Daripada sebuah dokumen rahsia CIA yang baru dibuka yang bertarikh 13 Januari 1965 menjelaskan percakapan santai Soekarno dengan para pemimpin sayap kanan bahawa dia masih memerlukan sokongan PKI untuk menghadapi Malaysia. Namun dia juga menegaskan bahawa suatu waktu "giliran PKI akan tiba. "Soekarno berkata, "Kamu bisa menjadi teman atau musuh saya. Itu terserah kamu. ... Untukku, Malaysia itu musuh nomor satu. Suatu saat saya akan membereskan PKI, tetapi tidak sekarang.
Dalam usaha Sukarno yang menentang penubuhan Negara Malaysia, beliau juga telah memulaukan Laporan Suruhanjaya Cobbold yang ditugaskan pada tahun 1962 yang bertujuan untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap penubuhan Malaysia. Sukarno telah melancarkan kempen ‘Ganyang Malaysia’pada akhir 1963. Konfrantasi Sukarno telah berubah dari sekadar perang kata-kata menjadi konfrantasi ketenteraan, hal ini berlaku selepas Suruhanjaya khusus PBB yang dibentuk untuk mengumpul pendapat rakyat setempat tentang pembentukan Malaysia.
Apabila Garuda dibaham Harimau, rakyat Indonesia meneriakkan slogan 'Ganyang Malaysia'. Media sosial Indonesia menyemarakkan lagi semangat rakyat Indonesia. Pemain bolasepak negara diejek dan dihambur kata-kata kesat. Kita harus saling hormat-menghormati sebagaimana rakyat Malaysia menghormati dan menerima rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia. Zaman 'Ganyang Malaysia' sudah berakhir. Buang rasa marah dan iri hati yang tertanam di dalam hati sekian lama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan