Rabu, 2 November 2011

Rakyat pening...ayam punya hal





Kadang-kadang seronok juga mendengar kata-kata semangat pemimpin politik supaya kita sebagai rakyat  memboikot membeli ayam. Harga ayam sepatutnya dikawal oleh Kementerian yang bertanggung jawab. Bukan menyalahkan rakyat. Jangan salahkan mulut anak kecil yang memang gemar menikmati ayam goreng. Mana-mana kelompok baik dari kanak-kanak, remaja, dewasa dan super dewasa memang menggemari masakan ayam.

Kenapa asyik memberi alasan yang harga makanan ayam tinggi? Pengangkutan ayam yang menerima tujahan kos disebabkan harga minyak 95 dan 97 yang tinggi. Jangan diceritakan tentang subsidi yang telah diberi. Ia tetap tinggi. Apakah nasib orang-orang kampung yang turut menerima akibatnya. Tidak adakah mekanisme yang dapat digunakan oleh pihak yang bertanggung jawab untuk menyenangkan rakyat bawahan? Gaji kakitangan kerajaan belum naik, peniaga-peniaga pula sudah berkira-kira untung. Tanya peniaga, dikatakan pemborong yang jual mahal. Tanya pemborong, dikatakan pengeluar yang gila-gila naikkan harga. Rakyat sebagai pengguna tetap teraniaya. Yang pening rakyat. RM 50.00 ke pasar tidak semewah seperti dahulu. Menghadap sahaja peniaga ayam, selesailah. Harap para pemimpin negara daripada bertekak hal-hal yang tidak difahami rakyat lebih baik fokus kepada bertekak dengan kenaikan harga ayam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...