SANTUBONG: Empat pelajar dari sebuah sekolah menengah di sini ditahan awal pagi semalam berhubung serangan ke atas seorang guru lelaki.
Kesemua pelajar Tingkatan Lima terbabit ditahan di kediaman mereka sekitar jam 1 pagi oleh anggota Unit Jenayah Berat dari ibu pejabat polis negeri.
Bagaimanapun dua pelajar lain dipercayai turut terlibat dalam serangan itu berjaya mengelak daripada pasukan penahan.
Sumber memberitahu serangan itu berlaku di sekolah pada pagi Khamis ketika enam pelajar menghampiri seorang guru lelaki berusia 30-an, yang bertanggungjawab dalam hal ehwal disiplin lalu menyerangnya dengan topi keledar.
Motif serangan dikatakan sebagai salah faham antara guru terbabit dengan pelajarnya yang berlaku sebelum kejadian.
Guru terbabit yang mengalami lebam di kepala membuat laporan polis selepas kejadian itu. Kesemua pelajar terbabit kini dalam tahanan reman sementara siasatan lanjut dijalankan.
Sumber: The Borneo Post
Tiada ulasan:
Catat Ulasan