Jumaat, 16 Mac 2012

Luahan Hati Bayi Dibuang



"Kami tidak berdosa, kami tidak bersalah tetapi kenapa kami menjadi mangsa kekejaman manusia yang tidak berhati perut? Itulah persoalan yang menjadi mainan di fikiran kami tatkala bercerita mengenai kes penderaan dan penganiayaan bayi serta kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi buat masa ini. Bercerita mengenai kes-kes pembuangan dan penderaan bayi, semua pihak tentunya bersimpati dengan kami. Kami amat sedih mengenangkan kejadian tersebut sehingga ada di antara kami meninggal dunia dalam keadaan tragis. Malah ada juga individu yang tergamak mendera kami sehingga menyebabkan kami menemui ajal.  Kami bayi yang dibuang itu terseksa kerana sikap ibu kami sendiri.  Suara hati kami, kanak-kanak yang tidak kesampaian. Harapan kami untuk lahir sempurna seperti orang lain menjadi sebaliknya apabila kami tidak sempat menatap dunia ini selepas dilahirkan. Betapa kami anak-anak yang terbuang itulah sebenarnya akan kembali berbudi kepada ibu masing-masing apabila ibu sudah tua. Mungkin ketika membuang kami mereka merasakan sudah hilang bebanan tetapi untuk tempoh jangka masa panjang kami si anak itulah sebenarnya yang akan memberikan kasih sayang terhadap orang tuanya. Walaupun kami lahir tanpa perkahwinan si ibu yang sah, tetapi apabila dewasa kami akan menjadi manusia berguna jika diasuh dengan baik. Kami juga akan berjasa kepada masyarakat dan ibu atau bapanya sendiri. Kami harap mereka yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu insaflah dengan kekejaman sendiri.  Kami sedih apabila melihat monyet berkeliaran dan ada di antara haiwan itu tidak akan melepaskan anak mereka dibadan. Tetapi sayang sekali manusia tergamak bertindak kejam terhadap anak sendiri.  Kami tersentuh melihat monyet bergurau-gurauan dengan anak mereka. Apabila ingin memanjat pokok, anak-anak akan memeluk erat ibu masing-masing. Begitu mulia kehidupan haiwan yang mempunyai kasih dan sayang kepada zuriatnya tetapi sayang sekali perasaan itu tiada pada diri manusia. Jika ada di antara wanita atau gadis di luar sana yang sedang mengandungkan anak tanpa bapa, janganlah bertindak di luar kewarasan. Janganlah sesekali menyeksa anak-anak itu kerana mereka tidak bersalah. Seharusnya tidak wajar dibenci. Dan mereka yang melakukan kesilapan pula hendaklah bertaubat serta ingatlah yang Allah itu maha penyayang dan pengampun. Mereka haruslah memohon taubat daripada Allah dan kepada anak itu sendiri kerana di akhirat nanti anak-anak tersebut akan menanti ibu mereka di pintu syurga. Bayangkan kami anak-anak mangsa dera dan kami yang meninggal dunia akibat ditinggalkan.   Jika ibu atau bapa penat serta menghadapi tekanan kerja, kami anak-anak sebenarnya mampu menghilangkan tekanan itu. Kami tertanya-tanya kenapa ada insan yang sanggup membuang kami dilahirkan walaupun kelahiran itu tanpa perkahwinan yang sah. Kami merayu agar semua pihak tidak memandang remeh terhadap gejala pembuangan bayi. Sekiranya ada insan yang hilang arah dan tidak tahu bagaimana hendak menyerahkan bayi yang dilahirkan, jangan takut untuk menghubungi talian Nur dengan mendail 15999".




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...