Jumaat, 31 Disember 2010

3 langkah bagaimana untuk memberi respon positif pada kritikan-kritikan negatif


Kritikan biasanya negatif semata-mata untuk menegur kesalahan Anda. Ada juga kritikan dibuat untuk menjatuhkan Anda. Dalam situasi lain, seseorang mengkritik Anda dengan kata-kata kesat semata-mata untuk memalukan Anda di khalayak ramai. Jika Anda dikritik, apa yang sepatutnya perlu dibuat supaya Anda kekal bermotivasi?
Berikut adalah 3 langkah bagaimana untuk memberi respon positif pada kritikan-krtikan negatif.

1. Maafkan Si Pengkritik Dan Maafkan Kata-katanya.
Kemaafakan adalah cara paling penting untuk membuat Anda bersemangat pada tahap tinggi walaupun di kritik hebat. Lupakan kata-kata yang mengkritik Anda, ambil sebagai satu pengajaran saja, lepas tu jangan ingat. Jadikan kritikan sebagai cara Anda mempelajari sesuatu. Katakan itu bukan kritikan, tapi cara untuk mengajar Anda buat perkara yang betul. Maafkan si pengkritik. Menyimpan rasa marah terhadapnya hanya akan membuat Anda tidak bermotivasi.
2. Diam Dan Tenang Ketika Di Kritik.
Jangan berpeluk tubuh ketika di kritik. Pamerkan air muka tenang, walaupun ketika itu hati Anda membara, panas sebab dikritik, telinga Anda pedas mendengar suara si pengkritik. Turunkan ego Anda. Pakai mindset belajar dari kehidupan sepanjang masa untuk menjadi insan lebih baik. Untuk Anda kekal bermotivasi, Anda perlu berfikiran positif dan bersangka baik sepanjang masa. Anggap kritikan cara untuk memberitahu Anda bahawa tindakan Anda salah, hingga tidak memenuhi ‘standard’. Tekad untuk berbuat lebih baik lagi di lain kali, apabila ada peluang.
3. Sembunyikan kehebatan, Pamerkan Kesanggupan Berubah Perbaiki Diri.
Sehebat manapun Anda, elak untuk merasa riak atau merasa diri Anda lebih bagus dari orang lain. Sembunyikan kehebatan. Pamerkan kesanggupan memajukan diri melalui perubahan berterusan. Bentuk dir Anda jadi semakin baik dari sehari ke sehari! Pelajari cara yang betul, kemudian buat.  Jangan memajukan diri semata-mata mahu mengalahkan si pengkritik sebaliknya majukanlah diri supaya Anda berpuas hati dengan apa yang Anda berjaya capai. Dengan itu, Anda akan bersemangat mencapai satu tahap pencapaian lebih tinggi. Jika Anda mahu berjaya semata-mata kerana mahu kalahkan si pengkritik, Anda akan sakit hati apabila dia semakin maju. Anda tidak akan bersemangat sebaba Anda rasa iri hati, dengki dan tidak puas hati dengan kemajuanya. Cara paling baik adalah set matlamat untuk diri sendiri kemudian capai matlamat tu! Mindset persaingan membunuh semangat. Mindset berusaha mencapai matlamat menyuburkan semangat. Anda akan sentiasa bermotivasi.

Khamis, 30 Disember 2010

Selamat Datang Masalah


Dalam menjalani kehidupan ini, adakalanya kita dilanda badai kehidupan. Kita ambil pelajaran daripada seekor helang.
Helang mampu terbang tinggi dengan melewati angin yang kencang dan badai menerpanya.  Helang akan terbang ke tempat yang tinggi dan menunggu angin dan badai sambil membuka lebar-lebar sayapnya. Ketika badai datang, maka angin akan mengambil dan mengangkat tubuh helang ke atas badai. Sementara badai mengamuk di bawah, helang ini melonjak di atasnya.
Helang tidak dipukul badai. Ini adalah cara sederhana untuk memanfaatkan badai untuk mengangkat tubuhnya lebih tinggi. Helang terbang tinggi bersama angin yang membawa badai.
Ketika badai kehidupan datang kepada kita dan kita semua akan mengalami seperti yang helang alami . Kita dapat naik di masalah dengan menetapkan minda kita dan keyakinan kita bahawa kita akan menyelesaikan masalah itu. Badai tidak harus kita atasi. Tetapi kita punya alternatif untuk memanfaatkan  masalah untuk meningkatkan kualiti kita.
Masalah bukanlah beban yang memberatkan kehidupan kita, namun ini adalah pelajaran dan pendidikan daripada Allah SWT. Ini adalah cara untuk menaikkan kualiti kita dan pelajaran  bagaimana menangani masalah dengan berbekalkan keyakinan dan kemantapan hati. Bukan dengan menjelmakan rasa putus asa dan takut. 

Ketika masalah itu datang, lebarkan hati dan katakan, selamat datang masalah.

Rabu, 29 Disember 2010

Pergi Jahanam Zionis





MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com
 
Dunia kini mengalami krisis kemanusiaan terbesar. Sejarah perjuangan Palestin dalam meneruskan kehidupan di sebalik tindakan kejam yang dicetuskan Zionis sejak 14 Mei 1948 hingga kini telah menyaksikan perjuangan tanpa henti Palestin yang kelihatan perjuangan itu tiada penghujungnya.
Kini sudah 62 tahun masyarakat Palestin berada dalam 'negara setinggan' yang diciptakan setelah kemusnahan empayer Islam Uthmaniyah. Implikasinya, sejak dari itu sejarah menyaksikan pertembungan di antara Yahudi dan Arab berlarutan tanpa henti. Wilayah Palestin yang dahulunya satu, dipecahkan kepada dua berbeza tamadun. Dengan bantuan Barat dan suntikan dana serta peranan pelobi Zionis yang berterusan hingga kini, kaum pendatang telah menjadi lebih dominan daripada kaum yang sekian lama menduduki wilayah berkenaan.

Selasa, 28 Disember 2010

Tips Bagaimana Untuk Kekalkan Kegembiraan

Oleh:
iMotivasi













Untuk bersemangat, Anda perlu rasai kegembiraan dan kegirangan. Dalam perkataan Inggeris, ini dipanggil happiness and joy. Apabila kegembiraan hadir di hati, ada cara untuk kekalkannya.
Anda perlu tahu bahawa kegembiraan dan kegirangan yang ada di dalam hati akan menarik lebih banyak lagi kegembiraan dan kegirangan.
Happiness attracts more happiness,joy attracts more joy!
Untuk kekalkan kegembiraan yang Anda rasa, ucapakan syukur selalu. Inilah cara untuk kekal bersemangat. Kekal termotivasi.
Ucapkan terima kasih pada setiap orang di sekeliling Anda, ucap walau peranan mereka pada Anda kecil saja, misalnya, ucap terima kasih pada cleaner yang membersihkan pejabat Anda, ucap terima kasih pada budak pencuci kereta yang mencuci kereta Anda. Andai kata kena saman, ucap terima kasih pada Encik Polis sebab menyaman kesalahan Anda, membuat Anda sedar kesalahan yang Anda lakukan.
Jika seorang suami, ucap terima kasih pada isteri Anda kerana mengambil berat diri Anda, ucap terima kasih pada dia kerana sanggp bersusah payah berbakti untuk Anda sebagai ketua keluarga.
Jika Anda seorang isteri, ucapkan terima kasih pada suami kerana dia ada untuk Anda bergantung hidup padanya. Kegembiraan yang lahir dari rasa berterima kasih membuat Anda menghargai pasangan Anda, bukan sekali dua, tapi setiap hari.
Tiap kali Anda dilanda kegusaran berdepan dugaan atau permasalahan, alihkan seketika fikikiran Anda pada benda-benda yang Anda ada dan hargai orang-orang di sekeliling Anda. Ini menjadikan Anda bersemangat dalam usaha menyelesaikan masalah.
Dulu, kita bersemangat sebab kita nak capai sesuatu. Sekarang, gunakan kesyukuran untuk membuat diri Anda bersemangat selalu.
Kegembiraan yang terbit dari kesykuran lebih bertahan lama. Ia membuat Anda jadi energetik. Anda akan komited pada apa saja yang Anda lakukan.

