Kejayaan skuad bawah 23 tahun Malaysia mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Indonesia membuktikan mereka adalah pasukan terbaik di rantau ini buat masa ini.
Mereka juga membuktikan kejayaan meraih emas bola sepak pada Sukan SEA 2009 di Laos dan menjuarai Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) tahun lepas, bukan kerana nasib semata-mata.
Biarpun skuad negara sering kali dipertikaikan terutamanya oleh media Indonesia, kemenangan tersebut menutup terus mulut pengkritik dan penyokong fanatik skuad negara tuan rumah itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan