiawan.

 

merekabentuk mereka bentuk

Reka bentuk, kata majmuk yang dieja terpisah.

siaraya siar raya

 

Siar raya, kata majmuk yang dieja terpisah.

 

 

Institut Penyiaran & penerangan Institut Penyiaran dan Penerangan Ejaan yang tepat ialah perkataan dan dieja, dan konsonan p dieja dengan huruf besar.

 

menaiktaraf menaik taraf

Naik taraf, kata majmuk yang dieja terpisah.

 

perlanjutan pelanjutan

Pelanjutan, daripada proses melanjutkan.

 

halatuju hala tuju

Hala tuju, kata majmuk yang dieja terpisah.

 

Juru Perunding Juruperunding

Juruperunding, dieja satu perkataan.

 

perlantikan pelantikan

Pelantikan, daripada proses melantik.

 

BAKI BAWA KEHADAPAN BAKI BAWA KE HADAPAN

Kata sendi ke, dieja terpisah.

 

HAPUSKIRA HAPUS KIRA

Hapus kira, kata majmuk yang dieja terpisah.

 

DIKEMASKINI DIKEMAS KINI

Kemas kini, kata majmuk yang dieja terpisah.

 

PANTRY PANTRI

Ejaan dalam BM, dieja dengan vokal i.

 

diperolehi diperoleh

Kata yang tepat ialah diperoleh.

 

senireka seni reka

Seni reka, kata majmuk yang dieja terpisah.

 

Hukum D – M

Yang diterangkan mendahului yang menerangkan.

Contoh lain:

 

Pisang goreng

Studio mini

Hal-hal lain

Kedai pajak gadai

Kompleks sukan

 

ATURCARA ATUR CARA

Atur cara, kata majmuk yang dieja terpisah.

 

Adalah dimaklumkan…

Dengan ini dimaklumkan…

 

Tidak boleh memulakan ayat dengan kata pemeri adalah.

 

disepanjang tempoh diatas

sepanjang tempoh di atas

 

staff staf

Perkataan BM ialah staf.

 

Kerjasama tuan dalam perkara ini adalah dihargai.

Kerjasama tuan dalam menjayakan acara ini amat dihargai.

 

Check in Daftar masuk

Jika ada istilah BM, eloklah kita mempopularkannya.

 

vocal vokal

Vokal, dieja dengan konsonan k.

 

tengahari tengah hari

Tengah hari, kata majmuk yang dieja terpisah.

 

Check out Daftar keluar Jika ada istilah BM, eloklah kita mempopularkannya.

 

berkuatkuasa berkuat kuasa

Kuat kuasa, kata majmuk yang dieja terpisah.

 

Disamping itu, Di samping itu, Kata sendi di, dieja terpisah.

 

di arahkan diarahkan

Awalan di, dieja satu perkataan.

 

di sifatkan disifatkan

Awalan di, dieja satu perkataan.

 

Adalah saya dengan hormatnya merujuk…

Dengan hormatnya saya merujuk…

Tidak boleh memulakan ayat dengan kata pemeri adalah.

 

Allah S.W.T. Allah SWT Tidak perlu tanda noktah.

limpahNya limpah-Nya Konsonan N dieja dengan huruf besar kerana Nya merujuk kepada Allah. Perkataan dieja dengan tanda sempang.

 

 

Rabu, 13 April 2022

Wahai Penguasa

Wahai Penguasa
.
Salam sejahtera
penguasa yang sedang duduk 
di atas pelaminan
dengarlah, lihatlah 
dengan mata hatimu, bahawa : 
engkau yang dahulu meronta-ronta, 
mengemis-ngemis suara kami, 

dan sekarang engkau seperti hantu 
datang dan pergi semahunya. 
suaramu yang santun nan lembut, 
dan gayamu yang merakyat, 
yang rela meredah dataran
yang penuh lumpur dan debu, 

membuat kami percaya, bahawa:
engkaulah sebenar-benarnya pemimpin harapan kami, 
yang dapat mensejahterakan tanah pusaka ini.

Namun sekarang, 
tidak kedengaran lagi suara lembutmu, 
yang kami dengar hanyalah 
kebisingan harga bahan api yang 
mencekik leher kami, 
yang kami dengar adalah 
harga sepinggan mi dan secangkir kopi
yang lahap membakar ringgit kami. 