Bagaimana Fikiran Menarik Perkara Buruk

 

 

 

 

oleh:

iMotivasi

Apa yang Anda fikirkan selalu, itulah yang akan dijelmakan ke dunia nyata, cuma lambat atau cepat saja ia direalisasikan. Bila Anda fikirkan sesuatu yang buruk dan sesuatu yang Anda tak sukai kemudian selalu mengingatinya, Anda akan menarik banyak perkara-perkara buruk untuk berlaku pada diri Anda. Mengingat masalah, Anda akan menarik lebih banyak masalah.
Apabiala Anda fikirkan sesuatu yang baik, menggirangkan dan sesuatu yang Anda sukai kemudian Anda selalu mengingatinya, Anda akan menarik banyak perkara-perkara baik untuk berlaku pada diri Anda. Fikiran Anda ibarat magnet.
Fikiran positif menarik hal-hal positif. Fikiran negatif, menarik hal-hal negatif. Tiap kali Anda mengingatinya, samalah seperti Anda berdoa banyak kali untuk mendapatnya. Disiplinkan mental Anda. Jangan fikirkan hal-hal buruk, benda-benda buruk, perkara-perkara buruk, elak bersangka buruk, walau cuma sesaat!

Ahad, 26 Disember 2010

Democracy


Global Issues
by Anup Shah

Democracy (“rule by the people” when translated from its Greek meaning) is seen as one of the ultimate ideals that modern civilizations strive to create, or preserve. Democracy as a system of governance is supposed to allow extensive representation and inclusiveness of as many people and views as possible to feed into the functioning of a fair and just society. Democratic principles run in line with the ideals of universal freedoms such as the right to free speech.
Importantly, democracy supposedly serves to check unaccountable power and manipulation by the few at the expense of the many, because fundamentally democracy is seen as a form of governance by the people, for the people. This is often implemented through elected representatives, which therefore requires free, transparent, and fair elections, in order to achieve legitimacy.
The ideals of democracy are so appealing to citizens around the world, that many have sacrificed their livelihoods, even their lives, to fight for it. Indeed, our era of “civilization” is characterized as much by war and conflict as it is by peace and democracy. The twentieth century alone has often been called “the century of war.”
In a way, the amount of propaganda and repression some non-democratic states set up against their own people is a testament to the people’s desire for more open and democratic forms of government. That is, the more people are perceived to want it, the more extreme a non-democratic state apparatus has to be to hold on to power.
However, even in established democracies, there are pressures that threaten various democratic foundations. A democratic system’s openness also allows it to attract those with vested interests to use the democratic process as a means to attain power and influence, even if they do not hold democratic principles dear. This may also signal a weakness in the way some democracies are set up. In principle, there may be various ways to address this, but in reality once power is attained by those who are not genuinely support democracy, rarely is it easily given up.

Sabtu, 25 Disember 2010

2 Tips Untuk Guru-Guru Baru yang Akan Mengajar 2011


Sifat-sifat asas dalam mendidik
pelajar perlu diambil berat oleh
guru-guru













Oleh:
MD RASUL BIN HARON

Bermula sesi persekolahan 2011, ramai guru baru mula melaporkan diri di sekolah-sekolah yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Berikut adalah 2 perkara asas yang perlu ada dalam diri seseorang guru:
1. IKHLAS
Setiap guru perlu ikhlas hatinya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik. Ianya sama ada perintah, larangan, nasihat, perhatian ataupun hukuman. Ini akan memudahkan proses mendidik yang dilakukan tanpa gangguan perasaan negatif seperti letih, bosan, marah, benci dan sebagainya. Hasilnya, pelajar akan lebih mengasihi dan menghormati guru mereka.
2. BERTANGGUNGJAWAB
Rasa tanggungjawab perlu dipupuk dalam diri setiap guru supaya dapat membentuk pelajar dengan cemerlang sama ada dari segi jasmani mahupun rohani. Sifat ini hendaklah sentiasa ada ketika memimpin, mengawasi dan memerhatikan pelajar, memberi tunjuk ajar, membiasakan dan juga mendidiknya. Rasa bimbang akan wujud sekiranya guru yang mempunyai sifat tanggungjawab ini lalai atau cuai dalam mendidik pelajar. Sebaik-baiknya, rasa tanggungjawab ini dilaksanakan dengan penuh persediaan dan azam yang kuat.
Selamat menempuh alam perguruan kepada guru-guru baru.


Tak apa...tinggal celepa




MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com

Kenapa harga barang naik? Banyak jawapan yang disenaraikan oleh pemimpin negara. Antaranya, bukan harga naik, kita cuma selaraskan. Kita nak elak smuggling minyak ke negara jiran. Harga minyak kita murah kalau nak compare dengan Singapura dan Thailand. Kita ingin majukan pengangkutan awam sebab itu kita hapuskan subsidi minyak. Naik pun tak banyak, 5 sen seliter sahaja. Itulah jawapan pemimpin negara kepada rakyat bawahan.
Janganlah kita compare dengan Singapura dan Thailand, kedua-dua negara itu bukan negara pengeluar minyak seperti Malaysia. Compare lah dengan Brunai , Iran , Bahrain dan Arab Saudi. Di Venezuela, harga minyak hanya RM 0.16/liter.  Malaysia(RON 95) RM 1.90/liter. Walaupun minyak mahal di Singapura, rakyatnya masih mampu kerana pendapatan rakyat yang tinggi. Rakyat Malaysia nak naik gaji macam golek tayar keretapi. Pemimpin negara tidak pernah merasai kesan kenaikan apa-apa harga. Mereka hanya berpura -pura merasainya semasa kempen pilihanraya. Pemimpin sejati ialah pemimpin yang memiliki kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati.
Apabila pemimpin negara kata tak apa harga gula naik. Rakyat perlu kurangkan manis dalam minuman. Itu jawapan manja pemimpin negara. Tidak tahukah mereka, kenaikan harga gula turut membabitkan peniaga dan pengilang makanan yang pasti menaikkan harga jualan. Suka atau tidak, roti canai dan teh tarik mamak akan lebih mahal tahun 2011. Pengusaha restoran muslim tidak tahan dengan kenaikan harga gula dan bahan api, mereka akan menaikkan harga kesemua hidangan yang dijual di semua restoran sehingga 10 peratus. Kita tidak boleh salahkan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma). Pelarasan harga subsidi gas asli cecair (LPG) sebanyak 5 sen sekilogram, gula dinaikkan 20 sen kepada RM 2.10 sekilogram, begitu juga dengan kenaikan harga petrol dan diesel telah memberi kesan langsung kepada semua pihak. Pemimpin negara kata tak apa. Naik sikit sahaja. Pemimpin negara yang poket sentiasa penuh melimpah tidak akan merasainya. Mereka seperti biasa akan merasainyai dalam kempen pilihanraya. Kalau tak apa tinggallah celepa. Utamakan rakyat bawahan yang sentiasa menantikan khabar gembira pemimpin negara.

Jangan Mengancam Pelajar


MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com














Jangan mengancam pelajar. Tindakan itu tidak bercirikan disiplin yang baik dan positif. Ancaman yang biasanya disusuli dengan hukuman jarang dapat dilaksanakan dengan cepat, tegas dan sempurna. Ini adalah kerana guru jarang dapat melaksanakan hukuman yang dijanjikan atas sebab-sebab tertentu seperti ketiadaan masa, lupa atau kejadian tersebut berlaku sewaktu ketiadaan mereka..
Ancaman akan menyebabkan pelajar hilang rasa hormat dan kepercayaan terhadap guru. Cara yang lebih berkesan apabila sesuatu kenakalan timbul ialah dengan memberi arahan atau perintah sekali sahaja. Sekiranya tidak ada tindak balas, teruslah bertindak. Dengan mengambil tindakan ini, pelajar akan dapat merasakan sendiri akibat daripada kenakalan yang mereka lakukan.

