Jumaat, 16 Mac 2012

Kenang Detik Kelahirannya





Anak adalah anugerah yang tidak terhingga daripada Allah kepada pasangan suami isteri yang mendirikan rumahtangga. Timbul riak wajah yang ceria dan gembira suami isteri apabila mereka diberitahu oleh doktor yang merawat mengatakan bahawa isterinya mengandung sekian bulan.Dari situlah mereka merancang dan mengatur jadual untuk menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga mereka. Setiap hari dan setiap bulan mereka melakukan persediaan, seperti melakukan rawatan untuk memastikan bayi di dalam kandungan itu sihat dan selamat, mengawal pemakanan seperti memakan makanan yang berkhasiat, membeli pakaian, alat-alat penjagaan bayi, memilih nama yang sesuai dan sebagainya.

Apabila tiba tanda-tanda kelahiran kepada isteri, si suami bertungkus lumus berusaha untuk menghantar isterinya ke hospital yang berdekatan. Si suami memaklumkan kepada ibu bapanya dan mertuanya bahawa isterinya telah masuk ke wad bersalin di hospital sekian-sekian. Timbul berbagai kerisauan dan persoalan di dalam kepala suaminya seperti bagaimana keadaan isterinya? adakah isterinya selamat? adakah isterinya bersalin normal ataupun tidak? Selain dari itu juga suaminya berdoa kepada Allah semoga isterinya dapat melahirkan anaknya dengan keadaan selamat.


Setelah sekian lama menanti dengan penuh debaran dan kerisauan, si suami diberitahu oleh doktor yang merawat isterinya bahawa isterinya selamat bersalin dan isterinya sekarang sedang berehat setelah sekian lama bertarung dengan kesakitan yang tidak terhingga. Rasa syukur dan gembira apabila mendengar khabar tersebut. Beliau menziarahi isterinya dan anaknya untuk memastikan khabar tersebut sahih dan benar.

Si suami mendukung anaknya untuk diazankan disebelah telingga kanan dan diiqamahkan disebelah telingga kiri, sebagai memenuhi tuntutan sunat yang pernah dilakukan oleh Rasulullah saw. Daripada Abi Raafi’ berkata :
“Aku pernah melihat Rasulullah saw mengazankan pada telinga Hasan Bin ‘Ali ketika ia dikahirkan oleh Fatimah”. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Cukup sahaja hari yang ketujuh si suami berusaha untuk mengadakan majlis aqikah, tahnik, cukur kepala dan diberikan nama kepada anaknya. Tidak kisah wang ringgit habis begitu banyak, yang penting adalah tanggungjawabnya sebagai bapa terhadap anaknya. Majlis disambut dengan penuh kegembiraan dengan menjemput sanak saudara, jiran-jiran dan para sahabat untuk meraikan majlis anaknya. Ucapan tahniah dan hadiah dari para tetamu yang datang diterima oleh bapa dan ibu anak tersebut. Hal ini menambahkan lagi rasa kegembiraan dan tali persaudaraan di antara tuan rumah dengan tetamu yang hadir. KENANG DETIK ITU DAN KEKALKAN PERASAAN DAN TANGGUNGJAWAB  ITU SELAMANYA. Anugerah Allah SWT kepada kita iaitu anak-anak. Kita pelindungnya tanpa sebarang alasan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...