Sabtu, 23 Julai 2011

Memupuk sifat kepimpinan


Ketokohan yang  ada pada seseorang pemimpin bermula dari bangku sekolah lagi. Ini bermakna penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti sama ada aktiviti kokurikulum atau kokurikulum memberi sumbangan kearah pemupukan cirri-ciri kepimpinan.
Ciri-ciri kepimpinan merangkumi aspek pengurusan diri, perhubungan dengan keluarga, guru, rakan-rakan dan masyarakat umum. Dengan lain perkataan cirri-ciri kepimpinan ini mampu membina modal insan yang berkualiti, berakhlak mulia, berketrampilan, berwawasan dan mewujudkan kesejahteraan diri dan kemakmuran Negara.
Ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam sesuatu aktiviti merupakan elemen yang penting dalam aspek kepimpinan. Setiap aktiviti memberi pendedahan dan peluang untuk mendapat ilmu seperti ilmu kemanusiaan, ilmu kemasyarakatan, ilmu sains dan sebagainya. Dalam bidang akademik tumpuan diberikan pada ilmu-ilmu yang dapat merungkai dan menerokai rahsia sesuatu kejadian, peristiwa atau permasalahan untuk memberi ruang penyelesaian.
Ilmu yang dipelajari ini akan melibatkan proses penerokaan, pengaplikasian, penanalisisan, penyelidikan dan penilaian. Ilmu juga banyak dipelajari melalui aktiviti kokurikulum seperti melalui kelab dan persatuan, sukan dan unit beruniform. Kepada ilmu akan menjadikan seseorang itu mantap, matang dan mampu menjana pemikiran yang bersifat inovatif.
Sesuatu ilmu yang dipelajari akan membentuk kemahiran. Masyarakat yang berilmu tetapi tanpa kemahiran tidak dapat menjadikan sebuah Negara itu maju. Seseorang murid yang mendapat A dalam semua subjek masih tidak dapat dianggap cemerlang atau gemilang jika ia tidak ada kemahiran untuk diaplikasikan dalam kehidupan. Cemerlang atau gemilang bermaksud seseorang murid itu mampu meneroka ilmu yang luas sehingga menjadikan dirinya seorang yang kreatif dan inovatif serta dapat mencipta sesuatu hasilan yang boleh dijadikan kebangaan bukan sahaja kepada Negara tetapi hingga ke peringkat antarabangsa.

Kejayaan yang dicapai adalah hasil daripada pengalaman yang dilaluinya setelah mampu menghadapi pelbagai cabaran. Cabaran yang dilaluinya itu adalah hasil daripada kejayaannya mengawal dan memimpin diri. Setelah berjaya memimpin diri, maka ia akan berjaya memimpin generasi yang lain untuk mencapai kejayaan.
Justeru itu murid-murid harus mendapat ilmu dan kemahiran melalui aktiviti kokurikulum dan kokurikulum kea rah mendidik mereka memiliki sifat-sifat kepimpinan yang amat diperlukan sepanjang masa dalam kehidupan. 

sumber maklumat : Portal pendidikan Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...