Engkau kemanakan janjimu dulu, 
engkau kemanakan hatimu. 
Kami menunggu dan menunggu, 
berharap 
engkau mampu 
melaksanakan amanah Allah SWT.

Isnin, 11 April 2022

KEKHILAFAN PENGGUNAAN IALAH DAN ADALAH

 

Memartabatkan Bahasa Melayu

Bil.7/2022 BMKPM

Munsyi Md Rasul bin Haron




Perkataan ialah dan adalah merupakan dua perkataan yang amat lumrah digunakan dalam penulisan hari ini. Tidaklah keterlaluan jika dikatakan agak sukar untuk menemukan tulisan yang tidak menggunakan kedua-dua kata pemeri ini. Kedua-dua perkataan ini dikatakan telah masuk ke dalam kosa kata bahasa Melayu belakangan ini. Hal ini akan menjadi jelas jika diteliti buku klasik Melayu Sejarah Melayu kerana dalamnya kita tidak akan bersua dengan perkataan ialah ataupun adalah. Demikian juga dalam Hikayat Hang Tuah, tidak ada penggunaan kedua-dua perkataan ini. Menurut Asmah Hj Omar (1994), perkataan ialah terbentuk daripada perkataan ia dan lah manakala adalah pula masuk ke dalam bahasa Melayu dari bahasa Indonesia. Perkataan ini digunakan sebagai padanan bagi kopula yang wujud dalam bahasa Belanda.

Walaupun perkataan-perkataan ini sudah begitu lazim di kalangan pengguna bahasa Melayu, namun terdapat kekhilafan di kalangan pengguna dalam hal penggunaannya yang betul dan mengikut aturan nahu Melayu. Menurut Tatabahasa Dewan (1994), kedua-dua perkataan ini termasuk kelompok kata prafrasa atau perkataan-perkatan yang diletakkan di awal atau di depan frasa. Kata prafrasa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja, atau frasa adjektif (Nik Safiah Karim et al. 1994:245). Dan, kedua-dua perkataan adalah dan ialah merupakan jenis kata pemeri. Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat (Nik Safiah Karim et al. 1994:250).

Walaupun kedua-dua kata pemeri boleh digunakan untuk memerihal dan merangkaikan subjek dengan frasa, namun ada aturan untuk menggunakannya. Penggunaannya bukanlah secara sewenang-wenangnya. Sebenarnya, ada dua cara pemerihalan itu dapat dilakukan, iaitu secara persamaan atau secara huraian.

Untuk memerihalkan secara persamaan atau ekuatif, kata pemeri ialah digunakan. Perhatikan beberapa contoh penggunaan jenis ini di bawah:

 

  1. Yang berbeza ialah bentuk dan sifatnya.
  2. Bukti jelas ialah kita masih mempunyai program membantu rakyat yang termiskin.
  3. Lokasi yang sering diberi tumpuan ialah kawasan perumahan, pusat perkelahan pinggir sungai dan pantai.

Dalam ayat-ayat di atas, kata pemeri ialah diletakkan di hadapan frasa nama bentuk dan sifatnya, kita, dan kawasan perumahan, pusat perkelahan pinggir sungai dan pantai. Kesemua frasa ini ialah frasa nama; oleh hal itu, perlulah disusuli kata pemeri ialah.

Sekarang kita perhatikan pula beberapa penggunaan kata pemeri adalah di bawah ini. Perkataan adalah digunakan untuk memerihalkan secara huraian atau kualitatif. Perhatikan beberapa contoh penggunaan di bawah:

 

  1. Rumah yang dijual adalah terlalu kecil.
  2. Tujuan projek itu adalah untuk mendapatkan sumber kewangan bagi persatuan itu.

