Rabu, 2 November 2011

Misteri kehilangan Siti Nor Hajar belum terjawab



Sumber:
Utusan Borneo


Siti Nor Hajar


BINTULU: Misteri kehilangan Siti Nor Hajar Mohd Rashidi, 6, yang dilaporkan hilang pada petang Ahad lalu belum terjawab dengan polis dan anggota penyelamat masih buntu dengan pencarian mereka.
Ketua Polis Daerah Bintulu Superitenden Madang Usat berkata, operasi me-ngesan Siti diteruskan semula semalam selepas ditangguhkan jam 6 petang Isnin lalu.
“Setakat ini saya belum dapat memberikan maklumat berhubung kehilangan Siti namun kami telah menghantar pasukan mencari dan menyelamat bagi me-ngesan kanak-kanak itu di semua lokasi yang difikirkan perlu.
“Operasi ini masih ber-terusan sehingga kami mendapat petunjuk tentang kanak-kanak ini,” katanya semasa dihubungi semalam.
Dalam pada itu, Madang turut melawat rumah mangsa di Kampung Baru Laut untuk mendapatkan maklumat sekali gus merungkai misteri kehilangan kanak-kanak terbabit.
Kali terakhir Siti Nor Hajar dilihat ibunya, Suriana Yunus, 27, ialah jam 2.30 petang Ahad lepas di kediaman mereka di Kampung Baru Laut sebelum hilang sekitar jam 5 dan 6 petang hari sama.
Kanak-kanak itu merupakan kanak-kanak prasekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Bintulu dan bakal memasuki Tahun Satu tahun depan.
Justeru, mereka yang mengenali atau mengetahui kedudukan Siti diminta segera menghubungi ibunya di talian 013-8480265 atau bapanya Mohd Rashidi (014-59784 14) atau mana-mana balai polis terdekat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...