Maafkanlah,Walau Sebesar Mana Salahnya


Oleh:
iMotivasi
Mudahkan memaafkan seseorang?
Susah. Anda susah nak memaafkan seseorang kerana Anda di dorong oleh ego. Ego di pula di api-apikan oleh nafsu. Nafsu pula di api-apikan oleh bisikan syaitan. Syaitan ni musuh khalifah Allah yang paling nyata.
Jika Anda mendahulukan Tuhan dalam apa jua yang Anda lakukan, pasti Anda berani memaafkan, walau sebesar manapun kesalahan seseorang pada Anda. Tak ada guna menyimpan dendam pada sesuatu yang sudah berlaku di masa lalu.
Dendam dan sakit hati menghalang Anda dari maju. Sekuat manapun usaha Anda, jika masih ada dua perasaan ni (dendam dan sakit hati) kemajuan yang Anda capai tak akan berkembang.
Dendam menyemarakkan ego kita, sebab Anda tak akan puas hati selagi orang tu tak lutut meminta maaf pada Anda atau selagi orang tu tak susah hidupnya.
Apabila Anda berbuat kesusahan pada seseorang, maka akibatnya Anda akan dibalas kesusahan, bahkan mungkin kesusahan lebih berat hingga Anda merasa sungguh menyesal.

Jumaat, 24 Disember 2010

Class Management Techniques

MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com
pajatsong@gmail.com
http://www.pajatsong.blogspot.com/
http://www.dapatwang.com/?id=rasul


There are times when the real issue may not be the child but rather in the teaching style of the classroom teacher, that is, having unrealistic expectations, being critical, or being overly demanding. In such instances, help for the teacher can come in the form of classroom management techniques. Classroom management techniques are strategies developed to help handle various problems and conflicts within a classroom. An administrator, psychologist, or any realistic and diplomatic team member who feels comfortable with this type of situation may offer these practical suggestions to the teacher. There are many classroom techniques and modifications that should be tried before taking more serious steps. These include the following:
  • Display daily class schedule with times so that the student has a structured idea of the day ahead
  • Change seating
  • Seat the student with good role models
  • Use peer tutors when appropriate
  • Limit number of directions
  • Simplify complex directions
  • Give verbal as well as written directions
  • Provide extra work time
  • Shorten assignments
  • Modify curriculum but change content only as a last resort
  • Identify and address preferred learning styles
  • Provide manipulative materials
  • Provide examples of what is expected
  • Use color coding of materials to foster organizational skills
  • Develop a homework plan with parental support
  • Develop a behavior modification plan, if necessary
  • Uses lots of positive reinforcement
  • Use technology as an aid

Khamis, 23 Disember 2010

Lindungilah Kanak-Kanak

Oleh:

MD RASUL BIN HARON

Kerajaan telah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk menggalakkan pemulihan fizikal dan psikologi dan pengintegrasian semula sosial kanak-kanak yang menjadi mangsa dalam apa jua bentuk pengabaian, eksploitasi atau penderaan atau apa jua bentuk penghinaan atau hukuman. Penyembuhan dan pengintegrasian semula ini berlaku dalam suasana yang meningkatkan kesihatan, harga diri, maruah dan kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak ditakrifkan sebagai individu di bawah 18 tahun menurut Akta Kanak-Kanak Malaysia 2001. Memandangkan kanak-kanak adalah kelompok yang mudah dipengaruhi dan lemah, undang-undang amat cakna terhadap sebarang kes salah laku terhadap golongan tersebut. Bukan semua orang sedar apa itu penderaan sehingga kanak-kanak itu mendapat kesan yang tidak dapat diubati sepanjang hayat. Bagi kanak-kanak yang terseksa secara emosi, mereka memerlukan seseorang untuk bergantung, bercakap, berkongsi atau berkomunikasi.
Kanak-kanak berhak untuk dilindungi daripada sebarang bahaya. Kepentingan mereka harus diutamakan. Tidak kira sama ada kita mengenali kanak-kanak itu atau tidak, kita bertanggungjawab untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa. Kita sebagai orang dewasa perlu mendengar isu atau masalah yang dibawa oleh kanak-kanak. Kita tidak boleh membutakan mata kita dan memekakkan telinga semata-mata tidak mahu terlibat dalam masalah penderaan.
Setiap kanak-kanak berhak mendapatkan suatu tarf hidup yang sesuai untuk perkembangan fizikal, mental, kerohanian, moral serta sosial kanak-kanak itu. Ibu bapa kanak-kanak atau mereka yang bertanggungjawab terhadap mereka diberi amanah besar untuk menjamin, mengikut kemampuan dan keupayaan mereka dari segi kewangan, keadaan dan suasana yang diperlukan untuk perkembangan kanak-kanak itu.


Rabu, 22 Disember 2010

Cerita Budak Pengemis



















Oleh:
MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com
Dipetik daripada Buku Pelan Pengajaran Hak Asasi Manusia Untuk Sekolah-Sekolah Asia Tenggara, halaman 96.

Santi berbadan kecil bagi kanak-kanak berusia 10 tahun. Dia kelihatan tidak begitu sihat dan selekeh. Kulitnya melepuh dan berpenyakit. Katanya bapanya meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Ibunya menyara tujuh orang adik beradiknya sendirian dan mendapat rezeki dengan menjual rokok di pasar. Kini kakak-kakaknya telah bekerja di wilayah lain. Santi tidak dapat mengenal pasti asal-usulnya kerana dia masih terlalu kecil semasa meninggalkan rumah.
Kata Santi dia datang ke bandaraya dengan seorang 'nenek', orang yang kelihatannya tidak ada tali persaudaraan langsung dengannnya. Menurutnya, seorang lelaki berkereta mengambil mereka di kampung dan membawa mereka terus ke bandar.
'Neneknya' memaksa Santi meminta sedekah dari subuh hingga tengah malam. Dia telah dibawa ke merata tempat untuk meminta sedekah oleh mereka yang tidak dikenalinya. Dia terpaksa mendapat jumlah wang yang tertentu setiap hari, jika tidak dia akan dipukul oleh 'neneknya'. Kata Santi, 'neneknya' menghabiskan semua wang tersebut dengan berjudi.
"Saya benci padanya kerana dia selalu memukul saya. Kadang-kadang saya cuba menyembunyikan duit syiling dalam baju saya, tapi dia menjumpainya dan mendera saya dengan teruk. Saya mahu lari daripadanya tapi saya tak tahu ke mana hendak pergi. Saya nak balik ke rumah untuk tinggal dengan keluarga saya, tapi saya tak tahu bagaimana," kata Santi.
Santi pernah ditangkap bersama-sama 'neneknya' dan ditahan di balai polis selama sepuluh hari. Mereka dihantar pulang ke kampung mereka. Namun, tidak lama kemudian 'neneknya' membawanya balik ke bandar dan perkara yang sama berulang.
Situasi Santi
1.    Dipaksa meminta sedekah
2.    Didera secara fizikal
3.    Keadaan fizikal yang teruk
4.    Terdedah kepada matahari sepanjang masa
5.    Tidak pergi ke sekolah
Keperluan Asas yang Tidak Diperoleh oleh Santi
1.    Peluang untuk bermain atau menghabiskan masa dengan cara berguna atau kreatif
2.    Keselamatan fizikal
3.    Pemakanan, sokongan perubatan yang cukup
4.    Perlindungan daripada unsur berbahaya seperti pancaran matahari atau gas ekzos kenderaan
5.    Pendidikan

Kesimpulannya, hakikat kemiskinan bagi kanak-kanak yang bekerja untuk manfaat keluarga atau dirinya tidak dapat dielakkan. Kanak-kanak tidak sepatutnya dieksploitasikan untuk maksud ekonomi. Bantuan mereka dalam aktiviti ekonomi keluarga mungkin diperlukan tetapi bukanlah sehingga meletakkan mereka dalam situasi yang membahayakan mereka. Kanak-kanak mempunyai hak mendapat pendidikan, penjagaan kesihatan, keselamatan fizikal dan riadah atau bermain. Penulis menggesa sokongan ibu bapa, penjaga sah, institusi, kerajaan mahupun masyarakat antarabangsa dalam menyelesaikan isu yang sukar ini.