Seperti yang diperhatikan dalam ayat-ayat di atas, kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif seperti terlalu kecil dan frasa sendi nama untuk mendapatkan sumber sumber kewangan. Dengan yang demikian, yang menjadi jelas kepada kita bahawa kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama sahaja, manakala kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Hal ini juga bermakna adalah tidak boleh hadir di hadapan frasa nama dan frasa kerja, dan demikian juga ialah tidak boleh diletakkan di hadapan frasa kerja atau frasa adjektif ataupun di hadapan frasa sendi nama. Walaupun sudah ada aturan penggunaan sedemikian, namun kita sering bersua juga dengan ayat-ayat yang menggunakannya dengan salah, dan adakalanya digunakan secara tukar ganti, iaitu secara sewenang-wenangnya, seolah-olah kedua-dua kata pemeri itu bersifat sinomim.

Sekarang marilah kita perhatikan beberapa contoh penggunaan kata pemeri yang tidak betul dan pembetulannya di bawah: Mula-mula kita lihat kekhilafan penggunaan kata pemeri ialah.

 

  1. *Tujuan projek ialah untuk mendapatkan wang sebanyak RM4 juta. (Sepatutnya: Tujuan projek adalah untuk mendapatkan wang sebanyak RM4 juta).
  2. *Objektif DPKL membina rumah kos rendah antaranya ialah untuk menampung keperluan kediaman golongan berpendapatan rendah. (Sepatutnya: Objektif DPKL membina rumah kos rendah antaranya adalah untuk menampung keperluan kediaman golongan berpendapatan rendah).

Kini, kita perhatikan pula penggunaan kata pemeri adalah yang tidak tepat dalam contoh-contoh yang berikut:

 

  1. *Peningkatan kos ini adalah akibat kenaikan harga bahan binaan. (Sepatutnya: Peningkatan kos ini ialah akibat kenaikan harga bahan binaan).
  2. *Pelajar adalah aset penting negara dan bakal pemimpin pada masa hadapan. (Sepatutnya: Pelajar ialah aset penting negara dan bakal pemimpin pada masa hadapan).
  3. *Kebanyakannya adalah pertubuhan dan badan-badan bukan kerajaan yang gerakannya dicetuskan oleh aktivitis Barat. (Sepatutnya: Kebanyakannya ialah pertubuhan dan badan-badan bukan kerajaan yang gerakannya dicetuskan oleh aktivitis Barat).
  4. *Cadangan untuk mewujudkan program kerahan tenaga adalah suatu langkah yang positif. (Sepatutnya: Cadangan untuk mewujudkan program kerahan tenaga ialah suatu langkah yang positif).

Yang jelas daripada contoh-contoh yang dipaparkan di atas, masih terdapat kekhilafan di kalangan pengguna bahasa Melayu dalam hal menggunakan kedua-dua kata pemeri ini. Yang menjadi menarik di sini ialah sebahagian besar contoh dalam makalah ini dipetik daripada salah sebuah majalah popular, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka! Seperti yang kita ketahui, bahasa yang baik ialah yang tertakluk kepada aturan dalam bahasa tersebut. Jika pengguaannya mengikut kelaziman, kesewenangan, dan ketidakaturan, sudah tentunya akan menjadi kucar-kacir bahasa tersebut.

Daripada huraian di atas, jelas juga kepada kita bahawa adalah dan ialah tidak boleh diletakkan sebelum frasa kerja. Amalan meletakkan kata pemeri di hadapan frasa kerja memang menyalahi nahu Melayu. Oleh itu, kita perlu mengelakkan membina ayat-ayat seperti yang berikut:

 

  1. *Hampir kesemua filem Barat adalah berorientasikan komersil (Sepatutnya: Hampir kesemua filem Barat berorientasikan komersil).
  2. *Perjuangan sebelum merdeka ialah menuntut kemerdekaan dalam segala bidang, iaitu ekonomi, politik, dan sosial. (Sepatutnya: Perjuangan selepas kemerdekaan adalah untuk menuntut kemerdekaan ekonomi, politik, dan sosial).
  3. *Sebelum merdeka perjuangan masyarakat jelas ialah menuntut kemerdekaan dalam semua bidang. (Sepatutnya:Sebelum merdeka perjuangan masyarakat jelas adalah menuntut kemerdekaan dalam semua bidang).
  4. *Salah satu objektif sosial dalam pembangunan perumahan di Malaysia ialah menyediakan perumahan yang murah untuk keperluan rakyat. (Sepatutnya: Salah satu objektif sosial dalam pembangunan perumahan di Malaysia adalah untuk menyediakan perumahan yang murah untuk keperluan rakyat).
  5. *Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan tutup selama dua hari sempena Hari Raya Puasa. (Sepatutnya: Dengan ini dimaklumkan bahawa sekolah akan tutup selama dua hari … atau Pelajar-pelajar dimaklumkan bahawa sekolah akan tutup selama dua hari…).
  6. *Kejayaan wanita dalam pendidikan mereka adalah disebabkan oleh kesedaran mereka sendiri. (Sepatutnya: Kejayaan wanita dalam pendidikan mereka disebabkan oleh kesedaran mereka sendiri).

