Sabtu, 23 Julai 2011

Ujian psikologi online yang disediakan oleh JPA



1. Apakah perbezaan di antara nasihat dan kaunseling?

Kaunseling adalah satu proses interaksi yang melibatkan seorang kaunselor yang terlatih dan klien di mana akhirnya klien akan mengalami satu perubahan tingkah laku yang positif manakala nasihat cuma sesi mendapatkan bantuan nasihat daripada seseorang yang tidak terlatih

2. Adakah orang awam turut layak menerima perkhidmatan kaunseling oleh Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA?

Selain penjawat awam, pelajar-pelajar tajaan JPA dan pesara kerajaan, orang awam turut layak menerima perkhidmatan kaunseling di Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA.

3. Bagaimana cara untuk saya membuat temujanji dengan kaunselor di JPA?

Sila layari laman web http://www.jpa.gov.my/ dan klik pada butang e-kaunseling. Selain daripada itu juga klien boleh berpandukan kepada jadual klinik kaunseling yang dijalankan secara berkala di kaunter JPA di Maju Junction.

4. Apakah jenis-jenis permasalahan yang boleh dibincangkan?

Jenis-jenis permasalahan yang boleh dibincangkan meliputi kategori masalah peribadi, kerjaya, keluarga, kesihatan dan pembangunan diri.

5. Adakah sesi kaunseling yang dijalani tidak dihebahkan kepada orang lain?

Setiap perkara yang dikongsi dalam sesi kaunseling adalah terikat kepada etika kerahsiaan kecuali jika melibatkan perkara yang memudaratkan klien, orang lain dan pelanggaran undang-undang sedia ada.

6. Adakah sesi kaunseling di JPA dikenakan bayaran?

Tidak, sesi kaunseling yang diadakan adalah secara percuma.

7. Apakah jenis-jenis ujian psikologi online yang disediakan oleh JPA?

Jenis-jenis ujian psikologi online adalah:
  • Indeks Personaliti
  • Indeks Bimbingan dan Kerjaya
  • Indikator Perwatakan Unggul
  • Inventori Stres Organisasi
  • Indeks Motivasi Diri
  • Indeks Pengurusan Konflik
8. Bagaimanakah cara untuk menjalani ujian psikologi online JPA?

Anda perlu berhubung dengan pegawai di talian berikut 03-8316 4435 dan sekiranya dipersetujui bolehlah menghantar surat permohonan menjalani ujian psikologi online dengan memberi cadangan tarikh, jenis ujian serta maklumat calon.

Sumber:
LAMAN WEB JPA

30 guru hadiri seminar kejurulatihan bola sepak kendalian Vest di Sibu

BORNEO POST ONLINE
Posted on July 22, 2011, Friday
SIBU: Seramai 30 orang guru dari Sibu, Kanowit dan Selangau telah menghadiri seminar kejurulatihan bola sepak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Deshon, semalam.
Seminar ini sempena dengan Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS)/Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (JPNS) dan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Edisi II 2011.
Ia merupakan siri ketiga dianjurkan selepas seminar sama di Kuching (1-7 Julai) dan Miri (11-16 Julai) yang dikendalikan oleh Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Sarawak, Alan Vest.
Hadir sama ialah Pengurus Projek Program Lima Tahun Pembangunan Bola Sepak Sarawak, Lucas Kalang serta Penolong Penyelia Unit Sukan Pejabat Pelajaran Daerah Sibu, William Anut.
Menurut William, seminar tiga hari itu bermula 19 Julai lepas dan berakhir semalam.
“Seminar ini penting bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran jurulatih bola sepak di peringkat sekolah selain pendedahan kepada mereka,” ujarnya.
Vest dalam ceramahnya memberitahu, peranan jurulatih bola sepak di sekolah amat penting bagi masa depan bola sepak di negeri ini.
“Peranan anda sebagai guru dan jurulatih bola sepak di sekolah amat penting bagi masa depan bola sepak di Sarawak. Ini terutama dalam melahirkan serta membentuk pemain yang berkebolehan,” ujarnya.

Tingkatan Empat bukan tahun ‘berbulan madu’