3 Langkah Asas Bagaimana Meletak Azam Untuk Tahun 2011

Artikel oleh:

iMotivasi

Tahun 2010 tinggal 2 minggu saja lagi. Pada saat ni, pasti Anda sedang memikirkan azam baru, atau mungkin merancang mahu meneruskan azam lama.


Apa azam tahun 2011?

Untuk itu, berikut adalah 3 langkah asas bagaimana meletak azam tahun 2011.
1. Jika Anda Masih Mahu Teruskan Azam Lama, Kali Ini Lebihkan Usaha.
Mungkin Anda tak mahu set azam baru simply Anda mahu capai azam lama.  Mesti ada sebab kenapa Anda masih tak berjaya merealisasikan azam tu pada tahun 2009, mungkin usaha kurang. Dari asyik berfikir cemana nak mencapai azam, kali ni desak diri Anda untuk berusaha mencapainya dengan melatih diri untuk menjadi rajin. Orang yang asyik berfikir tapi kurang usaha tak dapat capai apa-apa. Orang yang rajin berusaha kemudian sentiasa berfikir cemana mahu membaguskan usahanya supaya semakin menjadi, itulah orang yang akan dapat mencapai azam yang dicita-citakannya.

2. Tulis, Lekat, Baca, Ingat. (T.L.B.I.)
Tulis azam di atas kertas supaya minda Anda ‘menangkap’apa yang anda mahu capai lalu menerimanya sebagai satu arahan untuk direalisasikan. Lekat azam yang sudah ditulis tu di tempat yang Anda senang nak baca berpuluh kali dalam sehari, misalnya di dinding. Jika anda kurang selesa dengan cara ini sebab takut orang lain nampak azam yang Anda, tulis di atas sekeping kad kecil, bawa ke mana-mana dan baca berpuluh kali dalam sehari, kalau boleh sampai beratus kali sehari. Kenapa Anda perlu buat ni? Tujuannya untuk menjadikan minda Anda terfokus pada azam Anda, bukan pada perkara lain. Bila minda sudah terfokus pada perkara lain, sia-sia sajalah Anda meletak azam sebab Anda tidak merasai dorongan nak mencapainya.


3. Tetapkan, Fokuskan, Jangan Tukar.
Tetapkan 3 azam dalam satu masa, jangan lebih supaya fokus Anda tidak bercelaru,sekejap itu, sekejap ini. Ini bukan masa untuk bereksperimen. Ini masa untuk membentuk hidup yang lebih baik, sebab itu azam perlu tetap. Tetapkan apa Anda mahu capai. Jika Anda seorang pekerja, apa Anda mahu capai sebagai seorang pekerja dalam tahun 2011? Mungkinkan adakah Anda mahu capai tahap gaji yang lebih tinggi? Kenaikkan pangkat? Atau simply mahu memajukan diri dalam kerjaya Anda? Jika Anda seorang ibu, seorang isteri dan seorang anak, apakah yang Anda mahu capai dalam tahun 2011? Jika Anda seorang usahawan, apa yang Anda mahu capai pada tahun 2011 nanti? Tetapkan azam, jangan ubah selagi belum berjaya dicapai. Inilah langkah paling penting dalam meletak azam. Sebab ramai dari kita suka bertukar-tukar azam, macam tukar baju daaaa.

Hak Kanak-Kanak Untuk Berehat dan Beriadah

Kanak-kanak perlu rehat dan tidur
yang cukup untuk mereka membesar
dan mempunyai tubuh dan minda yang sihat


oleh:
MD RASUL BIN HARON

Siapakah yang lebih sihat? Adakah kanak-kanak yang suka menonton televisyen dan tidak mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti fizikal yang aktif lebih kuat daripada kanak-kanak yang bermain di luar rumah.
Rehat dan rekreasi adalah perlu untuk kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak. Mereka akan stress jika sentiasa dipaksa belajar untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam exams tetapi mereka tidak diberi peluang untuk berehat. Stress akan memberi kesan terhadap kesihatan mental kanak-kanak. Kanak-kanak remaja seharusnya melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti fizikal seperli berlari, melompat, memanjat pokok, berenang, berbasikal dan menunggang kuda untuk membina otot-otot dan stamina mereka.
Berdasarkan Perkara 31(1) dalam Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak; Negara-negara Pihak mengiktiraf hak setiap kanak-kanak untuk rekreasi yang sesuai dengan umur kanak-kanak itu dan menyertai secara bebas dalam kehidupan, kebudayaan dan kesenian.

Selasa, 21 Disember 2010

4 Petua Mengelak Rasa Boring

Artikel oleh:
iMotivasi

Apakah rasa boring? Dalam bahasa Melayu, ia adalah rasa bosan. Rasa bosan  timbul apabila Anda jemu mengadap sesuatu berulang-ulang kali. Dalam situasi lain, rasa boring timbul apabila Anda tiada apa yang dibuat, tak ada apa hendak dilakukan ketika masa terluang. Awas, boring petanda besar Anda adalah orang yang tidak ada matlamat.
Tips motivasi kali ni, berikut adalah 4 petua bagaimana mengelak rasa boring.
1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi.
Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika Anda tiada apa nak dilakukan, fikirkan sesuatu yang Anda rasa seronok melakukannya supaya tak sedar masa berlalu. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa boring cari sesuatu disekeling yang boleh Anda lakukan.
2. Jadi Workaholik.
Orang workaholik (kata asalnya adalah ‘workaholic’) adalah orang yang suka bekerja, asyik dengan kerja hingga tak sedar masa berlalu. Kerja bukan kerja bagi dirinya tapi satu hobi. Perasaan enjoy bekerja ni akan hadir apabila Anda menemui keseronokan ketika melaksanakan kerja.Untuk mengelak rasa boring, Anda boleh bentuk diri Anda menjadi seorang workaholic – sentiasa ada saja yang perlu dibuat, ada saja yang perlu disiapkan, ada saja yang perlu disempurnakan. Awas, sikap workaholic tak sesuai untuk orang dah kawin. Jika Anda suami, nanti isteri Anda saman Anda sebab tak balik-balik rumah dek terlalu layan kerja. Jika Anda seorang isteri, nanti suami Anda makan megi tiap hari.
3. Set matlamat, azam, cita-cita dan impian. Selepas itu berusahalah mencapainya!
Orang yang selalu merasa boring adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Set satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu, lepas tu berusalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Fikir, fikir, fikir, selepas tu buat. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam! Lama-kelamaan Anda akan perasan Anda dapat mengelak rasa boring sebab Anda sudah tidak ada masa untuk merasa boring. Masa yang ada terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita Anda.
4. Rajinkan Diri Beribadah.
Ini pula adalah tips yang baik untuk mengelak rasa boring dari perspektif Islam. Sibukkan diri dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah. Pasti Anda terdorong untuk melakukannya lagi, dan lagi, dan lagi, banyak kali sampaikan Anda macam tak mahu berhenti.