Dalam hal penggunaan kata pemeri, terdapat suatu lagi amalan yang tidak betul. Amalan itu ialah penggunaannya yang bersifat kelewahan. Dengan erti kata yang lain, penggunaannya tidak diperlukan, tetapi digunakan dalam penulisan. Kita perhatikan contoh penggunaan seumpama itu di bawah:

1. *Dia ialah guru. (Sepatutnya: Dia guru).

  1. *Masalah itu adalah merupakan masalah besar. Sepatutnya: Masalah itu merupakan masalah besar).
  2. *Tindakan yang berterusan gejala maksiat. (Sepatutnya: Tindakan yang berterusan perlu bagi menutup semua gejala maksiat).adalah perlu bagi menutup semua
  3. *Persembahan penyanyi itu adalah sungguh hebat. (Sepatutunya: Persembahan penyanyi itu sungguh hebat).

Seperti yang dipaparkan dalam contoh-contoh di atas, penggunaan adalah dan ialah tidak diperlu atau tidak wajib digunakan dalam ayat-ayat di atas. Dalam ayat 21, misalnya, sudah memadailah jika ayat tersebut dibina dengan dua frasa, iaitu ‘persembahan penyanyi itu’ + ‘sungguh hebat’ kerana ayat ini dibina berdasarkan pola FN + FA. Ayat ini tidak perlu kata pemeri adalah untuk memerihalkan secara persamaan atau ekuatif dalam frasa tersebut. Dalam ayat ini, persembahan penyanyi itu ialah frasa nama, manakala frasa adjektifnya adalah sungguh hebat. Dalam hal ini, pernah pelajar-pelajar saya berhujah bahawa meninggalkan kopula ialah dan adalah dalam ayat mencacatkannya, dan ada juga yang rasa janggal jika ayat tidak ada kopula. Nyata pandangan mereka itu tidak tepat kerana dalam bahasa tidak tertakluk kepada rasa janggal atau kepada rasa sedap atau tidak sedap. Rasa janggal dan tidak sedap itu timbul kerana pelajar-pelajar tidak biasa dengan 4 pola ayat dalam bahasa Melayu.

Mungkin gejala tersebut terjadi kerana pengaruh bahasa Inggeris. Oleh sebab wujud kata gerund seperti am, is, are, was, dan were dalam semua ayat bahasa Inggeris, maka pengguna bahasa Melayu pula mencuba memadankan kata-kata itu dengan kata pemeri adalah dan ialah. Sebenarnya, amalan memadankan gerund dengan adalah atau ialah dalam bahasa Melayu tidaklah tepat. Kata pemeri dalam bahasa Melayu digunakan untuk memenuhi fungsi-fungsi yang tertentu seperti yang dinyatakan pada awal makalah ini. Tidak wajar untuk memasukkan unsur yang tidak menjadi milik bahasa Melayu ke dalamnya.

Mudah-mudahan makalah ini sedikit sebanyak dapat membantu para pengguna bahasa Melayu menjadi lebih peka kepada aturan menggunakan kedua-dua kata pemeri ini. Dalam hal ini, penggunaannya berdasarkan aturan dan bukannya secara sewenang-wenangnya perlu ditegaskan oleh para pendidik kita kepada pelajar-pelajar terutamanya supaya kekhilafan ini dapat diperbetul. Marilah kita bersama-sama memantapkan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita!