BORNEO POST ONLINE

by Rusnan Mustafa. Posted on July 18, 2011, Monday
Jika pelajar berbuat demikian ia adalah satu kesilapan besardan
KUCHING: Pelajar Tingka­tan Empat dinasihati supaya tidak menganggap Ting­katan Empat adalah tahun untuk ‘berbulan madu’.
Perkara itu diluahkan oleh Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat Kuching Khalid Naroden yang menyatakan bahawa jika pelajar berbuat demikian ia adalah satu kesi­lapan besar.
“Tahun ini adik-adik be­rada di Tingkatan Empat, tahun ‘honeymoon’, tahun relaks, kerana SPM hanya akan menjelang pada peng­hujung tahun berikutnya, jika ini berlaku ia adalah kesilapan besar adik-adik (pelajar),” katanya pada majlis penu­tupan program Motivasi Pelajar Cemerlang di SMK Tun Abang Haji Openg di sini semalam.
Seramai 180 pelajar Ting­katan Empat dan Tingkatan Lima daripada 32 sekolah menengah sekitar Kuching dan Padawan menyertai pro­gram anjuran Bank Rakyat Cawangan Kuching itu.
Khalid memberitahu ba­hawa belum terlambat untuk seseorang pelajar kembali berubah untuk menjadi se­orang yang cemerlang.
“Ilmu pengetahuan dapat membezakan kita dengan orang lain dan dengan ilmu meletakkan kita di tempat yang lebih tinggi, pokok pan­gkalnya usaha serta berusaha secara berterusan,” tegas­nya.
Pada masa yang sama, be­liau menjelaskan usaha sahaja tidak juga mencukupi tanpa membuat persiapan dalam bentuk kewangan.
“Justeru, saya menasihati supaya adik-adik menabung untuk masa depan supaya mempunyai sumber kewan­gan mencukupi bagi melan­jutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
“Tabung yang baik bukan di bawah bantal tetapi tabung yang baik adalah di bank,” tambahnya.
Selain itu, Khalid ber­kata, tujuan utama program itu diadakan adalah untuk membantu pelajar di seki­tar Kuching bagi persiapan menghadapi SPM.
Jelasnya, sebelum ini Ya­yasan Bank Rakyat hanya mensasarkan sebanyak 12 program diadakan di seluruh Malaysia.
Namun atas permintaan Bank Rakyat Cawangan Mu­kah dan Kuching ia menjadi 14 kali program dianjurkan yang melibatkan kos sebanyak RM1.6 juta, jelasnya.
“Saya berharap adik-adik mendapat manfaat menerusi program ini dan berusaha untuk mencapai keputusan yang baik dalam SPM akan datang,” ujarnya.
Hadir sama Pengurus Bank Rakyat Cawangan Kuching Azman Abdul Aziz, wakil Pegawai Pelajaran Kuching Nasir Salem, Pengetua SMK Tun Abang Haji Openg Mastura Anuar dan tetamu kehormat lain.

Memupuk sifat kepimpinan


Ketokohan yang  ada pada seseorang pemimpin bermula dari bangku sekolah lagi. Ini bermakna penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti sama ada aktiviti kokurikulum atau kokurikulum memberi sumbangan kearah pemupukan cirri-ciri kepimpinan.
Ciri-ciri kepimpinan merangkumi aspek pengurusan diri, perhubungan dengan keluarga, guru, rakan-rakan dan masyarakat umum. Dengan lain perkataan cirri-ciri kepimpinan ini mampu membina modal insan yang berkualiti, berakhlak mulia, berketrampilan, berwawasan dan mewujudkan kesejahteraan diri dan kemakmuran Negara.
Ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam sesuatu aktiviti merupakan elemen yang penting dalam aspek kepimpinan. Setiap aktiviti memberi pendedahan dan peluang untuk mendapat ilmu seperti ilmu kemanusiaan, ilmu kemasyarakatan, ilmu sains dan sebagainya. Dalam bidang akademik tumpuan diberikan pada ilmu-ilmu yang dapat merungkai dan menerokai rahsia sesuatu kejadian, peristiwa atau permasalahan untuk memberi ruang penyelesaian.
Ilmu yang dipelajari ini akan melibatkan proses penerokaan, pengaplikasian, penanalisisan, penyelidikan dan penilaian. Ilmu juga banyak dipelajari melalui aktiviti kokurikulum seperti melalui kelab dan persatuan, sukan dan unit beruniform. Kepada ilmu akan menjadikan seseorang itu mantap, matang dan mampu menjana pemikiran yang bersifat inovatif.
Sesuatu ilmu yang dipelajari akan membentuk kemahiran. Masyarakat yang berilmu tetapi tanpa kemahiran tidak dapat menjadikan sebuah Negara itu maju. Seseorang murid yang mendapat A dalam semua subjek masih tidak dapat dianggap cemerlang atau gemilang jika ia tidak ada kemahiran untuk diaplikasikan dalam kehidupan. Cemerlang atau gemilang bermaksud seseorang murid itu mampu meneroka ilmu yang luas sehingga menjadikan dirinya seorang yang kreatif dan inovatif serta dapat mencipta sesuatu hasilan yang boleh dijadikan kebangaan bukan sahaja kepada Negara tetapi hingga ke peringkat antarabangsa.

Kejayaan yang dicapai adalah hasil daripada pengalaman yang dilaluinya setelah mampu menghadapi pelbagai cabaran. Cabaran yang dilaluinya itu adalah hasil daripada kejayaannya mengawal dan memimpin diri. Setelah berjaya memimpin diri, maka ia akan berjaya memimpin generasi yang lain untuk mencapai kejayaan.
Justeru itu murid-murid harus mendapat ilmu dan kemahiran melalui aktiviti kokurikulum dan kokurikulum kea rah mendidik mereka memiliki sifat-sifat kepimpinan yang amat diperlukan sepanjang masa dalam kehidupan. 

sumber maklumat : Portal pendidikan Utusan Malaysia

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...