Parlimen...jangan jadikan kedai kopi

widgets

MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com

Selepas 52 tahun merdeka, sistem demokrasi berparlimen di Malaysia dan institusi-institusi demokrasinya kekal agung. Badan perundangan yang berasaskan kepada Westminster di Britain diterima oleh Malaysia selepas mencapai kemerdekaan daripada Britain pada 1957 dan merupakan institusi penting bagi Demokrasi Berparlimen dengan Raja Berpelembagaan sebagai pemimpin tertinggi.
Rakyat Malaysia patut bersyukur kerana Malaysia kekal sebagai negara demokratik sejak merdeka sedangkan banyak daripada negara telah beralih kepada pemerintahan tentera atau diktator. Walaupun prinsip demokrasi negara pernah tercabar tetapi secara keseluruhannya demokrasi serta institusi-institusinya masih berperanan penting di Malaysia.
Antara institusi yang mendaulatkan demokrasi di Malaysia ialah Parlimen, yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Parlimen merupakan tempat di mana undang-undang negara dirumus, dibahas dan diluluskan demi manfaat negara dan rakyatnya. Parlimen mewakili suara rakyat, intipati penting demokrasi.
Sebagai rakyat, kita rimas menonton gelagat wakil rakyat di Parlimen. Kalau dahulu, setiap kali TV membawa lintas langsung ke Parlimen, kita begitu teruja mendengar suara hujahan wakil rakyat. Bernas dan penuh keilmuan. Kini, segelintir daripada mereka menjadikan Parlimen seperti kedai kopi di simpang jalan. Memekik.Melolong. Caci maki. Kalau beginilah budayanya, sesiapapun daripada kita boleh bersidang di Parlimen. Tidak ada pelajaran pun tidak mengapa. Yang penting wakil rakyat berbudaya kini haruslah memiliki tahap kelentong yang tinggi dan berupaya menjadi anjing yang menyalak bukit. Apabila lensa kamera dihala tepat pada mereka, mulalah menunjukkan kerendahan fungsi otak. Rakyat hanya tersenyum simpul. Apa boleh buat, kita juga yang memilih mereka ini. Ingat nak panjangkan masalah rakyat rupa-rupanya masing-masing nak tunjuk aksi hero di Parlimen. Adakah pemimpin sedemikian rupa akan terus menjadi pilihan kita di dalam PRU yang akan datang?  Fikir-fikirkanlah. Kita pilih yang bekerja bukan cakap-cakap sahaja.
Sistem masyarakat masa kini menekankan kuasa warganegara untuk meletakkan tanggungjawab kepada kerajaan terhadap tindakan mereka. Idea seperti tatacara pentadbiran yang baik, akauntabiliti dan ketelusan menggambarkan pandangan ini. Rakyat berhak mengetahui dasar, program dan aktiviti kerajaan yang diadakan untuk kepentingan rakyat.  Rakyat muak melihat aksi wakil-wakil rakyat yang lebih teruk tarafnya dengan aksi peminum kopi di kedai kopi yang lebih berhemah dan bijaksana menyuarakan pendapat. Berdasarkan Perkara 21 (1) Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat; "Setiap orang berhak mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, secara langsung atau melalui wakil-wakil yang dipilih dengan bebas".
Rakyat tidak mahu Parlimen dijadikan kedai kopi.

Isnin, 20 Disember 2010

Bolehkah aku terus di situ...

widgets

Nukilan:

Norlilah Ismail

Hampir  dua tahun, aku mempermain-mainkan tanggungjawab. Aku sengaja mencari alasan dan isu supaya kami boleh bergaduh... seronok jugak sebab aku sering menang!! Tak kiralah depan anak anak ke..atau tidak aku memang selalu cari pasal.Aku memang nak hubungan kami jadi panas...memang aku nak dia rasa geram dan marah. Hati ni sering membesarkan isu dia tak faham kehendak aku, tak dapat memenuhi keperluan aku...segalanya salah dan susah.

aku akan curahkan segala masalah pada teman rapat, mengadu macam macam, tidak puas hati, tidak dapat perhatian,...dan sidia akan selalu sedia mendengar segala aduan ku. Sidia akan memberi ayat ayat memujuk....hingga hati ku ni rasa legaaa dan terhibur. Berbagai alasan, aku beri asalkan aku dapat keluar ...seminarlah, forumlah. kajianlah...seronok bila dengan kawan kawan. Bila sampai di rumah, aku akan terus ke bilik ..tanpa menyapa anak anak di ruang tamu, tanpa bertanya samada mereka dah makan ke tidak. Dia yang terbaring di sofa menonton TV ....langsung tak menarik pandangan mata ku. Atas katil, aku terbaring sibuk ber sms dengan sidia.... walhal baru sebentar tadi aku turun dari keretanya. Anak ku yang bongsu mengetuk pintu, dan menjengah....dan aku beri isyarat membenarkan manjaku itu masuk.   Mama dah makan?  hmmm dah...princess dah makan? dah..jawabnya ringkas sambil mengangguk. Dia terus merebahkan badan nya disebelah ku, dan aku biarkan sahaja dia menarik tangan kanan ku memeluk tubuh kecil nya tu. Tiba tiba telefon bimbit ku berbunyi isyarat ada pesanan ringkas masuk...dan segera aku menarik tangan ku untuk membuka dan membaca pesanan itu yang pastinya dari sidia. Tepat seperti dijangka....dan aku pun memicit micit papan kekunci telefon bimbit ku membalas ucapan selamat malam sidia,...tapi selesai aku bersms...dan aku baru sedar si manjaku sudah tiada di sisi. Bila dia beredar pun aku tak sedar. Namun aku tidak juga keluar untuk memanggil nya malah terus baring dan senyum sendirian....berbagai gambaran berlegar legar dalam minda, dan aku pun terlelap.

Kini, aku sudah berpindah keluar dan tinggal bersama adik sepupu ku yang masih bujang. Pada awalnya..aku terasa lega sangat kerana keputusan telah dicapai. Setelah beberapa kali dipanggil ke sesi kaunseling, maka keputusan muktamad telah dicapai. Kami bersetuju untuk berpisah kerana sudah tiada kesefahaman. Aku setuju untuk keluar tanpa syarat, anak dan barangan semua nya aku tinggalkan. Memang dia baik ...baik sangat dan itu membosankan aku.  Kenapa dia sanggup terima semua ini dengan sikapnya yang mengalah, dan terus mengalah!! Arrgghhhh!!!! tak de fight langsung...boring. bentak  hati ku. Keluarga ku jangan tanyalah..mesti mereka menangkan dia, semua salahkan aku!!  Ummi kata aku akan rugi dan menyesal belakang hari nanti..macam macamlah kecaman bertubi tubi pada ku. Tapi hati ni, relaks dan rasa biase jer..tak ada rasa cemas atau gusar. Hubungan aku dengan sidia semakin rapat, sering pulak kami dipasangkan untuk mengendalikan projek. Sidia tinggi tegap orangnya, bila buat presentation memang konfiden, dan hebat sungguh cara dia berfikir. Semua ini membuat aku rasa hebat bergandingan dengan sidia..dia pandai ambil hati, dan bercita cita tinggi. Kami memang rapat dan intim...hari berganti minggu. Minggu berganti bulan...aku sabar menunggu bila sidia nak melamar aku. Beberapa kali aku cuba berseloroh dan menyindir tapi ia disambut dingin oleh sidia.  Kenapa? Bila? ....soalan yang tak ada jawapan.


Sering jugak aku berjumpa dengan si manja.ku, yang dah mula bersekolah.Aku sememangnya patut berterimakasih  pada dia kerana sempurna menjaga manja. Manja beradab sopan, cerdik dan bijak bercakap. Aku bangga jadi mama pada Manja...dan pada hujung minggu itu, aku bawa Manja menonton wayang animasi,...mula mula sidia nak bersama, tetapi cancel last minute..ada hal personal katanya. Dalam pawagam Manja berbisik di telingaku,...mama, papa nak bertunang!!! Dddrrrrr....berderau jantung aku, tersekat nafas....apa? Papa nak bertunang dengan sape? tersekat sekat suara ku....tiba tiba aku rasa sangat sangat sangat ....cemburu!! sape plak nak mengganti tempat aku ni?..eeee geram lah.benci! benci!
Secara otomatik, aku call sidia...tapi tak angkat, call lagi ...off plak. Berdebarnya dalam hati..rasa tak karuan, nafas pun tersekat sekat...cerita wayang langsung tak hirau. Masa hantar Manja, aku cuba nak cungkil dari dia...tapi tak terkeluar suara. Sidia sepanjang hujung minggu tak dapat aku hubungi....hati semakin cemas.

