Sabtu, 23 Julai 2011

Melahirkan generasi mampu hadapi cabaran



Sukan sangat penting untuk mengoptimunkan kecergasan fizikal pelajar

Pelaksanaan dasar seorang murid bergiat dalam sejenis sukan bermula tahun ini adalah usaha kerajaan membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik sejak dari bangku sekolah lagi .Dasar ini seharusnya mendapat sokongan daripada murid, guru dan ibu bapa. Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan kecergasan fizikal murid atau pelajar di sekolah rendah dan menengah. Hal ini amat penting bagi keseimbangan fizikal dan rohani dalam perkembangan pendidikan di sekolah pada masa akan datang. Sukan juga penting dalam membentuk gaya hidup yang sihat dan dapat mengurangkan masalah obesiti di kalangan pelajar di sekolah. Dasar tersebut memberi peluang setiap murid atau pelajar melibatkan diri dalam bidang sukan yang digemari selain memantapkan aktiviti berkenaan di sekolah. Pelancaran 1Murid 1Sukan 1Malaysia telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Taiping Perak membabitkan kira-kira 4 juta murid di seluruh negara dalam acara larian yang juga diadakan di setiap sekolah.
Pelaksanaan itu akan meliputi semua murid dan pelajar di sekolah rendah dan menengah. Melaluinya prasarana sukan di setiap sekolah akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa . Ia tidak memfokuskan kepada sukan terus saja, tetapi meliputi sukan lain juga. Penglibatan mereka merangkumi semua aktiviti sukan tidak kira melalui pendidikan jasmani, acara sukan tahunan sekolah atau pertandingan sukan antara sekolah. Sebelum ini beliau yang juga Menteri Pelajaran menyatakan ibu bapa akan melihat pelaksanaan itu sebagai salah satu komponen program transformasi pendidikan negara bermula tahun ini.  Menurutnya dasar tersebut juga untuk mengembalikan kegemilangan sukan ke peringkat sekolah selain meningkatkan semangat kesukanan dan kesepakatan masyarakat bermula dari bangku sekolah.
Sementara itu, ibu bapa seharusnya memahami bahawa sukan adalah aktiviti fizikal yang memerlukan pelakunya menggunakan pelakunya menggunakan tenaga lain bertindak tangkas seperti berenang, bermain bola dan berlumba lari. Aktiviti sukan tertentu seperti bola sepak, bola keranjang, hoki, badminton memerlukan suatu pasukan yang terdiri daripada beberapa orang individu.
Dasar 1Murid 1Sukan 1Malaysia bukan saja dapat meningkatkan mutu sekolah di sekolah dan negara, malah dapat memfokuskan bidang sukan yang perlu dimajukan di peringkat sekolah rendah dan menengah lagi. Dalam hal ini, Malaysia harus terus berazam dan berusaha untuk menjadi sebuah negara maju yang teguh, bersatu dan kekal utuh walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Sukan dapat meningkatkan tahap fizikal dan kuantiti kesihatan di kalangan murid dan pelajar. Pembudayaan 1Murid 1Sukan 1Malaysia juga dapat menjadi nilai budaya yang baik dalam mengekalkan kesihatan di peringkat sekolah rendah dan menengah ke arah memupuk minda kelas pertama. Kecemerlangan akademik juga banyak bergantung pada kecemerlangan sukan yang melibatkan murid dan pelajar.
Kesimpulannya melalui pelaksanaan dasar ini dapat meningkatkan sekolah dengan melahirkan rakyat yang mampu menghadapi cabaran baru dalam era globalisasi. Bidang sukan juga adalah bidang penting dalam meningkatkan nama negara di mata dunia pada masa depan. Melalui generasi yang terdidik dan mempunyai ilmu dalam bidang sukan, negara akan mencapai kecemerlangan dalam bidang tersebut.

sumber maklumat : Harian Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...