 

 

Jumaat, 8 April 2022

Kesalahan Penggunaan Perkataan

 

Memartabatkan Bahasa Melayu

Bil.6/2022 BMKPM

Munsyi Md Rasul bin Haron

1.1       Pengenalan

Kesalahan penggunaan perkataan berpunca daripada kekurangan pemahaman mengenai makna, konteks penggunaan dan fungsi sesuatu perkataan. Kesalahan yang paling sering dilakukan ialah penggunaan kata sendi nama, kata ganti nama dan kata soal. Misalnya, penggunaan kata ganti nama orang pertama dan orang kedua mempunyai konteks sosial yang amat kuat. Kata soal pula sering digunakan dalam ayat penyata walaupun penggunaannya terhad untuk tujuan menyoal dan dalam situasi ketidakpastian.

1.2       Kata Sendi Nama

Kesalahan jenis ini adalah antara yang paling banyak dilakukan oleh pengguna bahasa. Puncanya adalah kerana kekurangan pengetahuan mengenai fungsi sesetengah kata sendi nama. Kesalahan tersebut ialah menggunakan kata sendi nama “di“, khususnya dalam frasa “di kalangan“ dan “di hari“; menggunakan kata sendi “ke“ dan “dari“ pada posisi hadapan frasa nama waktu, dan tidak dapat membezakan penggunaan kata sendi nama “dalam“ dengan frasa sendi nama “di dalam“ dan “antara“ dengan “di antara“.

1.2.1 “Di kalangan“ dan “Di hari“

Kata sendi ‘di’ mengisi dua posisi sahaja, iaitu di hadapan frasa nama tempat (1a-c) dan frasa nama arah (2a-c).

(1)

a. di pejabat

b. di Universiti Sains Malaysia

c. di Pulau Pinang

(2)

a. di atas

b. di hadapan

c. di sebelah

Penggunaan kata sendi “di“ selain daripada dua posisi ini dianggap tidak gramatis. Oleh itu, penggunaan “di“ di hadapan frasa nama bukan tempat dan arah, misalnya frasa nama abstrak (3a) dan masa (3b-d) adalah tidak gramatis.

(3)

a. *di kalangan

b. *di hari

c. *di zaman

d. *di era

“Kalangan“ dalam (3a) sama erti dengan “golongan“ atau “kumpulan“. Oleh itu, kata sendi yang boleh hadir di hadapannya ialah “dalam“. “Hari“ (3b), “zaman“ (3c) dan “era“ (3d) ialah frasa nama masa. Oleh itu, kata sendi yang boleh hadir di hadapannya ialah “pada“.

(3)

a. dalam kalangan

b. pada hari

c. pada zaman

d. pada era

Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti (4a-d) yang berikut:

(4)

a. Dia yang terpintar dalam kalangan pelajar kelas ini.

b. Kelas bahasa Malaysia diadakan pada hari Rabu.

c. Pada zaman batu, manusia dipercayai hidup di dalam gua.

d. Kehidupan manusia pada era teknologi maklumat dan komunikasi ini sepatutnya lebih mudah.

1.2.2 “Di dalam“ dan “Dalam“

Frasa “di dalam“ ialah kombinasa kata sendi nama “di“ dan kata nama arah “dalam“. Frasa ini mengisi posisi hadapan frasa nama konkrit (5a-c). Secara bersendirian, “dalam“ boleh berfungsi sebagai kata sendi nama. Dalam fungsi ini, ia mengisi posisi hadapan frasa nama abstrak (6a-c).

(5)

a. di dalam kotak

b. di dalam kereta

c. di dalam rumah

(6)

a. dalam hal ini

b. dalam masalah ini

c. dalam situasi ini

Dalam (5a-c), “kotak“, “kereta“ dan “rumah“ ialah frasa nama konkrit. Oleh itu, penggunaan kata sendi nama “di“ dan arah “dalam“ adalah gramatis. Dalam situasi ini, kata sendi “dalam“ tidak boleh digunakan secara bersendirian.

(5)

a. *dalam kotak

b. *dalam kereta


c. *dalam rumah

Dalam (6a-c) pula, “hal ini“, “masalah ini“ dan “situasi ini“ ialah frasa nama abstrak. Oleh itu, penggunaan kata sendi nama “dalam“ adalah gramatis. Dalam situasi ini, penggunaan kata sendi “di“ adalah tidak gramatis.

(6)

a. *di dalam hal ini

b. *di dalam masalah ini

c. *di dalam situasi ini

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...