Hari Isnin, aku semacam tak de mood nak pergi kerja, ...sampai di ofis, sidia dah ada...nampak  biasa jer. Aku pun terus masuk dan mengadu hal dan bertanya ke mana dia sepanjang hujung tahun...selamba je sidia beri jawapan..dia balik kampung bertunang!!!! HA?? Macam nak pecah kepala ku...Kenapa semua orang nak bertunang masa ni...dan air mata ku berderai ....tapi pelik kerana antara sidia dan dia, aku lebih cemburukan dia...marahkan bakal tunang dia,...kerna berani mengambil tempat ku di hati  dia.Aku demam seminggu, dan sepanjang seminggu adik sepupu aku tak habis habis menghentam aku...bodoh, tak bersyukur, buta hati..dan macam macam lagi.....dan akhirnya aku...call dia, dengan alasan nak cakap dengan Manja. Petang aku call lagi, malam aku call juga....dan dia tak pernah tak jawab.Esok nya aku call, tengahari aku call ...call, call hingga lah aku memohon pada dia ..bolehkah aku terus di situ....bersama dia dan manja.

Khamis, 16 Disember 2010

3 Sebab Mengapa Azam 2010 Gagal Dicapai

widgets
oleh:
iMotivasi

Sepanjang 2010 ni, mesti Anda ada keinginan mahu mencapai sesuatu, kan? Itulah azam.
Azam ni Anda dah set pada hujng 2009 ataupun pada pertengahan tahun 2009. Tak semua orang berjaya mencapai azam pada tahun 2010 ni. Berikut adalah 3 sebab utama kenapa azam 2010 Anda gagal dicapai.
1. Anda Didepani Masalah.
Anda berdepan masalah dari berbagai arah misalnya masalah kewangan (duit asyik tak cukup), masalah perhubungan dengan kawan-kawan (tak ngam tune), kesibukan di tempat kerja, kesibukan mengurus keluarga, strategi Anda tidak mendatangkan hasil seberapa, usaha menemui kegagalan.
2.  Anda Malas Lalu Hilang Semangat.
Ada sesetengah orang meletak azam mahu memiliki sesuatu seperti kereta baru, rumah baru, kerjaya baru, gaji baru, sumber pendapatan baru, bini baru (opss!). Uuntuk mendapatkan sesuatu, dah menjadi lumrah dunia Anda akan melalui kesusahan terlebih dahulu. Setelah berdepan kesusahan serta bermacam rupa masalah, tiba-tiba Anda rasa malas, tertekan dan hilang semangat. Akhirnya Anda berhenti berusaha. Azam cuma tinggal azam. Sekadar bermain di fikiran.
3. Anda Tidak Ada Mentor Atau Sumber Ilham
Kata orang-orang berjaya kata, apa saja yang Anda lakukan, perlu didahulukan dengan dua perkara iaitu ILMU dan MINDA. Bila ilmu Anda sudah ada, minda anda sudah positif, Anda perlu perkara ketiga iaitu seorang sebagai SUMBER ILHAM atau seseorang yang memahami azam Anda.
Orang inilah yang akan memberi semangat buat Anda, memberi sokongan serta dorongan. Dia adalah isteri Anda, kekasih Anda, ibu dan bapa, adik beradik, mungkin juga kawan rapat. Anda tidak boleh berseorangan. Anda perlukan seseorang untuk menjadi ‘booster’ semangat Anda.
Walau apapun azam Anda untuk tahun 2010, pastikan Anda tulis dan baca setiap hari untuk membuat minda Anda terfokus ke arah azam itu, bukannya kepada perkara-perkara lain. Minda Anda akan menarik orang-orang tertentu, situasi, benda dan perkara ke dalam hidup anda untuk membantu Anda mencapai cita-cita Anda, walau apapun ia.

Rabu, 15 Disember 2010

3 langkah Bagaimana Menjadi Wanita Berfikiran Positif Tiap Hari

widgets

Oleh:
iMotivasi

Wanita berfikiran positif adalah wanita bersemangat, berinspirasi, mendahulukan Tuhan dalam setiap perkara, bersangka baik dengan masalah serta senang didampingi sesiapa saja. Berikut adalah 3 langkah asas bagaimana menjadi wanita berfikiran positif setiap hari.
Langkah 1: Bersangka Baik Dengan Situasi Buruk.
Masalah, cabaran dan situasi buruk tetap akan datang dari berbagai arah. Anda tak boleh elak, tak boleh sembunyi, tak boleh lari. Untuk menjadi wanita berfikiran positif, anggap masalah sebagai sebagai peluang untuk memajukan diri. Anggap cabaran sebagai peluang untuk Anda mendiskaver kekuatan serta bakat Anda. Jadikan situasi buruk sebagai peluang untuk Anda memperbaiki diri menjadi orang baru, memperbaiki pemikiran dan memperbaiki tindakan.
Langkah 2: Memaafkan Kesalahan Orang Lain Sebelum Anda Tidur.
Ego, sikap panas baran serta kesombongan membuat Anda sukar memaafkan. Oleh kerana itu, fikiran pun terbentuk penjadi fikiran negatif. Turunkan ego Anda, buang sikap panas baran, buang kesombongan. Jadilah seorang pemaaf. Maafkan kesalahan orang lain yang Anda tak puas hati dari sebesar-besar kesalahan hinggalah ke sekecil-kecil kesalahan. Amalkan memaafkan kesalahan semua orang pada Anda dari dulu sampai sekarang. Bila bangun keesokan paginya, Anda akan rasa ‘feel good’. Anda akan jadi bersemangat.

Langkah 3: Biar Anda Kuasai Emosi,Bukan Emosi Kuasai Anda.
Wanita sinonim dengan air mata kerana emosi wanita amat sensitif. Nak menjadi wanita berfikiran positif Anda perlu tabah serta mahir mengawal emosi. Dalam apa jua perkara, kawal emosi Anda. Anda boleh berlatih mengawal emosi dengan bertenang selalu, be in control, pamerkan air muka yang tenang serta amalkan meditasi ringkas (duduk diam, tenangkan fikiran) selepas selesai sembahyang. Meditasi ringkas di iringi zikir-zikir Asmaul Husna membuat Anda mahir mengawal emosi. Lama kelamaan Anda akan mahir menahan marah, menahan tekanan,sentiasa tenang.

10 Ciri Pemimpin Yang Didambakan Rakyat

widgets

MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com
Guru Sejarah/Jurublog/Penulis Buku Akademik/
Penterjemah Teks Pensejarahan/Juruacara/
Silver Holder Dapatwang.com
Saidina Abu Bakar as-Siddiq ketika menyampaikan ucapan perdana mengantikan Rasulullah sebagai khalifah menyeru;
"Wahai manusia meskipun aku telah dilantik untuk memimpin kamu, tidak bererti bahawa akulah yang terbaik di kalangan kamu semua. Jika kamu melihat aku berada di dalam kebatilan maka luruskan aku, patuhlah kepada aku selama aku taat mematuhi perintah Allah. Jika aku menderhaka kepada perintah Allah, kamu semua tidak perlu bagi mematuhi perintah aku".
Kenapa pada zaman ini, terdapat segelintir pemimpin yang jalan membusung dada memandang sebelah mata kepada rakyat. Rakyat dianggap penting apabila tiba musim pilihanraya. Berikut adalah 10 ciri pemimpin yang didambakan rakyat:

1.   Ikhlas dalam menegakkan kedaulatan Islam.
2.   Merendah diri kepada rakyat.
3.   Tidak mengamalkan rasuah.
4.   Tidak mementingkan temolok sendiri dan keluarga terdekat serta rakan taulan.
5.   Mempunyai hubungan rapat dengan rakyat.
6.   Bersedia ditegur oleh rakyat.
7.   Membawa perubahan dan pembaharuan positif kepada rakyat.
8.   Menjadi orang upahan kepada rakyat.
9.   Dedikasi dan patuh kepada setiap arahan yang telah ditetapkan.
10. Sentiasa memberikan berita gembira kepada rakyat terutama yang tinggal di luar bandar. 

