Sabtu, 23 Julai 2011

30 guru hadiri seminar kejurulatihan bola sepak kendalian Vest di Sibu

BORNEO POST ONLINE
Posted on July 22, 2011, Friday
SIBU: Seramai 30 orang guru dari Sibu, Kanowit dan Selangau telah menghadiri seminar kejurulatihan bola sepak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Deshon, semalam.
Seminar ini sempena dengan Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS)/Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (JPNS) dan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Edisi II 2011.
Ia merupakan siri ketiga dianjurkan selepas seminar sama di Kuching (1-7 Julai) dan Miri (11-16 Julai) yang dikendalikan oleh Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Sarawak, Alan Vest.
Hadir sama ialah Pengurus Projek Program Lima Tahun Pembangunan Bola Sepak Sarawak, Lucas Kalang serta Penolong Penyelia Unit Sukan Pejabat Pelajaran Daerah Sibu, William Anut.
Menurut William, seminar tiga hari itu bermula 19 Julai lepas dan berakhir semalam.
“Seminar ini penting bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran jurulatih bola sepak di peringkat sekolah selain pendedahan kepada mereka,” ujarnya.
Vest dalam ceramahnya memberitahu, peranan jurulatih bola sepak di sekolah amat penting bagi masa depan bola sepak di negeri ini.
“Peranan anda sebagai guru dan jurulatih bola sepak di sekolah amat penting bagi masa depan bola sepak di Sarawak. Ini terutama dalam melahirkan serta membentuk pemain yang berkebolehan,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...