Isnin, 13 Disember 2010

Masyarakat Majmuk Tanah Melayu...Catatan Sejarah

widgets


MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com
Guru Sejarah
Penulis
Jurublog Wadah Pajak Song(Cikgu Rasul)
Penterjemah Teks Pensejarahan

Kedatangan orang asing ke Tanah Melayu berlaku sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Mereka terdiri daripada orang Cina, India, Arab dan Eropah. Kebanyakannya datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang. Mereka akan kembali ke negeri masing-masing apabila urusan mereka di Tanah Melayu selesai. Pendudukan British di Tanah Melayu telah mewujudkan masyarakat majmuk iaitu masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan mengamalkan budaya berbeza.
Kewujudan masyarakat majmuk begitu ketara dengan kemasukan orang Cina dan India pada awal abad ke-19. Mereka datang ke sini bekerja sebgai buruh dalam sektor perlombongan dan perladangan. Menjelang 1930-an, orang Cina dan India mula menetap di Tanah Melayu.  Mereka mula beralih minat daripada negara asal mereka kepada Tanah Melayu. Bagaimanapun masih tidak wujud perpaduan dalam kalangan masyarakat pada masa itu. Setiap kaum mengutamakan kepentingan kaum masing-masing. Peristiwa 13 Mei 1969 menyedarkan kerajaan betapa pentingnya perpaduan antara kaum. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mewujudkan perpaduan. Seterusnya membentuk masyarakat Malaysia.

Namewee Kebal

widgets
MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com
Jurublog Wadah Pajak Song(Cikgu Rasul)

Namewee kembali menonjolkan dirinya dan layak untuk menjadi calon Pilihanraya 13 nanti. Manakan tidak populariti murah yang diraih oleh pemuda ini menjadikannya ikon 1Malaysia. Walaupun beberapa kali menghina Islam dan bangsa Melayu, Namewee tidak pernah menunjukkan rasa kesalnya. Sultan Perak dan beberapa Sultan negeri-negeri di Malaysia memberi peringatan tegas dan jelas bahawa orang Melayu yang mempertikan status agama Islam dan hak keistimewaan orang Melayu sebagai menderhaka kepada bangsanya. Bagaimana pula dengan 'rapper' kita yang seorang ini? Bukan Melayu yang menghina Melayu. Pertemuannya dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz di bangunan Parlimen dengan berpakaian ala rap dengan baju t, seluar jean, jaket hitam serta penutup kepala mencetuskan kemarahan dan rasa tidak puas hati banyak pihak.
Apa yang disuarakan oleh Raja-Raja Melayu ini amat bertepatan pada keceluparan Namewee. Adakah Namewee juga terkelompok dalam golongan kaduk naik junjung yang berhasrat merepublikkan Malaysia.
Sebenarnya sebelum ini apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri tersebut menyatakan bahawa Namewee dianggap tidak melakukan apa-apa kesalahan atas penghinaan dan hasutan yang dilakukan. Suara majoriti rakyat harus didengari dan diambil perhatian. Ia akan memberi kesan terhadap pilihanraya yang akan datang.
Kini, pemimpin Melayu sendiri yang menyokong perbuatan Namewee. Sudah tentu ini bukan untuk meraih sokongan orang Melayu. Sebaliknya meraih sokongan bukan Melayu apabila  membela pemuda bukan Melayu yang menghina Islam dan orang-orang Melayu. Apabila Namewee mempertikaikan hak-hak orang Melayu kita boleh faham kenapa itu berlaku, tentu sahaja ada agenda di sebaliknya. Inilah ciri-ciri oportunis yang sanggup menggunakan apa sahaja peluang untuk kepentingan peribadinya.
Namewee perlu terlebih dahulu menyembuhkan luka orang-orang Melayu. Permohonan maaf perlu dibuat secara terbuka dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Kepada pihak kerajaan yang memerintah, tindakan undang-undang ke atas Namewee mesti diambil. Jangan nanti rakyat beranggapan Namewee kebal daripada tindakan undang-undang. Yang paling menakutkan, Namewee akan diangkat sebagai ikon 1Malaysia berdasarkan layanan istimewa yang diterima olehnya.

Anda down? 3 tips untuk menceriakan semula diri Anda...

widgets

Sumbangan Artikel:
iMotivasi







Tips 1: Buat apa yang Anda suka buat di masa terluang. Apa dia hobi Anda?
Setiap orang ada hobi tersendiri cuma Anda sudah lupakan hobi Anda sebab Anda sibuk mengurus kehidupan. Apabila emosi Anda down, Anda rasa tertekan, jiwa Anda tak keruan, tinggalkan dulu benda lain kemudian beralih kepada perkara yang Anda suka buat (hobi Anda) tu. Buat dengan sepenuh hati, jangan dipaksa-paksa atau dilakonkan semata-mata untuk melupakan masalah. Tanya diri Anda, “apa hobi aku?”Anda?
Mungkin Anda suka tengok movie, bersukan, suka menonton tv, suka berbual-bual, suka bermain futsal,bermain games, membaca, menulis, berFacebook. Walau apa saja yang Anda suka buat, buat saja supaya selepas itu Anda merasa ceria semula. Syaratnya, jangan layan rasa tertekan. Hobi dapat merubah fikiran Anda dari asyik memikirkan tekan, masalah dan dugaan. Anda akan dapat lihat penyelesaian kepada tekanan, masalah dan dugaan yang Anda hadapi.
Tips 2: Luahkan, ceritakan, lontarkan.
Bila Anda down, luahkan apa yang membuat Anda ‘down’. Fikir seseorang yang Anda boleh percaya, cari dia, bawa dia berbual-bual, kemudian ceritakan habis apa yang terbuku di hati Anda. Minta dia mendengar saja luahan Anda, beritahu dia supaya memberi pendapat kemduian (jika dia mahu, jika tidak, tak perlu). Luahkan semuanya, jangan simpan-simpan selebihnya. Cara ini akan membuat Anda merasa tenang.
Tips 3: Tulis, buang, lupakan.
Tulis dia atas sekeping kertas apa yang membuat Anda down, apa yang Anda geramkan, apa yang membuat Anda marah, apa yang membuat Anda tak puas hati. Tulis kesemuanya. Keronyok kertas tu pastu buang jauh-jauh. Lupakan apa yang Anda dah tulis tadi. Latih diri Anda untuk tidak mengingat lagi perkara itu. Tips ni ambil masa untuk benar-benar berkesan.

Ahad, 12 Disember 2010

Lelaki menangis,apa maknanya? Kenapa lelaki menangis?

widgets
Sumbangan Artikel:
iMotivasi

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.
Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.
Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.
Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.
Kenapa lelaki menangis?
Kebanyakan lelaki akan menangis apabila:
  • Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
  • Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
  • Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
  • Ibu atau bapanya meninggal dunia.
  • Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
  • Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
  • Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.

Sabtu, 11 Disember 2010

Gugurnya kemboja...

widgets

Oleh:

Pn.Norlilah Ismail














Kemboja putih yang mekar
menawan pandangan
dan hati jadi senang...
suka.., bila kau dengan yakin
mendonggak menadah sinaran mentari
seronok.., bila kau berani
merempuh bayu yang menghembus..
dan hati ini...bangga kerna kau tetap di situ
tanpa terkesan dek tekanan
maka kesenangan hati terus berpanjangan...

kemboja ....
detik waktu seakan musuh
yang membunuh
segala  kesenangan hati ku
dan ...antara kita pun telah tahu
ini akan berlaku
keyakinan dan keberanian mu
yang selama ini menjadi pujaan ku
akan berakhir
dengan ketentuan taqdir......
lalu  kemboja pun gugur
bersama dengan kenangan yang luhur...


nukilan
Norlilah Ismail

3 Tips Bagaimana Memotivasi Diri Pada Maal Hijrah

widgets

Sumbangan Artikel:
iMotivasi

Tip 1: Lakukan Muhasabah Diri Pada Awal Pagi
Ingat semula kejayaan-kejayaan kecil yang Anda pernah capai 12 bulan lalu sepanjang tahun Hijriah. Tekadlah untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada 12 bulan akan datang dalam tahun baru Hijriah ini. Elak mengingat kegagalan-kegagalan yang Anda pernah lalui sebab akan menurunkan motivasi Anda.
Tip 2: Kaji sikap riak,takbur,ego dan sombong tersembunyi.
Anda tak akan terlepas dari sikap riak, takbur, ego dan sombong terutama apabila Anda sudah mengecapi sesuatu tahap yang lebih baik daripada orang lain di sekeliling Anda. Pada awal Muharram ni, eloklah kiranya Anda gunakan hari itu sebagai hari untuk menggali ego-ego tersembunyi atau sikap riak tersembunyi, terutama apabila di puji. Sikap riak adalah umpan sikap negatif untuk menguasai diri Anda. Ego,riak, temberang, takbur,sombong dan bongkak adalah berpunca dari sikap-sikap negatif.
Tip 3: Pasang tekad jadi insan yang lebih berguna.
Insan yang baik adalah insan yang mendatangkan manfaat pada orang lain, simply sebab dia gembira melihat orang lain jadi bahagia dan merasa bahagia. Ubah mentaliti Anda, ubah diri Anda menjadi orang yang berguna. Walau siapapun Anda, pada Muharram ini, gunakan ia sebagai titik pemula (starting point) untuk melatih diri Anda menjadi insan berguna, lebih berguna dari yang sebelumnya.
Selamat Menyambut Hari Maal Hijrah (Awal Muharram) dari saya di iMotivasi.

5 Jenis Orang Anda Akan Jumpa Dalam Proses Menuju Kejayaan

widgets
Sumbangan Artikel:
iMotivasi

Bagaimana dengan Awal Muharram Anda? Anda kini berada di hari kedua Muharram, bulan pertama dalam tahun Hijriah. Moga tahun baru Islam ini membawa perubahan besar dalam hidup Anda.
Masa berubah. Anda juga kena berubah seiring perubahan masa. Ilmu kena ditambah, usaha kena ditambah,barulah boleh mencapai tahap lebih baik dari yang sebelumnya. Jika kita tidak berubah, pasti kita tidak mencapai apa-apa. Sebabnya, kita tidak berubah.
Berusaha memperbaiki diri itu juga perubahan. Bila Anda tidak berubah, maknanya Anda tidak berusaha mengubah diri Anda.
Orang yang tidak mahu memperbaiki diri ada di mana-mana. Anda boleh kenali orang sebegini melalui dua cara:
1. Mereka suka mengkondem orang lain.
2. Mereka berusaha menjatuhkan orang lain yang sudah berjaya.
3. Mereka memburuk-burukkan orang yang bersemangat mahu berjaya.
Berikut adalah 5 jenis orang yang Anda akan jumpa dalam proses memburu kejayaan.
1.Orang tidak mahu berjaya, cukuplah sekadar biasa-biasa saja.
2.Orang mahu berjaya, tapi pernah gagal lalu jadi memandang negatif terhadap kejayaan. Inilah orang skeptik.
3.Orang yang sentiasa berfikir pasal kejayaan, tapi usahanya sedikit cuma.
4.Orang yang banyak usaha ke arah kejayaan, lepas satu diusahakan, dia usahakan lagi satu. Belum lagi mencapai kejayaan dari usaha yang dulu, dia sudah mula mengusahakan perkara baru. Tak ada fokus. Mahu mencapai berbagai kejayaan dalam satu masa. Main lompat-lompat. Akibatnya fokus lari, hasil tak nampak-nampak lagi. Duit dan tenaga habis gitu saja.
5. Orang bersemangat dan memberi komitmen tinggi pada apa yang diusahakan, tidak merubah fokus selagi belum benar-benar berjaya dalam perkara yang diusahakan olehnya. Inilah sikap orang berjaya!.

Jumaat, 10 Disember 2010

5 Tips Bagaimana Untuk Rasa Gembira Sekarang Ini

widgets
Sumbangan Artikel:
iMotivasi










Rasa gembira (happiness) adalah satu ‘feeling’.
Rasa gembira adalah satu perasaan. Perasaan ini boleh dihadirkan, dipadamkan atau ditukarkan dengan perasaan lain, mungkin juga perasaan yang berlawanan dengannya. Seperti yang Anda tahu, lawan pada rasa gembira adalah duka, kecewa. Lawan paling mudah simply adalah rasa tidak gembira (unhappy).
Berikut adalah 5 tips bagaimana untuk merasa gembira (merasai kegembiraan di jiwa)
Tips 1: Cari seseorang, bantu dia ringankan bebannya.
Bantu seseorang di mana masalahnya lebih teruk dari Anda. Secara tidak semena-mena, Anda akan merasa bersyukur masalah Anda tidak seteruk masalah orang yang Anda bantu. Dari situ, muncul kegembiraan. Anda merasa makin bersemangat membantu orang itu, sebab Anda mahu melihat dia gembira kerana bila dia gembira, Anda pun akan rasa gembira sama.
Tips 2: Bantu saja, sekadar menolong tanpa mengharap apa-apa.
Dalam era sekarang ni, jika Anda membantu sesiapa saja tanpa mengharap apa-apa, pasti orang tu tertanya-tanya. Pasti dia merasa mesti ada niat lain disebalik pertolongan Anda itu. Untuk merasa gembira, tolong seseorang dengan melakukan apa yang patut. Tolong saja dia! Buat apa yang perlu, lakukan apa yang patut. Elak untuk kata pertolongan Anda tu ikhlas, katakan Anda cuma mahu menolong. Perkataan ‘ikhlas’ perlu Anda ubah, sebab perkataan ini selalh di salah erti.
Tips 3: Mengingati orang-orang kesayangan Anda.
Ingati orang-orang kesayangan Anda, gambarkan diri mereka sepanjang masa seolah-olah mereka ada dekat di sisi Anda sekarang ni. Imaginasikan saat ketika Anda bersama mereka satu ketika dulu atau di masa lalu. Membayangakan situasi gembira sebegitu pasti membuat Anda merasa gembira tiba-tiba. Kenapa ini terjadi? Minda Anda memberi respon pada imaginasi Anda, pastu imaginasi mempengaruhi mood Anda. Mood adalah emosi. Emosi datang dari minda. Anda boleh mempengaruhi simply dengan menggunakan imaginasi digabung dengan emosi tenang (calm).
Tips 4: Hobi.
Bina satu hobi. Hobi adalah perkara yang Anda suka lakukan tanpa disuruh-suruh. Pasti Anda ada hobi. Saat Anda tertekan, merasa geram, susah hati atau gundah-gulana, luangkan masa melakukan hobi Anda. Jika hobi Anda membaca, cari sebuah buku dan baca. Anda akan rasa gembira selepas tu! Hobi mengalihkan fokus fikiran Anda dari fikiran bercelaru kepada fikiran yang tenang saat Anda enjoy melakukan hobi Anda. Kenapa ramai orang suka memancing? Sebab ketika memancing, mereka merasa tenang. Bila ikan menjerat umpan, rasa seronok sangat. Lantas, rasa gembira itu muncul.
Tips 5: Hampirkan diri pada Tuhan,sehampir mungkin.
Walau apapun agama Anda, saya dan Anda makhluk bertuhan. Pembaca iMotivasi bukan saja beragama Islam, bahkan ada beragama Buddha,Kristian dan Hindu sebab kita ini warga Malaysia. Rasa gembira ada di dalam ketenangan. Ketenangan hanya wujud apabila kita menghampirkan diri pada alam semesta dan juga pada Tuhan. Dekatkan diri pada Tuhan, dari situ Anda akan merasai ketenangan. Apabila sudah tenang, Anda akan merasa gembira dan bersyukur. Syaratnya, elak berkata negatif, berfikir negatif dan jangan sesakkan fikiran dengan rasa kemarahan.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...